Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Wahai semua pembaca setia di blog! Berita baik buat korang semua yang suka masuk peraduan, pertandingan atau contest. Ini ada peraduan mudah sangat untuk korang sertai dan menang duit raya tau. Peraduan ini yang sudah pun bermula dari 2 April dan bakal tamat pada 2 Julai 2018 ini senang sangat lah nak sertai. Hadiah yang lumayan juga ditawarkan iaitu RM10,000 untuk 5 orang pemenang bertuah tau. Terima kasih kepada Lam Soon yang prihatin akan kos sara hidup yang kian meningkat ini. Maknanya di samping korang berbelanja untuk barangan isi rumah, korang pun boleh dapatkan kembali nilai wang ringgit korang dengan peraduan Raya Fiesta Berganda yang menawarkan sebanyak 416 hadiah sepanjang 13 minggu, termasuk 390 hadiah mingguan sebanyak RM100 setiap satu, 21 hadiah istimewa sebanyak RM1000 setiap satu serta lima hadiah utama sebanyak RM10,000 yang membawa jumlah sehingga RM110,00 dalam bentuk duit raya.
Jenama Lam Soon, bukan lah jenama asing di Malaysia tau. Dalam korang tak sedar tu, jenama mandian terkemuka Antabax adalah penjagaan diri No. 1, selain itu Bio-Home rangkaian pembersihan rumah mesra alam yang diperbuat daripada bahan terbiodegradasikan dan berasaskan tumbuhan, pembersih khusus wanita Orchid, rangkaian penjagaan diri May dan Fruitale serta bahan pencuci rumah Zip dan Labour.
Peraduan ini mudah sangat korang nak sertai dengan membeli mana-mana produk dengan satu resit berjumlah RM20. Kemudian namakan 3 jenama barang yang korang beli itu okay. Pastikan jenama yang kolin senaraikan di atas okay. Kemudian hantarakan jawapan anda melalui Whatsapp ke +6012-5263391 termasuk nama penuh, nombor kad pengenalan dan jawapan. Sertakan gambar resit korang beli itu sebagai bukti pembelian dan tujuan pengesahan. Jika resit pembeliaan RM20 termasuk dua atau lebih jenama yang mengambil bahagian, korang berpeluang memenangi salah satu daripada 21 hadiah istimewa bernilai RM1000 tau. Menurut En. Francis Ng, Pengurus Besar Kanan Jabatan Penjagaan Isi Rumah dan Peribadi, Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd., Bahagian Pemasaran, ini semua bertujuan memberikan ganjaran kepada semua penguna setia mereka diatas sokongan selama ini.
Kolin sendiri tak sabar nak join peraduan ini tau. Tak sabar nak ajak keluarga, kawan-kawan serta jiran masuk sekali. Kalau nak tahu banyak lagi informasi korang pergi terus ke laman web www.rayafiesta.com untuk maklumat RAYA FIESTA BERGANDA 2018. Jangan lupa join sekali okay!!!
Jangan tak join,
Kolin Zainal
Bamyak sht produknya. Mek aje yg tk ambik peduli. Good luck korang yg join contest ni.
ReplyDelete