Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Siapa bakal bergelar Asia's Next Top Model Musim ke 4

assalammualaikum dan salam sejahtera

Event yang penuh kehangatan ini berlangsung di TGV Indulge @ 1 Utama Petaling Jaya.
Bagaikan bermimpi yang kali ini kolin dapat bertemu dengan Super Model serata Asia yeay....


Tak melepaskan peluang bergambar di photo booth yang ada juga. Majlis pra tonton kali ini akan menceritakan 14 super model yang akan bersaing menjadi Asia's Next Top Model musim ke 4. AsNTM yang bakal ditayangkan di Star World, Star World HD, Astro Channel 711 & 722 akan mula bersiaran di serata Asia termasuk Malaysia, Hong Kong, Vietnam, Thailand, Philippines, Indonesia dan Singapura, buat kali pertama musim kali ini menampilkan peserta dari Mongolia dan Myammar. 



FOX Networks Group (FNG) telah berbesar hati menganjurkan sidang pra tonton episode pertama untuk AsNTM musim ke 4. Malaysia sendiri yang diwakili oleh Tuti, bakal mengegarkan runway pada dengan kerjasama dari ZALORA.

Asia's Next Top Model Cycle 4 bakal menjanjikan persaingan yang lebih sengit dengan barisan juri yang baru. Model yang berinspirasi iaitu Cindy Bishop sebagai pengacara, Kelly Tandiono sebagai mentor di sepanjang musim AsNTM Cycle 4 dan juga Yu Tsai, fashion photograper dan Creative Director. 

Tiga selebriti ini adalah juri bagi musim kali ini.  Memang drama sangat!!!


Tak sabar tengok mereka beraksi di Runway. For sure kolin excited nak tengok Tuti yang mewakili Malaysia bagi pertandingan yang penuh berprestij ini. Chaiyok Tuti !! Work it girl ~

Tapi sebelum itu kata-kata aluan dari Pengacara majlis dan juga dari Ms. Penny Tan, Marketing Director, FOX Networks Groups.



Dan memang rezeki kolin murah sangat, malam tu menang pulak Lucky Draw dari Maybelinne. Waaa...lepas ini memang kolin di taja sepenuhnya oleh Maybelline lah. Thank you for this Maybelline!!!
Terperanjat gila bila Pengacara sebut nama kolin sebagai salah seorang pemenang cabutan bertuah. 
Syukur Alhamdulillah....terima kasih huda dapat capture gambar akak menang lagi hahahhaha


Dan sekarang...kolin tak sabar nak share gambar super model di Runway malam tu. 
Happening, teruja, excited semua adalah....yang pasti semua crowd bersorak.


Inilah Tuti, mewakili Malaysia kali ini. She damn good!!!
Kolin harap dia akan menang bagi Asia Next Top Model Cycle 4 kali ini. 
Tapi semua peserta pun hebat-hebat belaka, lawa-lawa. Berdebarnya macan kolin pula masuk bertanding.
Apa pun kolin doakan yang terbaik untuk Tuti


 Kalau nak saksikan video betapa meriahnya event Asia Next Top Model Cycle 4,
Sure korang dapat rasai betapa meriahnya malam itu. 

Selesai acara di runway, kami semua dihidangkan dengan makanan yang cukup lazat di INDULGE- TGV Cinemas. Masa ini lah kolin dapat berjabat tangan dengan model terkenal Kelly Tandiono. Bertuahnya lah rasa badan dapat bertemu muka dengan super model terkenal dari Indonesia. 


Tak lupa juga dengan kehadiran Shasha Saidin, selebriti Malaysia.


Dengan kerjasama dari Subaru, TRESemme, Closeup, Zalora dan Maybelline bakal membawakan pelbagai kejutan bagi musim ini. Penonton akan lebih dapat melihat transformasi 
setiap peserta bagi setiap episod. Kolin malam tu tengok episod pertama pun dah berdebar-debar, siapalah bakal menang. Sebab saingan sangat-sangat sengit. Berdebar!!!!

Pemenang bagi musim ke 4 ini bakal membawa pulang Subaru XV dan juga menjadi wajah bagi TRESemme. Dapat huge fashion spread di dalam Harper's BAZAAR Singapore, dan jet off to Europe untuk menjadi salah seorang daripada model dari model agensi terkemuka iaitu Storm Model Management. 

Nak tahu siapa menang? Nak tengok drama? Nak tengok model-model bergaduh?
Model menangis? Model takut pose? Model stress?

Jangan lupa saksikan Asia's Next Top Model Musim Ke Empat yang bakal ditayangkan di Star World dan Star World HD (Astro Channel 711 & 722) setiap Rabu bermula 
9 Mac 2016 pada jam 9 malam.


Love, 

Kolin Zainal

2 comments:

  1. baca entry kolin ni, eksaited rasa nak tengok ANTM musim baru ni..tak pernah tengok sebelum ni..dulu2 layan America Next Top Model je..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok la. kolin tak ada astro kat rumah!!!
      dah terasa rugi sebab tgok first episod aje uuuwaaaa

      Delete

loving me..loving you