Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Part 5: Sarapan pagi, melawat Pasar Siti Khadijah dan shopping di Pengkalan Kubor

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Sesapa yang terlepas sila lah klik sini. Kut lah tak faham kolin tetiba dah hari kedua makan breakfast di Holiday Villa Kota Bharu ni kan.  Part 4 lepas tu part 3 lepas tu part 2 lepas tu part 1

Terima kasih membaca tau, gigih nak habiskan semua episod berjalan hahaha. Nak simpan buat kenangan dan juga untuk korang kalau-kalau nak pergi nanti ada sikit rujukan kan.  Hari kedua kami bangun awal, okay lah bilik cukup selesa kan. So hari pertama kami nak cuba bersarapan kat hotel lah. Jom kolin tunjuk serba sedikit menu yang disediakan di sini. 


Menu pertama kolin cuba Nasi Kerabu. Nampaknya memang tak menghampakan. Sedap laa chef hotel ini masak. kolin memang suka sangat nasi kerabu ni. Makan dengan ayam goreng pepanas tu.


Selain itu ada juga lah hidangan yang macam omelet, roti canai tu.



Dah siap bersarapan, anak-anak memang dah get ready untuk ke kolam renang. Dari semalam dah terliur kan. Kolam renang yang terletak di Aras 2 hotel ini di bawah bumbung. So kalau tengah panas pun, korang anak beranak boleh melepak mandi manda kat sini, tarak hal punya. Tak ada masalah pasal sunburn atau selainnya. Kolam renang ada untuk kanak-kanak, dan dua level lagi untuk dewasa dan kanak-kanak yang dah tinggi tu. 





Kerusi meja pun ada disediakan untuk korang melepak-lepak. Nanti kolin full review hotel ya..kena buat lain entry. Dah mandi manda kami berempat pun bersiap lah untuk destinasi pertama hari ini iaitu PASAR SITI KHADIJAH. Kisah nak perabis duit la pula, menaikkan ekonomi masyarakat setempat katanya heeheheh. Jom ler borong keropok ikan, tudung, kain dan sewaktu dengannya. Kalau korang nak tahu, tempat paling best nak cari makanan orang tempatan kat sini lah. Rambang mata tengok kuih muih dan lauk pauk. Ada yang bersih dan ada yang tidak, pilihan di tangan kita. Tapi memang murah dan sedap lah pada kolin. Takde sesiapa yang sakit perut pun masa percutian kami di Kota Bharu ini. 


PASAR SITI KHADIJAH


ini pemandangan dari luar. Kami parking dalam mall bertentangan dengan Pasar ini. Sebab tak faham dengan sistem parking terbuka tu. So park aje dalam mall, tak mahal pun tiket. Kereta pun tak panas lah, so to be safe parking tempat berbayar lah. Maklumlah kereta sewa kan..kereta sewa lah tinted nipis..panass oiiii


ini gambar wajib kalau ke sini. Memang lawa lah..kawasan bawah tu kalau korang mencari bahan nak masak atau mentah, boleh lah.Tips nak dapat gambar ini, naik tingkat 3, pergi belakang kedai baju  hahahah. Ada tong sampah..kalau tak pandai cari spot, memang tak dapat gambar pemandangan sebegini. Rajin selongkar ye korang...beginilah dia insan seorang blogger. Gigih !!


Wefie sekeluarga satu buat kenangan dan kami teruskan misi membeli belah. Sila lah jamu mata wei..dema ni pandai memujuk..perabis RM oii ....Tapi korang jangan lupa tawar menawar sampai dapat okay. Tawar dengan senyuman manis tau




Nahh..kalau membeli kat sini tak pernah cukup. Kalau korang cari barangan tembaga pun kat sini ada. Kolin terus terang cakap ni, habis RM shopping sini hahahaha. Ala bukan selalu datang ke Kota Bharu kan, jadinya memang happy. Siap pergi ATM lagi sekali ambil duit tau. Kat bawah sekali tu ada ATM so korang jangan risau kalau ke sini nak shopping. Bawak aje RM cukup-cukup dan have fun membeli kain, tudung atau kraftangan cecantik kat sini.

Tiba masanya kami nak hunting makanan yang ada kat sini pula. Tak tipu laa...memang makanan mengugat iman, jiwa dan raga kami sekeluarga. Kesudahannya memang makan sampai mata kuyu. Sebab banyak sangat yang kami nak cuba makan kat sini. 





Udang tu seekor besar harga ikut saiz. Tapi sebelum ambil boleh lah tanya harga dahulu, tiada masalah. Ali Imran ambil sekor RM15 sahaja. Tapi memang puas hati lah makan. Kolin ambil peluang ini dan cuba makan Nasi Tumpang kata orang tempatan. 



 Ni nasi udang besar si Ali Imran 
sotong ini masa mereka tengah bersihkan kami nampak. Memang besar dan panjang sangat. Jadi kami mintak goreng kunyit dengan harga RM25 sahaja. Memang puas hati meratah sotong segar.



