Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Banglo Sultan Sulaiman, Bukit Fraser

assalammualaikum dan salam sejahtera

Panas kan sekarang? Apa kata kolin bagi cadangan korang pergi bercuti sehari dua kat Bukit Fraser. 
Kali ini kolin bercuti di rumah penginapan kerajaan. Banglo Sultan Sulaiman yang telah berusia lebih 80 tahun kini sudah di buka untuk disewa. Klik sahaja link di bawah dan lihat sendiri syarat untuk menyewa ok.


Kolin try tempah bulan Mac dan sekejap sahaja dah dapat jawapan. Alhamdulilah dengan harga RM60 semalam, kolin dapat bercuti di banglo yang penuh dengan sejarah ini.
Ayat pertama yang kolin dapat apabila nak bercuti di sini ialah

1. Tak ada hantu ke?
2. Berhantu tak banglo lama tu?
3. Hantu...hantu..hantuuuuu

Well..korang rasa ada ke hantu? Hantu memang wujud kan, tapi Alhamdulillah niat kami sekeluarga bersih nak bercuti dan menikmati keindahan Bukit Fraser tu tak ada apa-apa pun. Malah Banglo Sultan Sulaiman yang bersih dan dijaga rapi itu sangat-sangat mengembirakan hati kami sekeluarga. 

Empat buah bilik yang semua dilengkapi bilik air, ruang tamu yang besar, ruang makan yang besar semua lengkap di dalam rumah. Nak beli sendiri rumah sebesar ini belum ada rezeki kan. Dapat peluang bermalam satu malam di sini pun dah..syukur Alhamdulillah.Tutup kisah hantu tu ok, yang penting korang kena ada pengalaman ini. Best sangat bersantai hatta satu malam di Banglo Sultan Sulaiman, Bukit Fraser.
Nah gambar dekorasi dalaman dan luar di Banglo Sultan Sulaiman.


Ini ruang tamu masa melangkah masuk ke banglo ini. Di sini ada pekerja yang tinggal di kuarters belakang banglo. En. Hisham merupakan kakitangan SUK Selangor. Tu lah pasal rumah ini berseri dan kemas gila.


Ruang makan yang sangat besar dan selesa. Maklumlah banglo ini adalah bekas rumah gabenor British dan juga merupakan Istana Hinggap bagi Sultan-Sultan dahulu kala. Beruntung kan dapat masuk dan menikmati keindahan banglo lama ini. Tingkap dan pintu semua menarik dengan kemasan yang sangat antik.





Empat bilik tidur dan satu bilik tidur yang meletakkan katil king size. Yang lain semua dua katil super single. Semua bilik ada bilik air, so tak perlu nak berebut bilik air pun. Hiasan dalaman yang minimal memang memikat hati sangat-sangat. Besar, luas dan selesa.




Apabila dah banglo memang jauh lah nak ke dapur. Maklumlah rumah kolin kecik, lompat-lompat dah sampai dapur. Di sini disediakan peralatan memasak, membasuh pinggan pun ada. Lengkap segala segi kalau kita nak bermalam kat sini lah. Di Bukit Fraser kedai makan tak banyak, adalah lebih baik korang bawak sendiri bahan mentah masak disini. Lebih jimat dan best sebab tak perlu keluar dari Banglo Sultan Sulaiman.


Disebabkan kami ada hal pagi tu, bertolak pun dah lambat. Sampai kat sini sekitar jam 8.30 malam. Memang perut dah lapar dengan pening lalat akibat jalan berliku-liku tu kan. Rugilah kalau makan dalam rumah kan. Kami makan dalam suasana yang sejuk tu kat depan anjung banglo. Tiada kata dapat mengambarkan kebahagian bersama keluarga kolin ketika ini. 




Dah cuaca sejuk, memang ayam bakar menjadi pujaan hati lah kan. Inilah sebab kolin shopping di Lazada hari tu nak beli grill eletrik ini. Malas betul nak bawak arang dan bakar-bakar. Lagi bersepah, jadi on saja grill ini hidangan makan malam kami semua dah tersedia. Memang terbaik!!

Suasana bukit fraser sejuk, dingin, sunyi dan menenangkan. Nah...korang dah tau kan Banglo Sultan Sulaiman sudah boleh disewa. Jangan tunggu lama-lama, pergi online sekarang dan sewa cepat-cepat. Sebab memang dah nak fully book dah kolin tengok jadual penempahan tu.

Dan kolin dah siap tempah lagi sekali bulan Ogos nak pergi lagi hahahha.
Oh jangan risau kat sini ada TV, sebesar lebih 50 inci. So tak akan mati kering kalau stay 2 malam pun.
Yang ini masa tak setting lagi, dah setting boleh la tengok TV. Buka tingkap memalam dan rasakan kesejukkan angin malam Bukit Fraser. Priceless!!


So jangan lupa menempah ok.

Love, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you