Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Pengalaman jadi Petugas SPR semasa PRU14


Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Setiap kali pilihanraya atau hari mengundi, sebenarnya terdetik macam mana nak jadi petugas. Nak kerja, nak tahu macam mana lah proses hari mengundi tu. Dimakbulkan doa kolin pada pilihanraya PRU ke 14 yang penuh dengan kontroversi tu dapat bertugas di Dewan Seksyen 11, di Shah Alam. Malah bukan kolin sahaja yang bertugas. Suami pun sama dapat juga pengalaman baru ini. Tapi dia di Setia Alam, so berpisah lah kami bertugas demi memastikan segala perjalanan semasa PRU14 berjalan lancar. Bercerita macam lah kami besar sangat jawatan kan hahahah. Kami ni PAPM ajer, lebih kepada membantu para pengundi lah. Mana yang berkerusi roda, mana yang sakit, mana yang perlu diberikan keutamaan dan sebagainya. Penunjuk arah pun iye...so sebelum PRU kepala tak sakit apa pun. Tapi pada hari kejadian tu, 9 Mei 2018 hari bersejarah tu, memang sakit otak, sakit badan dan sakit hati pun ada jugak. Tak sabar nak kongsi kisah kolin sendiri tau.

 thk u sis anie mohamed 


 pagi tu sempat laa wefie sesama kannn

Hari sebelum mengundi kolin di arahkan ke dewan tempat bertugas. Nak susun dan nak kenal pasti lah mana toilet, surau dan apa yang ada sekitar. Tu belum gantung-gantung banner dan sebagainya. Itu sebelum hari mengundi tau. Hari mengundi seawal 6.30 pagi dah ada di tempat bertugas. Lagi seram baru jam 7.20 pagi semua pengundi dah berada di luar pagar tak sabar nak masuk. Disebabkan dah ramai, ketua benarkan mereka beratur sambil menunggu pintu saluran mengundi di buka. Berdebar, cuak dan segala macam ada. Tugasan pun bermula....saluran satu (1) semua warga emas yang betul-betul emas tau. Semua dah tua, sakit dan berkerusi roda...aduyaii...bukan mudah tau...susah..susah sebab bila dah penat beratur, panas, orang-orang tua ni marah-marah dan membebel-bebel. Tapi kolin memang tahap kesabaran tinggi sangat hari tu, tetap senyum dan cuba buat yang terbaik. Siap kena tengking lagi dengan waris huhuhu..Ada ke akak tu panggil saya dengan perkataan yang tak patut. Senyum aje saya masa tu...tapi bukan nak kata lah..rata-rata mengata, meyumpah SPR. Saya hanya PETUGAS SEHARI SPR...dah kena kaw-kaw. Bayangkan kawan-kawan yang memang kerja SPR tu. Pahala berguni-guni lah kut ye.

 ni semua kawan-kawan yang baru kolin kenal. Sporting, baik dan membantu....best !!! 

sempat laa posing sekeping dua hahaha..ni kawan seopis lerrr


Kalau saluran satu, itu gayanya. Saluran dua pun ada umur 60 ke atas, warga emas juga. Bising lah mereka sebab beratur panjang, panas dan penat. Kesian sangat, bukan tak kesian tau. Kami petugas memang terasa sangat mereka penat beratur. Nak kata apa, memang masa kolin bertugas dari pagi ke jam 5.00 petang tu, pengundi cukup ramai. Maklumlah...lihat sahaja tsunami hari ini, terus pemimpin negara kita berubah 100% kan. Itulah penangan hari mengundi yang lalu. 

Tapi yang kolin kesalkan, apabila kita tolak kerusi roda tu, sampai ada yang cakap macam ini

"adik, kalau you asyik tolak kerusi roda, potong barisan kami, bila yang kami nak selesai'!!!

"adik, mereka atas kerusi roda tu suruh lah tunggu lama sikit, mereka duduk, tak apa laa tunggu kan!"

"you, memang kejam, biar orang tua macam kami baris panjang-panjang macam ini"

wooooo...ini sebahagian ye korang....sebahagian....pedih telinga, sakit hati dah la kita letih badan kan. Bila dengar orang cakap macam tu. Well..you tak duduk kerusi roda lagi kan, boleh lah cakap...boleh lah bising. Orang mengandung dan berpantang pun dema marah cut line. Aduiiiiiiii....letih laaa.....masa ini lah baru nampak keperimanusian tu menipis sangat...

Apa pun..apa terjadi pun. Kolin happy dapat jadi PETUGAS SEHARI SPR. Bersyukur diberikan pengalaman ini, iyelah...ada ramai lagi nak jadi petugas, tapi kolin terpilih. Kolin nak cerita itu aje lah...tapi sepanjang kolin bertugas semua mengikut tatacara lah. Tak nampak yang bukan-bukan pun. Kesian jua buat polis-polis yang bertugas...macam-macam kena sumpah seranah. Orang kita ni kekadang cakap tak fikir perasaan orang pun. Orang kerja aje, ikut arahan, jangan lah marah-marah. Itu yang kolin sampai cakap, 5 tahun lagi suruh anak cucu jadi petugas. Baru lah korang tahu macam mana lembik dan lesu weiiii.. Tapi saluran 5 atau saluran orang-orang muda memang laju dan sporting wei. Pelik juga kolin, tapi rata-rata diperhatikan mereka ambil masa lama sangat kat peti tu nak pikir pangkah siapa. Itu lah barisan slow sangat nak abisssss

 muka dah rabak..letih weii..

Saluran orang muda, lajuuuuu..paling cepat habis dan barisan paling pendek. Akhirnya dapat juga kolin luahkan dan lepaskan bertugas sehari menjadi PAPM atau Penunjuk Arah. Bukan senang, bukan mudah tapi cukup memberikan kesan mendalam. Mendalam laa kan, bila ko kena ngata terang-terangan kuat-kuat macam tu. Sampai dah macam-macam maki hamun, bila dia tengok kolin senyum, terus ayat keluar

'Yelah nak salahkan awak pun tak boleh, awak bukan boleh buat apa akan, ikut arahan aje kan...'

Kannnnnn....harap lepas ini ..lagi 5 tahun pengundi kita akan lebih matang dan bersedia. Bersedia bawa bekalan air sendiri, kerusi mudah alih, payung dan kipas. Tak akan lah semua orang nak sediakan, apa kata korang ambil langkah terdahulu. Asyik komplen ajeeee..tapi buat anjakan paradigma tak mau kan.

Terima kasih lah baca bebelan kolin yang bertugas menjadi orang SPR sehari aje. Nanti korang yang belum pernah, apply okay. Cari pengalaman baru, kalau tanya kolin...lagi 5 tahun nak ke lagi bertugas...rasanya TAK MAU dahhhh hahahahahhahahaha

Sekian terima kasih

kolin zainal 


2 comments:

loving me..loving you