Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Jangan tak tahu, panjang umur, Ramadhan bakal menjenguk kita sekali lagi pada tahun 2018. Dan dikesempatan itulah, seperti biasa juadah atau tempat berbuka puasa akan dikongsikan. Terpulang kepada selera semua lah ye. Ada yang suka berbuka di rumah, di kedai ataupun di hotel atau tempat yang menawarkan berbuka puasa secara buffet. Dan kolin berbesar hati ingin berkongsi dengan korang semua salah satu tempat yang sempat kolin rasa dan nikmati hidangan mereka minggu lalu iaitu LAMAN KAYANGAN, SHAH ALAM yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Apa lainnya tahun ini kan.
Seperti biasa tempat yang disediakan sememangnya selesa, penghawa dingin pun sejuk aje. Memang dewan ini dihiasi bagaikan khemah pengantin. Tidak pernah mengecewakan kalau bab hiasan kan sini. Jadi nak bawa mak ayah, anak-anak atau sedara mara di sini memang sesuai lah pada kolin. Sebab selesa.
Jom kita beralih pada hidangan pula. Sama seperti tahun lepas, hidangan yang disediakan ala-ala gerai. Tahun ini bertemakan "Kembara Selera Memikat Jiwa" banyak lah hidangan dari setiap daerah dan negeri yang pastinya akan ada juga yang korang minat kan. Macam kolin memang kejar pemanis mulut lah dulu.
Segala jenis kek coklat ada atas pinggan hahah. Ada kuih muih melayu dan lelain tu. Tapi kolin pilih yang ini untuk food review hari tu. Selesai menda manis mencari lagi yang lelain ye.
Makanan dari Siam pun ada wei...Senyum aje semua staff kat sini.
Ni gerai sup tulang merah sekali dengan roti.
makanan rasmi setiap buffet ramadhan, kambing golek dan nasi daging. Kalau tak ada yang ini tak meriah ler berbuka ye.
Mana orang-orang Johor, nanti kalau nak lepas rindu makan. Boleh lah ke Laman Kayangan ye. Boleh makan buat berbuka nanti.
yang suka boat noodles pun ada jugak kat sini.
Yang ini ala-ala stimboat dan makanan bergoreng. Kalau ke gerai ini cuba cendawan goreng ye. Sedap...
Ada mini murtabak kat sini !!
Banyak sangat gerai disediakan di kiri dan kanan khemah. Kalau nak makan kena lah ronda perlahan-lahan dan nikmati segala hidangan yang disediakan di sini. Berbuka puasa jangan membazir kan. So ambil apa yang perlu dan jangan membuang makanan kan.
Buat makluman korang semua, terdapat lebih kurang 88 menu yang bakal disediakan sepanjang ramadhan nanti. Majlis prebiu buffet ramadhan kali ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Segi Seri Sdn. Bhd. iaitu Tuan Haji Azhar bin Haji Baharin dan turut dimeriahkan oleh instafamous FaizDickie & Naddyepul. Dan kalau korang nak tahu, kat sini sambil berbuka ada jua live band tau. Lagu-lagu ghazal dan penyanyi dia pun not bad. Dari tahun lepas kolin suka berbuka kat sini. Meriah sangat. Mesti korang tertanya-tanya berapalah harga yang ditawarkan. Untuk pembelian awal atau early bird sehingga 16 Mei 2018 pada harga RM50 Dewasa dan RM35 kanak-kanak dan jua warga emas.
Harga normal adalah pada kadar RM65 Dewasa dan RM35 kanak-kanak/warga emas. Beli 5 dewasa, percuma 2 kanak-kanak/warga emas atau beli 9 dewasa dan percuma 1 dewasa. Bagi yang nak beramai-ramai satu pejabat tu kan, pakej korporat beli 50 meja, percuma 500 cenderahati istimewa, 5 hamper, percuma PA sistem dan projektor. Ataupun korang boleh beli 10 meja dan percuma lagi satu meja serta mendapat 100 cenderahati istimewa.
Untuk keterangan lanjut dan apa jua kemusyiklan korang, boleh lah hubungi Puan Nor Iliana (nana) di talian 019-3117443/03-55424200. Seperti biasa kolin memang dah pun senaraikan Laman Kayangan, Shah Alam sebagai salah satu tempat berbuka buat kami sekeluarga. Tandas dan surau disediakan di bangunan bersebelahan dengan khemah yang disediakan. Yang penting cantik, bersih dan semua sekali boleh enjoy makan berbuka bersama. Jangan lupa korang, dapatkan early bird tu. Murah sangat dah kalau di bandaraya Shah Alam dengan hampir 88 menu tu.
Instafamous FaizDickie in action
lawa kan...ni meja vip
Kolin yang suam-suam kuku pun posing la kat depan ni haa.. Nampak sangat semangat aku dah tak tinggi lepas makan kenyang-kenyang hahahah. So not bad lah nak berbuka nanti kat sini. Sila masukkan berbuka puasa tahun ini di Laman Kayangan Shah Alam dalam list korang ye. Lebih gambar dan lebih informasi sila ke laman Instagram diaorang okay. Terima kasih menjemput ya...
Love,
Kolin Zainal
Hahahaha...syok gila weh! Ada Kacang Pool yang x boleh tahan tuuu...rugi pulak tak g
ReplyDeletenanti mai berbuka sini wei..
Deleteaduhhh kambing golek dengan rojak tu sedap je tengok... meleleh ayaq liuq kitaaa
ReplyDeletekuah rojak dema memang sedap giler
Delete