Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Buat yang masih tidak kenal NY Steak Shack, ianya telah mula beroperasi dari Julai 2014 dan outlet pertama mereka ialah di Mid Valley MegaMall, Kuala Lumpur. Telah mendapatkan sijil HALAL dan kini mengorak langkah dengan lebih jauh lagi dengan adanya lebih 10 outlet yang telah dibuka. Dengan itu, promosi menu terbaru mereka iaitu ' Pepper-Licious' kini dilancarkan untuk semua peminat mereka. Jangan tak tahu, mereka ada menyajikan pelbagai sizzling steak, burger, ayam, ikan dan pasta yang disajikan segar untuk semua pengunjung mereka. Tapi entri kali ini kolin nak cerita menu terbaru tau. Terbaru!!!
kolin yang diberi peluang merasai menu terbaru mereka dan nak berkongsi lah dengan korang semua. Menu yang telah pun bermula dari 2 April 2018 dan bakal berakhir 13 Mei 2018 ini sememangnya berbaloi untuk dicuba. Korang kena datang merasai semua hidangan ini okay, sebab bulan puasa tak de dah. Rugi laaaaa, datang sebelum 13 Mei 2018 okay.
Menu NYSS ' Pepper-Licious' dihidangkan secara sizzling dengan kuah lada hitam yang dihasilkan dengan resipi istimewa bersama dengan keranggupan bawang putih. Paling istimewa kini mereka ada hidangan dari itik. Haa...sesuatu yang baru kan. Kalau korang tak pernah merasa daging itik atau pernah merasa mesti nak cuba daging itik yang di masak secara 'Pepper-Licious' kena lah datang.
Sizzling Duck Chop ianya berharga RM27.90
Sizzling Beef Tenderloin Skewer RM34.90
Sizzling Lamb Leg RM35.90
Sizzling Emerald Fish RM24.90
Sizzling Chicken Cevapi berharga RM23.90
Untuk semua hidangan ini di datangkan dengan makanan sampingan atau 'side dish' iaitu fries, mashed potatoes, pumpkin rice, corn on cob, coleslow, mixed vegetables dan salad. Jadinya hidangan lengkap yang sangat sempurna bukan. Tapi yang bestnya..tengah panas-panas tu dicurahkan sos lada hitam istimewa NYSS tu. Berasap-asap uolss..itu lah sebab untuk hidangan ini semua pengunjung diberikan 'beep' atau alas dada untuk menghalang makanan mercik ke baju. Haaa..comel giler kan, tengok ni blogger terkenal mahamahu menikmati hidangan NYSS tanpa sempadan tau. Tengok sendiri laa gambar tu, teruja dia hahah
Kalau dah makanan sedap tak kan la minuman tak ada kan. Kalau dah order set terbaru ini, harga istimewa minuamn diberikan pada kadar RM6.20 sahaja tau. Ada Lemonade Zest, Minty Lime Cooler, Orange Breeze dan Perfect Mix. Siapa yang nak air buah-buahan pun ada juga, korang boleh order fresh fruit smoothies iaitu Banana, Pineapple Lemonade, Red Apple atau Pineapple Mint pada RM7.20 sahaja. Unik kan semua hidangan ini, so kalau nak rasa lain dari yang lain kena lah berubah angin. Makan di NYSS, selesa dan sesuai untuk semua peringkat umur. Harga yang ditawarkan semua ini termasuk GST dan service charge okay.
Kolin dah cuba kelima-lima hidangan ini, dan tak tipu paling kolin suka adalah itik!! Itik tu atau hidangan yang diberi nama Sizzling Duck Chop tu wangi sangat bila dihidangkan sebegini. Siapa sangka selalu hidangan ini jarang di dapati dan boleh didapati kini di restoran terkemuka ini. Jangan lepaskan peluang okay, try semua hidangan yang mereka sajikan. Cadangan kolin, pergi sebelum 13 Mei 2018, sebab itu lah tarikh promosi menu terbaru mereka akan tamat. Tak merasalah korang weii, kalau lambat-lambat. Kalau nak pemanis mulut pun ada jugak tau. Itu yang kolin kata sesuai untuk semua peringkat umur. Anak-anak sure suka lah kek ni kan.
Terima kasih NYSS sebab berkongsi rasa dengan kolin. Untuk maklumat lanjut korang boleh ke www.facebook.com/nysteakshack.my dan boleh tengok sendiri imej hidangan yang di hidangakan. Kalau nak sambut birthday ke, anniversary ker boleh lah kat sini. Tempatnya selesa dan makanan pun sedap !!! Sesekali berubah angin kan. So jangan lupa ke semua cawangan NYSS seperti di bawah ini.
MID VALLEY KUALA LUMPUR
SUNWAY PYRAMID
IOI CITY MALL
ONE UTAMA
SUBANG PARADE
AEON SHAH ALAM
SUNWAY VELOCITY MALL
SOGO
ALAMANDA
MELAWATI MALL
Itulah dia senarai semua cawangan NYSS. Sila lah ke NYSS dan rasai pengalaman menu terbaru mereka iaitu 'Pepper-Licious"
Love,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you