Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Super Honor Day Menampilkan Honor 7A dan Honor 10 Edisi Phantom Green secara eksklusif di Shopee Malaysia

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Wah sekali lagi, laman platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan iaitu Shopee mengumumkan usahasama mereka dengan honor Malaysia bagi melancarkan honor 7A dan honor 10 edisi Phantom Green. Juala murah tersebut atau diberikan nama Super honor Day bakal berlangsung di Malaysia pada 8 Jun 2018 esok !! Esok korang boleh dah ke https://shopee.com.my/honormy.officialstore dan dapatkan produk berasaskan teknologi ini dengan potongan harga sampai 30% tau. 




Seperti biasa  usahasama ini  diteruskan selepas kejayaan pelancaran honor 9 Lite dan honor 10 sebelum ini. Dalam masa  yang sama menurut Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau mereka, ianya menawarkan penghantaran percuma ke seluruh Malaysia, Komisyen Sifar (0), Jaminan Produk Tulen 100% dan penghantaran semula percuma dalam tempoh 15 hari. Mana nak dapat kan harga murah beli handphone ni kat hujung jari aje. Klik mana korang nak esok dan dapatkan handphone baru untuk hari raya nanti. Menurut Zhao Zhiwei, Ketua honor Malaysia, kerjasama pelancaran ini dibuat agar penguna di Malaysia ada lebih banyak pilihan dan mendapat manafaat dengan produk mereka yang mengutamakan kualiti. Macam kolin cakap lah, nanti raya boleh lah bergambar puas-puas dengan handphone honor yang baru kan. 


Nak cerita sikit mengenai honor 7A ini dahulu lah, ianya telefon pintar bajet dengan paparan FullView 5.7 inci amat selesa dipegang. Memberikan swafoto yang berkualiti dan turut dilengkap dengan dwikamera yang merangkumi kamera hadapan 8MP. Dua sim dan slot kad SD pun ada, bateri tahan lama sebab ianya 3000mAh. Dan kalau korang beli kat online kedai rasmi mereka ianya dijual pada harga RM429 (RRP: RM479) sepanjang Super honor Day esok. Nak berjimat inilah masanya kan. 


Bagi korang terlepas masa tawaran istimewa honor 10 yang lalu, mesti lagi seronok kali ini sebab honor 10 ditampilkan dalam edisi Phantom Green yang didatangkan khas di laman membeli belah Shopee dengan harga RM1,599.00 sahaja. Malahan dengan setiap pembelian, korang bakal dapat hadiah percuma bernilai RM298, selagi stok masih ada. 

Jangan lupa korang..ESOK ..ye ESOK..buka laman web yang kolin bagi kat atas tu dan beli lah handphone raya korang yang super murah dan jimat banyak tu. Kolin ingat nak beli bagi hadiah kat seseorang lah..maklumlahh kita ada B..N.* uolss hahahahah. Jangan lupa shopping okay, ESOK..standby sesiap tau.....

Love, 

Kolin Zainal

1 comment:

  1. Teringin nak beli phone baru tapi lupakan jela dulu buat masa ni..huhu..tp phone 7A ni utk basic user okay, kalau gamers mgkn x sesuai :)

    ReplyDelete

loving me..loving you