Sekali lagi la wefie, gambar makan beramai-ramai. Seronok laa dapat makan sedap-sedap wei..Jangan lupa masukkan dalam jadual program korang kalau kat sini.Tak nak shopping pun takpe, tapi datang dan tengok budaya mereka okay. Seronok...jom ke tempat seterusnya untuk hari kedua ini, kita ke Pengkalan Kubor.

PENGKALAN KUBOR

Buat yang tak tahu, kat sini memang shopping lagi lah. Shopping ala-ala Langkawi atau Padang Besar tu. Masuk gate lain, dan keluar gate lain sebab kastam akan tengok barangan korang beli. Sebelum tu jangan tak tahu kat sini pun ada tempat menarik untuk posing. 


Jadi kalau korang ke sini, bergambar lah tau. Ada laman mural dengan lukisan yang lawa-lawa untuk ootd pun boleh. Dah selesai posing, kami pun pergi lah tengok barangan jualan yang ada kat sini. Tak besar sangat lah...tapi best sebab kolin pergi bukan cuti panjang atau cuti sekolah kan. So memang boleh membeli dengan aman damai dan harga tak lah melambung tinggi masa ini. 


Dapat juga lah merasa aiskrim yang viral kat sini. Sedap lah, tapi rasanya tak lah sedap sangat-sangat pun. Cuma isinya memang penuh. Aiskrim Santan Homemade katanya. Kat sini memang dah sempadan siam, so jangan heran kalau nampak motorsikal siam merata-rata kat sini. Hidangan makanan pun dah arah macam ke siam dah. Seronok lah..relak-relak kat sini. 



Yang ini pun glamor juga, kalau nak cuba jeruk dan buah-buahan kat sini, boleh lah cuba ye. Dah jom kolin tunjuk apa barangan yang ada kat sini. 




 Coklat ala langkawi laa..



 RM99 untuk dua periuk pan Tefal tu okay...sakit hati tengok harga

ada pokok kaktus besar luar surau tu...apa lagi anak bujang kagum sangat laa tengok pokok sebegitu besar..kain tu letak situ takut orang terkena duri kan. 

 ini pintu masuk tau

nak keluar pula ikut sini. masa ini kolin tak membeli sangat, tapi tetap kena buka bonet dan cek. Tapi selepas tengok semua plastik yang borong tu bukan dari sini, semua dari Pasar Siti Khadijah, terus okaylah. Susah gak laa kalau memborong banyak nak kena tax bila keluar dari sini, leceh betul la pada pandangan kolin. Elok ada dashcam kan dalam kereta, boleh tengok mereka cek macam mana dan cakap apa. Tapi itu lah dia pengalaman tak best hahahahha. Shopping tak seberapa kereta kena lak cek habis habisan gitu. Mungkin pasal orang tak ramai. Tapi itukan tugas mereka. sooooo stop komplen laa kan..kerja mereka.

Selesai dah kami terus ke Temple atau bahasa siam Wat. Kalau dah dekat ngan siam boleh lah korang tengok temple buddha kat sini. Ini yang paling besar tau...dapat gak tengok kannn

 Wat Machimmaram (Big Sitting Buddha)


Masuk sahaja, takpe..ini kolin berhenti dan tangkap gambar sekejap. Ini antara yang terbesar di Malaysia lah. 

Wat Photivihan (Sleeping Buddha)

Ini pun area balik dari sana juga, jangan lupa singgah tau. Best laa dapat tengok depan mata kan. 



Panas weii..tapi semata-mata nak tangkap gak gambar..berdiri laa posing gitu hahaha. Puas hati dapat satu gambar kat sini. Ikutkan kalau hari cuti ramai orang, tapi kolin bertuah laa...gambar clear tak de orang kacau pun. Dah selesai dua tempat ini kami pun nak balik hotel sebab dah berlengas giler..cuaca memang panas kat sini.

Kalau korang nak tahu, bestnya Kota Bharu ini banyak masjid lawa-lawa. Dan pohon kurma di tanam di sana sini. Memang mendamaikan. Yang best tu ada yang pohon kurma sedang berbunga. Memang tak hairan lah masa bulan puasa nanti berbuah dan semua dapat dinikmati sekitar penduduk kat sini.


Dah sampai hotel, anak-anak sambung lah berendam dalam pool hotel. Malam nanti nak mencari menu istimewa buat makan malam. Tunggu part 6 kolin share kat mana makan ye. Kolin suka buat reasearch sebelum ke mana-mana. Itu sebab kolin ada dah list panjang mana nak pergi dan nak makan apa hahaha. Yang penting kolin kongsikan dalam blog ini dan korang boleh lah pulak pergi terjah mana tempat best-best kan. Itu lah tujuan berblog...berkongsi cerita. 

Terima kasih korang baca dan tengok gambar bebanyak dalam blog ini. Have a good weekend ya..

Love, 

Kolin Zainal



3 comments:

  1. last year g kelantan tak sempat jln-jln.. seronok dpt g pasar siti khatijah kan... shopping la kejenya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kelantan..banyak makanan sedap-sedap. Tapi pasar siti khadijah tu memang mengugat iman hahahha

      Delete

loving me..loving you