Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Dugaan

assalammualaikum dan salam sejahtera

Kalau asyik bersuka ria aje pun tak boleh jugak kan. Ini lah dugaan kolin yang menimpa khamis baru-baru ini. Disebabkan salah makan akhirnya kolin pun terus serah diri untuk masuk air. Food poisoning yang membawa seribu kesakitan wei...terukk sangat dah rasa.





Rasanya siang tu okay aje, siap pergi food review tau. Lepas tu malam last sekali kolin makan kuew teow goreng dari pasar malam yang dibeli oleh hubby. Malam tu dari jam 2 pagi sampai lah ke subuh memang asyik ke tandas. Tapi memula sakit perut aje, menjadi-jadi lepas tu muntah-muntah pulak. So pagi dalam kul 10 dah ke klinik ambik ubat. Iye lah memang badan dah lesu giler, ambil la ubat tahan muntah dan sebagainya. Tapi doktor dah offer nak masuk drip, kolin sombong hahahaha. Tak mau katanyeee..




Balik tu makan ubat dan tidur, memang lah tak rasa apa. Menjelang petang, muntah dan cirit-birit lagi. Terus malam tu ke klinik masuk lah air atau drip. Memang lembik giler..masuk satu botol, siap suntik ubat dalam tu memang terus terlelap. Sakit wei badan, perut pun asyik cramp dah macam nak beranak. Sakit teruk...

Disebabkan semua ini kolin pun dah takut nak makan wei. Memang dua ke tiga hari asyik makan bubur dan nasi kosong. Makan pun yang tak pedas dan masak sendiri. Serik...serik nak lalu sakit macam tu sekali lagi. Buat korang jaga kesihatan okay. Sekali dah kena susah nak stop kata doktor. Memang betul pun, susah giler nak stop wei...Alhamdulillah, masa kolin menaip ini badan dah semakin okay. Dan kolin memang elakkan yang pedas la setakat ini. Takut berulang lagi. Terima kasih yang banyak mesej dan mendoakan di dalam IG dan FB. Ramai juga sayang kita ye....syukur. Korang semua jaga diri okay...

Love, 

Kolin Zainal 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you