Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

“PINKFONG BABY SHARK ICE CREAM” KINI DI MALAYSIA

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

“Baby Shark doo doo, Baby Shark doo doo”
Kolin rasa semua orang dah tahu kedatangan aiskrim fenomena yang terbaru iaitu PINKFONG BABY SHARK ICE CREAM. Mustahil la korang tak tahu lagu ‘baby shark, doo doo doo’ tu kan. Anak-anak kecil sampai lah yang bayi tu pun tahu lagu tu. Dan hari ini kolin nak cerita mengenai aiskrim yang mencetuskan fenomena satu Malaysia. Kenapa jadi begitu dan kalau korang nak tahu Fenomena PINKFONG yang menyebabkan anak kolin asyik ajak ke Speedmart99 untuk beli aiskrim ini lepas tahu ianya telah dilancarkan. Alah, tak mahal pun RM1.90 sahaja. Yang penting ianya perisa kegemaran iaitu Strawberi, pink color pulak tu. Memang favourite ! Sarung aiskrim biru pink tu pun dah cukup memikat hati anak-anak.




Mana yang belum pernah rasa lagi, rasa aiskrim ini, korang boleh lah ke kedai atau pasaraya yang berhampiran dan beli cepat-cepat. Rasa aiskrim strawberi ini sememangnya memenuhi selera kanak-kanak dan jua dewasa. Apa tidaknya anak kolin sendiri boleh makan 2 ke 3 batang aiskrim ini dalam sehari. Ada rasa tekstur jeli dan strawberi pun tak menimbulkan rasa muak. Rasanya lain dari yang lain lah, sebab ada tekstur jeli tu kan. Selain aiskrim pinkfong, mereka juga menganjurkan mini konsert baru-baru ini tau.

Hadir ke konsert yang diadakan di One Utama Shopping Mall baru-baru ini. Pinkfong & Baby Shark Mini Concert adalah suatu yang manis buat kami berdua. Kami menyanyi bersama-sama dan paling best boleh makan aiskrim kat situ jugak.




Jangan korang tak tahu, memang padat sendat dengan peminat PinkFong. Meriah sangatlah! beli aiskrim disini korang akan dapat beg tahan sejuk tu. Bayangkan sambil tengok konsert, sambil makan aiskrim.hahahhaa. Mana lagi nak dapat keseronokkan macam ini kan. Kalau pada perhatian kolin lah kan, memang sambutan luar biasa sangat diberikan untuk mini konsert ini. Kalau lah mereka buat konsert lebih besar kolin rasa melimpah keluar semua peminat PinkFong di Malaysia ini. Bukan korang tak tahu, lagu baby shark doo doo tu memang menjadi siulan anak-anak dan jua orang dewasa.
Pada kolin PinkFong satu karektar yang sangat comel dan memang diminati oleh semua kanak-kanak. Bukti terang dan nyata sebab bila maskot keluar atas pentas, semua kanak-kanak yang duduk terus berdiri. Haa..dah macam kita pergi tengok konsert Spice Girl dah. Perkara yang menyeronokkan harus di kongsikan. Tengok lah sendiri bukan anak-anak kecil sahaja berseronok. Kolin dan kawan-kawan pun seronok berada di sini sambil menikmati persembahan selama lebih satu jam itu. Paling happy bila karektar semua berada atas pentas dan semua menari bersama. Aktiviti kekeluargaan ini sangat kolin suka dan sokong tau. Itu lah sebab bila tahu ada mini concert ini kolin terus terjah pergi. Memang tidak mengecewakan.





Selain konsert dan jualan aiskrim ada juga booth yang disediakan untuk aktiviti bersama ibu dan bapa. Malahan kalau korang beli 6 atau lebih aiskrim korang boleh print gambar korang kat booth yang disediakan tu. Semua acara dan mini concert ini sudah tentunya memberikan pengalaman yang manis buat kolin dan anak-anak. Tahniah buat yang menganjurkan mini konsert ini dan terima kasih PinkFong dari Korea sudi berkongsi aiskrim yang istimewa ini di Malaysia. Korang yang minat sangat tak perlu pergi jauh dah, kat Malaysia boleh merasa makan aiskrim ini.

Kesimpulannya, di mini konsert ini ada persembahan yang menghiburkan, ada aktiviti yang menyeronokkan dan ada juga video dan permainan yang berfaedah untuk seisi keluarga. Kolin tak rasa rugi pun pergi hari tu sebab dapat satu memori yang seronok macam ini kan. Nanti kalau ada konsert lagi kolin kongsi dengan korang semua okay !!
Sebelum Kolin mengundur diri, Kolin nak ajak semua untuk dengar lagu baru dari PINKFONG – PINKFONG Baby Shark Ice Cream Dance Along Song!



Love,

Kolin Zainal

1 comment:

loving me..loving you