Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

REVIEW: Pupuk kebersihan dengan Carrie Junior Funtime Wipes

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Menjadi mak-mak ni kalau yang ada anak kecik-kecik tu memang penting lah kan, tisu basah ini. Amalan memastikan tangan sentiasa bersih tu agak sukar lah jugak. Mana pulak nak cari air dengan sabun kalau dalam kereta ker, kat padang permainan ker, memang sukar lah kan. Dengan itu tisu basah lah main peranan yang sangat bagus pada masa-masa macam ini. Carrie Junior, adalah satu jenama kelengkapan diri kanak-kanak yang telah berada di pasaran selama 19 tahun ini memperkenalkan  Carrie Junior Funtime Wipes dengan dua variasi untuk pilihan korang.

Pek mudah dibawa ini sesuai untuk seisi keluarga tau. Mengandungi 30 helai tisu dan juga pek 80 helai sesuai untuk dalam beg tangan, kereta atau pergi ke mana mana sahaja. Pek ini juga sesuai untuk anak-anak bawa ke sekolah tau. Lagi lah bagus kan sebab kat sana dah tentu lebih terdedah kepada bakteria dan virus dalam menjalani aktiviti mereka seharian di sekolah. Ini lah yang kita mahukan, betul tak? Dengan aktiviti koko-kurikulum, itu belum lagi anak-anak yang bermain dengan kawan-kawan semasa menunggu bas sekolah. Memang perkara yang wajib ada lah dalam beg sekolah mereka. Dalam memastikan tangan sentiasa bersih tu. Kena ingatlah, anggota tangan lah paling kena jaga, paling senang masuk kuman dalam badan dengan tangan lah kan. 

Dengan dua variasi iaitu Cheeky Cherry dan Smoothie Berries, Carrie Junior Funtime Wipes dirumuskan dengan Fruito-E, gabungan ekstrak buah-buahan semulajadi yang kaya dengan vitamin dan nutrien dapat membantu melembapkan kulit. Bebas alkohol, paraben, formaldehida dan hipoallergenik. Telah diuji secara Dermatologi dan sah HALAL ye. Dengan mempunyai kadar kelembapan yang tinggi, bukan sahaja anak-anak, kita pun bagus guna tau. Lembut pada kulit bayi juga, so kalau travel nak tukar pampers tu senang laa kalau ada tisu basah Carrie Junior. Aroma buah yang manis tu segar sangat tanpa rasa lekit pada kulit pun. 




Ianya dijual pada harga RM7.30 untuk 30 helai dan RM9.00 untuk 80 helai. Korang boleh dapatkan sekarang di semua farmasi dan pasaraya berdekatan tau. Kalau mandian Carrie Junior ni dah semerbak bau segar, kolin pasti yang ini pun pastinya best giler. Mana yang nak ada baby, tengah ada baby atau nak letak dalam hangbag kita tuk tanggalkan mekap ker atau apa saja kegunaan. Boleh lah beli kan. Tisu ini elok untuk bayi, kelembapan tinggi. Sure kalau kita pakai mesti lembap aje kulit, selembut bayi. 




Ikhlas review ini, 

Kolin Zainal 

2 comments:

  1. mmg wet wipes mesti ada dlm bag dan handbag Liez. sbb penting kalau ada anak-anak ni.. klau anak liez nampak carrie junior wipes ni mau dia main smp habis

    ReplyDelete
  2. B O L A V I T A Adalah Agen Sabung Ayam Dan Bola Terpercaya

    Deposit dan Withdraw (Tarik Dana) Yang Super Cepat dan Aman..

    -Bonus 10% untuk Member Baru
    -Bonus Referal 10%
    -Bonus CashBack Hingga 10%

    WA : +62812-22-22-995
    Line : cs_bolavita
    Wechat : Bolavita

    ReplyDelete

loving me..loving you