Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Buat yang rinduuuu...rindu nak makan makanan ala siam atau Thailand, kini korang tak perlu dah pergi jauh-jauh. Kali ini kolin nak berkongsi dengan korang semua tempat baru untuk korang nikmati makanan Thailand sambil melepak dengan semua ahli keluarga. Tak jauh mana pun, dalam Kuala Lumpur sahaja. Ini lah dia SOI55 THAI KITCHEN, Solaris Mont Kiara, No. 15, Jalan Solaris 5, Kuala Lumpur. Nak lebih mudah, ikut aje lah macam kolin, waze aje terus sampai. Ikutkan tak jauh pun dari rumah kolin kat Kepong tu. Kat KL ajer pun korang dah boleh makan masakan dari Negara Thailand asli tu tau. Inilah dia ruangan depan restoran. Senang aje nak cari...
Lebih kurang 9km, kolin sampai dah. Kat sini parking banyak, mungkin juga kolin datang bukan masa kemuncak kan. Apa pun ada shopping mall berhadapan dengan restoran ini, Jadi korang boleh lah parking di basement kan. Pertama sekali tengok restoran ini ianya simple dan sangat minimal perhiasan mereka. Mengekalkan warna hitam dan putih memang nampak ringkas. Pada kolin kalau korang nak makan bersama keluarga memang sesuai lah. Haa.kolin tau mesti soalan pertama. Halal ker tidak kan..kat sini HALAL. So jangan ragu-ragu boleh datang ye. Yang pertama kali nak cuba makan kat sini.
Disebabkan pertama kali sampai, kolin terus ambil pakej yang tersedia kat sini. Dan kali ini kolin ambil Pakej B. Untuk makan dalam 4 ke 6 orang hanya RM138 sahaja. Ada 5 jenis lauk, 6 nasi dan air fresh lime juice turut dihidangkan.
Inilah hidangan di sini yang, buat tatapan korang ye. Jangan ada jilat skrin sudah lah hahaha. Maklumlah update masa berpuasa.
Stir Fried Kailan
Tom Yum Seafood
Steamed Talapia With Garlic & Lime
Fried Squid With Garlic
Fresh Lime Juice
Inilah dia antara hidangan yang ada kat SOI55 Thai Kitchen. Kalau tanya tahap mana kesedapan, memang sedap. Ikan talapia tu tak berbau pun masa makan, memang sedang elok aje rasa. Tapi paling menang sotong goreng tu. Memang anak-anak suka sangat makan. Oh ! lupa..kalau korang ambil set ini korang tambah RM4 dan boleh order manisan mulut yang sangat mengiurkan ini.
Red Ruby Dessert
Cukup puas hati bila kolin sekeluarga order set B tu. Memang berbaloi dengan hidangan yang cukup besar dan mewah. Korang mana yang nak kualiti makanan sedap dan tempat yang selesa. Yang ini memang tidak mengecewakan. Lagi pulak yang minat makan tom yum tu kan.
Begitulah kemeriahan hidangan di Soi55 Thai Kitchen. Seronok rasa dapat kongsi dengan korang semua tempat makan baru dan halal untuk korang semua cuba. Jangan risau, pakej ini selepas ramadan ada. Nanti kalau cuti hujung minggu boleh lah pergi kan.
Mana yang terasa KL Mont Kiara tu jauh, jangan risau. Soi55 ada cawangan di tempat lain juga tau. Korang boleh lah ke 2 lagi cawangan mereka yang terletak di Subang dan jua Shah Alam.
📍SOI 55, Solaris Mont Kiara KL 03-2389 0555
📍SOI 55, SS15, Subang Jaya 03-5877 5555
📍SOI 55, Bukit Jelutong, Shah Alam 012-430 5559
www.ilovesoi55.com
Boleh telefon dahulu kalau nak buat tempahan awal okay. Jangan lupa try pakej yang ditawarkan ataupun korang boleh aje makan secara ala carte. Paling best kat sini untuk order ialah Pineapple Fried Rice yang macam gambar kat bawah ini.
Haishhh..kalau terliur sila cuba dan makan segala menu yang ada kat Soi55 Thai Kitchen ini ya. Sedap, berbaloi dan yang paling penting tempat makan ini selesa buat sekeluarga. Tunggu lagi!! Jangan tunggu, kita makan makanan Thai hari ini okay !! Halal lagi
Love,
Kolin Zainal
pg2 tgk entry ni..yummmm...slalu siakap stim ..ni tilapia
ReplyDeleteha aa..selalu siakap kan. Tapi sedap laa rupanyaaa
Delete