Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Kempen Sarapan Pagi dengan Dutch Lady

assalammualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini kolin berkesempatan untuk menghadiri sesi media bagi melancarkan kempen sarapan pagi dengan Dutch Lady. Memang happening dengan segala makanan yang ada disediakan bagi kami di sini. Dan macam biasa kolin sempat juga bergambar dengan Mr. Moo yang sebelah ini. Glams ko sangat ye Moo.


Semua jemputan diberikan satu kad untuk mencatit berapa banyak kalsium yang kami dapat pada hidangan hari itu. Dari makanan berat sehinggalah yang ringan semua ada. Tambahan pula sedap ok!



Sebagai contoh untuk hidangan ini Rice Pudding with Milik ada 120mg Calcium per serving. 
Dan orang normal dewasa macam kolin memerlukan 800mg kalsium dalam masa sehari.
Buat makluman korang, apabila umur meningkat kalsium yang hilang dari rambut, 
air kencing, peluh dan sebagainya. So kalau korang tak minum susu atau makan makanan yang mempunyai kalsium. Memang lah tulang cepat reput dalam kata lain....tua dah gayah.





Ini antara minuman lazat yang disediakan di event Dutch Lady. Siap dengan jumlah kalsium, gamaknya kolin asyik minum aje lah. Empat hidangan minuman ini cukup sudah kalsium untuk sehari kan.


Selesai dengan acara makan, tetamu undangan Aaron Aziz dan isteri di jemput bersama di atas pentas bersama pakar pemakanan bagi menerangkan lagi habit minum susu sebagai sarapan pagi. So tak rugi pun kalau kita bekalan setiap anak sekotak sehari susu sebab ianya dapat membantu ketumbesaran anak-anak kita. Yang berkhasiat kita bawa ke tengah dan yang tidak kalau boleh tak perlu langsung.


Selesai pelancaran dari selebriti dan VIP yang lain. Kami semua di bawa ke dewan khas untuk berkongsi idea dan resipi masakan mengunakan susu Dutch Lady. Dapat lah tengok Aaron Aziz tunjuk skill terbalikkan pan cake yang di masak oleh mereka. Smoothies juga ada dikongsikan bersama. Balik ni semangat cari susu dan aiskrim nak buat air sedap tu.



Dah selesai dengan perkongsian, giliran kami pulak para media untuk mencuba.
Jeng..jeng..jeng...nasib baik kolin dapat Group 2 buat smoothies yeayyyyy


Ini antara bahan-bahan yang disediakan untuk kami beraksi.
Memang excited giler...


Haa buat smoothies sedap-sedap tau Elena
i suka minum ajee


Inilah smoothies group kami hasilkan. Ada serbuk kopi, vanilla, perisa pisang sikit dan juga mouse cream yang kami pam di permukaan smoothies. Sedap dan rasa sangat creamy.

Terima kasih Dutch Lady kerana berkongsi idea sarapan pagi yang khasiat untuk seisi keluarga.
Buat mak pak yang sibuk, senang sahaja nak pastikan anak kekal sihat dan membesar dengan baik. Bagi mereka minum susu secukupnya ok.

Untuk kita yang meningkat umur tak pernah nak turun pun perlu minum juga tau.
Jangan ingat bebudak sahaja. Dengan susu Dutch Lady segalanya lengkap.
Akhir sekali sesi bergambar dengan pasangan selebriti yang super romantik ini.



Love,

Kolin Zainal

6 comments:

loving me..loving you