Assalammualaikum & Salam Sejahtera
holla korang...sat lagi jangan marah bila skrol blog ini okay. Makanan yang kolin review di BGR atau Bangi Golf Resort memang bakal melimpah ruah. Sesiapa yang berpuasa ganti tu, kolin minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki okay. Ampunkan kami sekeluarga hahahhaha. IFTAR atau BERBUKA PUASA di luar bersama keluarga sesekali hujung minggu tu memang saat dinantikan. Lagi pulak kalau tempat yang berbaloi murah dan sedap. Lagi best menu tu pulak pelbagai kan. Siapa yang tak suka lokasi pun senang nak cari tempat letak kereta.
Buffet Ramadhan di BGR yang bermula dari 19 Mei sehingga 13 Jun 2018 adalah restoran Patuh Halal di Negeri Selangor dan menerima anugerah tersebut pada tahun 2017. Berikutan itu, kolin nak senaraikan ni apa dia 13 Keistimewaan Iftar di BGR.
Pertamanya HALAL, itu yang selalu kita mahukan kalau mencari tempat berbuka kan. Yang kedua NILAI UNTUK WANG ANDA, tahu tak harga yang ditawarkan hanya lah RM59 nett untuk dewasa dan RM29.50 nett untuk kanak-kanak. SAJIAN EKSKLUSIF ada kambing bakar, sup kambing mamak dan korang juga boleh menikmati satay ayam dan daging panas-panas tau. Selain kway teow dan mee mamak yang disediakan secara 'live'. Maknanya korang nak aje ..order terus dapat. Bukan yang sejuk dalam tray tu.Yang keempat, HIDANGAN BARAT MODEN, ada juga sentuhan gastronomik seperti Sus Vide Eggs dengan cendawan espuma. Kalau nak spaghetti dan lasagna pun ada. Mana yang nak berbuka makan begini BGR memang ada sediakan. MASAKAN MELAYU DAN TRADISIONAL, mengunakan pelbagai bahan mentah yang ditanam sendiri di 'kebun dalam bandar' mereka sememangnya organik. Dah lah murah, berkhasiat malah kita sendiri boleh rasa ulam-ulaman segar dari kebun. Selain itu ada ikan masin, keropok dan juga laksa sarawak dan singapura yang bakal menjadikan kita rambang mata mana nak dimulakan dahulu.
SAJIAN TIMUR YANG DISEDIAKAN DENGAN SEMPURNA, restoran BGR memang terkenal dengan nasi ayam hainan. Mana yang belum rasa nasi yang dimasak empuk dengan jus ayam tu, boleh ke sini. Kolin dah pun rasa wei..hebat perasaan nya tau. Selain itu ada juga daging masak lada hitam dan menu terbaru mereka iaitu filet ikan goreng dengan sos mentega. Yang ketujuh, pelbagai pencuci mulut ada kat sini. Dari yang tradisional sampailah yang moden. Buah-buahan pun semua segar, rojak pun ada mana yang suka makan rojak buah macam kolin. Boleh lah pilih mana yang suka. Kuih lapis, kek coklat, puding dan kalau nak kolin senaraikan sampai esok pun tak habis tau.
HARGA ISTIMEWA UNTUK DURIAN, BGR menerima tempahan untuk durian Musang King RM110 sekotak. dan D24 pada harga RM55 sekotak. Kalau nak beli boleh lah ke laman web mereka dan buat pra penempahan okay. PERSEMBAHAN SECARA LANGSUNG, yang ini memang best. Sambil makan dengar lagu ghazal la, lagu asli la, membuatkan selera makan tu tenang aje tau. TEMPAT LETAK KERETA PERCUMA, itu sudah pasti dan banyak tau. Yang ke sebelas, SURAU DI SEDIAKAN.
Yang ke 12 ini best sangat, tahun 2018 ini BGR akan menyumbang 1% dari keuntungan mereka kepada Islamic Relief Malaysia (IRM) untuk memperkasakan komuniti dan jua kepada yang kurang bernasib baik. Dan yang terakhir no 13, SUKA MAKAN BENCI PEMBAZIRAN, korang ambil sedikit-sedikit. Jangan tamak ambil sebanyak dan akhirnya tak habis. Konsep buffet ini makan sikit-sikit tapi merasa semua jenis hidangan. So jangan tamak, kali ini BGR akan berkerjasama dengan Food Aid Foundation untuk menyumbangkan mana-mana lebihan makanan dari Buffet Ramadhan kepada yang lebih memerlukan. Kan bagus begini, kolin harap semua orang buat macam ini tau. Jimat dan jangan membazir.
BGR memang tak pernah kecewa dalam mengadakan previu buffet ramadhan untuk para media. Terima kasih BGR sebab sudi menjemput media dan jua keluarga ke majlis yang sangat meriah ini. Anak kolin pun seronok dengan dapat belon, dengan pertunjukan magic show dan aiskrim yang disediakan. Masa ini lah nak jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Selalu borak kat alam maya aje kan. Buat korang yang nak booking BGR tahun ini boleh lah tempah di :
Mana yang tak tahu lokasi boleh waze mereka dialamat BANGI GOLF RESORT RESTAURANT NO. 1 PERSIARAN BANDAR, BANDAR BARU BANGI, 43650 SELANGOR.
Kolin harap dengan semua informasi yang telah dikongsikan ini memberikan korang lebih banyak lagi pilihan untuk berbuka di mana tahun ini okay. Yang pasti, korang kena cuba sup kambing yang direneh lama tu, sure tak menyesal. Tahniah BGR yang berjaya mengadakan majlis previu dengan penuh gemilang !!!
Love,
Kolin Zainal
teringin nak cuba
ReplyDeletependapat SA kan..tak semua 200 hidangan ada semasa preview ramadhan kali ni kan..hehehe..compare ngan last year dan tahun- tahun sebelumnya..BGR ada keistimewaan tersendiri...apapun buffet diorang paling ekonomi kan..so semua orang bleh buka puasa kat sini
ReplyDeleteBoleh singgah sini kalau datang putrajaya. Hrga pun tidak lerr tinggi sangat dgn hidangan yg ad memang agak brbaloi. Surau tu penting. Good BGR !
ReplyDelete