Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ADOUR BUSTER khas untuk anak-anak

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Haa kali ini perkongsian yang best !! Syampu rambut khas buat anak-anak. Kekadang bila bayi memang kita pakai laa syampu  khas tu. Tapi bila anak-anak dah mula bersekolah, kita suruh aje mereka pakai sama apa kita pakai ye. Sebenarnya tidak digalakkan tau, syampu dewasa tu, kanak-kanak pakai ler. Tak elok rasanya. Sekarang penyelesaian bau yang kuat dari kulit kepala dan rambut boleh diselesaikan. Kan balik sekolah tu berpeluh-peluh, rambut berminyak dan bau memang semerbak laaa. Sekarang korang boleh dapatkan syampu ini dan masalah semua akan selesai. Jangkitan kulit kepala pun dapat di elakkan malah mereka bau wangi aje. Ambil tahu ye...syampu dewasa, tak sesuai untuk kanak-kanak !!





Bagi kanak-kanak yang umur 6 sehingga 12 tahun, kulit kepala mereka sebenarnya sensitif tau. Jadi mereka perlu sebenarnya mengunakan syampu yang sesuai dengan usia mereka. Dan disebabkan itulah, kolin tanpa ragu-ragu nak berkongsi dengan korang CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER, yang selamat digunakan hari-hari malah haruman pada rambut pun amat menyenangkan. Ianya dirumuskan dengan aroma buah-buahan yang berkekalan selama 24 jam malah diperkaya dengan minyak zaitun bagi menyuburkan kulit kepada  melembutkan rambut agar lebih mudah diuruskan.  Kolin pilih aroma Perky Peach Fruity Burst bau yang menyenangkan, mempunyai pH yang seimbang, lembut dan bagus untuk kegunaan seharian. 




happy laa kat belakang botol tu ada tiny toy kannn

Anak kolin, Alisa Maisara berusia 9 tahun dan mengunakan tudung apabila ke sekolah. Kalau dah balik sekolah, memang rambut berbau dan berminyak tau. Tapi semua masalah dah selesai semenjak mengunakan syampu yang khas untuk kanak-kanak ini. 

Buat korang yang nak try dan beli untuk untuk anak-anak, boleh dapatkan di pasaraya terdekat lah ye. Ada dua saiz iaitu pek 280g pada hargam RM10.60 dan saiz 700g pada harga RM20.70. Sekarang ni korang asingkan okay, syampu dewasa dan syampu untuk anak-anak. Kulit sensitif...tak bagus untuk mereka guna syampu kita tau. Mulai hari ini dan berikan mereka yang terbaik ! Ianya diiktiraf HALAL dan ianya pasti lembut buat si manja anda.

Love, 

Kolin Zainal

2 comments:

  1. SA dapat gak ni..nak buat photoshoot dulu..nak bagi anak buah debab SA posing...

    ReplyDelete

loving me..loving you