assalammualaikum dan salam sejahtera
Bila anak-anak dah besar ini mulalah tengok gambar lama-lama kan.
Maklumlah anak kolin bukan ramai pun 2 orang sahaja. Umur pun dah meniti dan hampir masuk 40an.
Kolin tak akan berahsia hal umur, jangan risau. Lagipun siapa kat dunia ini akan muda selamanya kan.
Baik kita meniti hari tua dengan positif, jaga diri lagi penting we grow matured secara anggun.
Waaa..ada rupa pakar motivasi kolin menulis hari ini.
Inilah Ali Imran Bin Sazali. Dilahirkan pada 26 Disember 2006
Sekarang ni Facebook duk lah #throwback gegambar lama. Rindu giler masa budak-budak ini kecik.
Boleh dipeluk-peluk, dicium-cium. Sekarang dah Darjah 4 dah. Tinggi pun 136cm, sedangkan aku 163cm, tak lama lagi aku lah yang paling pendek kan. uhuk uhuk uhuk
tengok lah gambar-gambar Ali Imran ini masih kecik-kecik
Cair hati tau...sekarang dah bujang wei...rinduuuu zaman kocik kocik
Yang ini pula Alisa Maisara lahir 29.9.2009
berat pun 2.65kg aje masa tu..
Hari pertama dapat peluk dia, memang baik
tak menangis langsung masa kat hospital, tak penat jaga dia pun.
Banyak pulak gambar kolin share dah ni
nampak tak rindu kat bebudak ini masa dema kecik
kejap sangat membesar...yang baca ini jangan lah suruh kolin mengandung lagi
kolin bukan rindu baby lagi...aku rindu zaman anak-anak kolin baby hahahhaa
Tahu-tahu nanti kolin update nak dapat menantu pulak kan hahahah
Love,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you