Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Siapa bangun tidur terus tengok handphone? Kolin mengaku yang memang kolin sejenis makhluk macam tu. Hurmmm..perasan atau tidak memang satu kegilaan dah. Sebab apa tengok handphone terus, pasal nak tengok semua social media yang ada lerrr. Zaman sekarang siapa yang tak ada Facebook, Twitter, Instagram, Blog dan pelbagai lagi yang kita semua ada akaun kan. Lagi pulak nak tengok sapa lah whatsapp kita yang kita tak reply lagi tu. Dan buat pengetahuan korang statistik yang dikeluarkan oleh We Are Social & Hotsuite, 2018 seramai 24 juta rakyat di Malaysia yang mengunakan media sosial dalam segala macam urusan untuk peribadi mahupun bukan peribadi. Nak bisnes pun guna itu jugak tau, jadi memang menjadi satu kegilaan yang tidak dapat dinafikan.
Social media sebagai satu ancaman? Mungkin iye, mungkin juga tidak. Kolin sendiri pernah dapat cerita, macam kalau kita ke mana-mana jangan 'check in' sebab orang tahu kita tak ada kat rumah, macam-macam boleh jadi kan. Apa pun kita kena lah jadi penguna social media yang bijak. Nak tulis sesuatu, nak kongsi sesuatu atau apa sahaja jangan yang negatif. Kita kekalkan positif agar kita tak menyusahkan diri sendiri kemudian hari. Kena tahu, apa sahaja kita upload di laman sosial hari ini akan kekal selamanya tau. Menakutkan betul tak? Contoh macam Facebook ni dulu mula dari seorang pelajar Harvard yang bernama Mark Zuckenberg bersama rakan-rakan. Bermula di kalangan universiti sampailah hari ni satu dunia pakai Facebook. Siapa tak ada akaun Facebook di anggap duduk dalam gua lah kiranya. Lagipun bukan semua negara 'halalkan' tau, ada negara yang sekat macam negara China, Syria, Iran dan Vietnam (sumber Wikipedia). Sebab apa...sebab bahaya menyebarkan sentimen negatif dan kadang-kadang fitnah. Tapi ada juga medium ini disebarkan perkara-perkara positif kan.
Hari ini tidak ketinggalan bagi agensi di negara kita iaitu Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) juga bersama dalam arus masa kini. Trend ini di anggap baik sebagai satu langkah atau medium untuk dekat dengan masyarakat. Zakat ni orang banyak tak faham, tak tahu, tak mahu ambil tahu pun. Kini korang ada kemusykilan boleh terus buka google dan search la PPZ- MAIWP. Nah..tertera terus semua informasi, permasalahan zakat, mahupun cara korang nak bayar macam mana. Korang tak tau ker portal mereka, senang aje terus klik www.zakat.com.my
Kalau dah korang shopping atau bayar bil semua online. Nak bayar zakat pun boleh laa wei. Hari ini korang bertuah sebab kolin nak share 7 sebab kenapa bayar zakat di online itu mudah sesangat.
1. Cepat dan Pantas
Sama macam korang shopping, 2 minit sahaja diperlukan untuk selesaikan urusan bayaran zakat. Guna FPX, Debit Card atau Kad Kredit Islamik.
2. Bayaran Hanya di Hujung Jari
Tak perlu dah ke kaunter bagai wei, pakai aje telefon canggih korang, tablet atau komputer korang kat rumah tu. Janji ada internet, zassss terus siap.
3. 24 jam, 7 hari seminggu
Macam laman shopping online tu 24 jam, sama lah juga dengan PPZ-MAIWP tu. 24 jam tanpa cuti, 7 hari seminggu jugak tau.
4. Kira Zakat dengan Mudah
Korang kalau klik link yang kolin kongsi ini, terus boleh kira pelbagai jenis zakat juga. Bebila masa korang buka sahaja, ada keraguan nak bayar zakat perniagaan, zakat emas ke semua boleh tengok di situ.
5. Kalkulator Zakat
Kalkulator ada tau kat laman web PPZ-MAIWP. Semua borang korang boleh lengkapkan secara online sahaja. Pantas dan tidak menyusahkan langsung.
6. Semakan Bayaran
Kalau dah bayar, korang boleh semak. Sebagai contoh: dah bayar beberapa bulan zakat perniagaan online korang tu. Boleh buka balik dan lihat sendiri semua zakat yang korang dah bayarkan tu. Kalau kolin pasti dah senyum bangga giler. Siapa tak bangga wei, dah siap bayar zakat menunaikan salah satu Rukun Islam tu !
7. Kemaskini Maklumat
Boleh mengemaskini segala maklumat korang tau. Alamat atau apa sahaja. Tak lah terhegeh-hegeh nak tukar alamat atau apa sahaja ke kaunter. Online sahaja dan terus ....tukar semua yang nak update tu.
MUDAH, CEPAT DAN HANYA 2 MINIT SAHAJA OKAY..
NAK KIRA ZAKAT PUN HUJUNG JARI...
Layari lah korang cepat-cepat www.zakat.com.my dan korang akan rasa betapa tenangnya hati kalau dah mula berzakat. Kolin dah pun buka akaun zakat dengan PPZ-MAIWP. Syukur di berikan kelebihan dan celik mata pasal Rukun Islam ini. Korang cuba dulu, cuba hari ini dan rasakan lah ketenangan hati apabila kita bermula berzakat pendapatan dahulu. Kita 'bersihkan' gaji bulanan kita nak..kita sesama mulakan hari ini. Senang aje...klik sini okay
Talian bebas tol 1300 88 5757
Kalau nak kongsi dengan kawan-kawan di social media kita, jangan lupa sokong PPZ-MAIWP dengan hashtag mereka iaitu #zakatwilayah dan #ramadanterbaik
Alhamdulillah....semoga perkongsian hari ini memberikan korang sedikit gerak hati untuk berzakat kepada agensi yang betul.
Ramadan dinanti, Zakat dihati,
Kolin Zainal
Gilaaa kau tak tgk phone, alarm pun dekat phone haaa...
ReplyDeleteSelamat berzakat semua warga bumi!