Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

'FERRARI' merah yang paling berjasa


Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Rata-rata mana kawan rapat dengan kolin tau kereta 'ferrari' kolin ini hahahhaha. Kolin panggil 'ferrari' kereta buruk ini, tapi kereta ini paling banyak berjasa. Dulu beli sebelum menikah lagi, dengan kereta ini lah kami ke sana sini, dengan kereta ini lah kami balik dari hospital selepas melahirkan anak-anak kami, dengan kereta ini lah kami banyak mengukur jalan. Rasanya dah hampir 15 tahun kut, seusia dengan ulangtahun perkahwinan kami pun. Dari 2004 sampai lah ke hari ini, masih elok, masih berjasa dan masih berbisa.



Tipulah kalau tak ada kawan-kawan yang suruh tukar kereta baru. Tipulah kalau hati ini tak teringin nak pakai kereta baru kan. Well, kolin pulak baiki selagi boleh hahahah. Ini kereta pergi balik kerja aje pun. Kereta travel kami dah ada yang elok sikit untuk jalan jauh. Tapi yang ini kolin pakai sampai tak boleh lah kut ye.

Baru-baru ini nak beraya kan, lagipun dah tiba masa untuk diservis. Hantar bengkel yang dah hampir 10 tahun kolin pergi. Kiranya pelanggan tetap lah. Bengkel ini memang dipercayai sangat, sebab kereta ferrari kolin elok bawah jagaan dan seliaan mereka. Disebabkan kolin kata nak pakai outstation, mekanik periksa abis-abisan lah kereta kan. Siap tukar brake, timing belt pun tiba masa, semua fan dan apa ntah tukar. Dan bil pun hampir ke RM600 tau. Tapi bestnya lepas tukar segala tu, kereta sedap bawak. Elok dalam jalan sesak pun tak nak tempreature macam selalu. Ya ampun, seronoknya ferrari dah kembali elok. Lega otak..penat tau beli kereta nak bayar dekat 9 tahun sekarang ni. Seksa...seronok laa dapat tayang kereta baru dan mahal. Tinggal azab nak bayar tetiap bulan ler wei...kolin ni malas nak berhutang dah  huhuhu..

Satu lagi , kereta kita buruk ka atau nak roboh ke..kita tak kacau orang. Kenapa nak hidup atas pandangan orang lain? kenapa nak ikut orang..dia pakai kereta besar, mahal, ko pun nak jugak. Kenapa nak tayang-tayang, sedangkan ko makan gaji bukan bisnes pun. Kalau mampu, silakan...beli lah. Tapi kalau lah duit tu ko dapat hala ke tempat lain dari bayar kereta yang makin hari makin turun harga tu, kan best. Banyak lagi benda boleh explore, boleh melancong dan makan sedap-sedap. Lagi best ko simpan duit dalam umur 50 tahun ada cash RM100,000 dalam bank. Bestnyaa kan...simpan duit sendiri tak guna loan pun. Itu antara azam kolin lah. Nak menyimpan sendiri dan ada cash untuk enjoy usia tua nanti. So itulah cerita hari ini, cerita pasal kereta buruk kolin tu. Kita tak sentap pun korang kata kita drive kereta buruk. Yang penting kereta elok dan tidak berhutang huhuhu.

Siapa ada kereta tak de hutang sila komen kat bawah okay.

Love, 

Kolin Zainal

2 comments:

  1. lama dh abis hutang kete..2012..tenang..walaupun ada yg ckp ..ko tknk ke tukar kete baru...biar la pki kete skarang..duit yg ada bole invest benda lain

    ReplyDelete
  2. kadang benda yang kita sayang macam kereta ni memang ada sentimental value, walaupun dah kete lama tapi banyak jasa dan kenangan bersama kita sampai sayang kita nak lepaskannya.

    ReplyDelete

loving me..loving you