Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Buat warga Shah Alam atau mana lah tau warga KL yang ingin menukar angin berbuka puasa nanti boleh lah pertimbangkan ke Pusat Konvensyen Shah Alam atau SACC untuk cuba hidangan buffet mereka yang menjanjikan pelbagai juadah berbuka puasa kali ini yang bertemakan "Warisan Tradisi". Tiada yang lama, tiada juga yang baru, ini lah menjadi ungkapan dan inspirasi kepada Chef Eksekutif, Jamili Napiah dan Sous Chef, Rizal Nahar untuk membawakan hidangan kompilasi resipi-resipi nenek moyang dengan gabungan lebih daripada 100 sajian menarik dari dapur SACC. Pengunjung juga dapat menikmati juadah-juadah yang mungkin belum pernah korang rasa sebelum ini tau. Inilah majlis pelancaran buffet ramadan secara besar-besaran yang di adakan baru-baru ini di SACC meraikan rakan media dan tetamu.
Hidangan yang mungkin buat korang terliur Pajeri Kedondong, Masak Lemak Pisang Muda, Sotong Masak Hitam (my fav), Ayam Masak Seroja, Singgang Kepala Ikan, Sambal Udang Terung Pipit dan banyak lagi. Menurut Ketua Pegawai Operasi, En. Nasrudin Abu Bakar, yang pastikan dalam banyak-banyak hidangan Kambing Kebuli tetap menjadi hidangan tradisi di SACC dan mendapat tumpuan pengunjung. Maklumlah kat sini memang yang terbaik kan. Kalau dah tetiap tahun datang, sure tahu dah.
Dengan hanya RM88.00 ++ untuk dewasa dan RM52.00 ++ unutk kanak-kanak (7 seingga 10 tahun) dan jua warga emas ianya amat berbaloi. Kalau anak-anak di bawah 6 tahun, boleh makan secara percuma tau. So kalau mana anak kecik-kecik, malas nak masak hujung minggu berpuasa tu, boleh lah terus ke SACC. Buffet ini akan dibuka dari 6.30 petang sehingga 10.00 malam setiap hari bermula dari 18 mei sehingga 13 Jun 2018. Kalau nak berbuka beramai-ramai pun bagus juga. Korang dapat lah berjimat tau. Promosi Early Bird dengan hanya RM78+ yang kini sedang berlangsung (pembayaran sebelum 17 Mei 2018). So jimat lah korang RM10 kalau beli awal, korang boleh beli terus menerusi laman web SACC iaitu www.sacc.com.my/ramadan-buffet
hati-hati minta sekerim kat dia..nanti dia memain hahahaha
Tapi yang best untuk tahun ini, SACC telah mengambil satu langkah yang bagus iaitu untuk berkerjasama dengan pihak Kelab Dapur Jalanan Kuala Lumpur dalam membantu sedikit sebanyak dan mengumpul dana untuk Tabung Kebajikan Gelandangan. Program CSR ini turut memberi peluang kepada pengunjung SACC untuk 'berbuka sambil beramal'. Mekanisma yang digunakan ialah setiap RM1.00 dari baucar buffet ramadan yang korang beli itu akan disalurkan bersama-sama dengan sumbangan yang lain kepada Tabung Kebajikan Gelendangan yang diamanahkan kepada SACC melalui Kelab Dapur Jalanan Kuala Lumpur.
Untuk pakej korporat pula, kalau korang nak berbuka bersama bos dan rakan sekerja. Minima adalah 30 orang tau, korang boleh dapat pada harga RM75+ sahaja. Kalau nak senang call sahaja pihak SACC di talian 03-55118858. Jangan lupa ke IG mereka iaitu www.instagram.com/shahalamconventioncentre atau FB www.facebook.com/SACCOfficialnew untuk segala maklumat mengenai berbuka puasa. Parking kereta ada, tandas dekat, dewan yang luas dan selesa, kolin pasti korang pasti suka berbuka di sini. Macam kolin sendiri pun ke sini setiap tahun tau, hujung minggu tu berehat lah masak-masak. Jangan lupa pergi dan cuba pengat nangka kegemaran kolin okay. Sure tak menyesal.
Love,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you