Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Tahniah Sushi King dengan pembukaan outlet ke 100 mereka di AEON Mall Shah Alam

assalammualaikum dan salam sejahtera

Haa tau tak sekarang Sushi King dah ada 100 outlet di Malaysia. Kini sushi dan hidangan dari negara jepun ini amat digemari oleh rakyat Malaysia. Kualiti makanan yang baik ini telah dibuktikan dengan pembukaan Sushi King di bwah Texchem Group yang merasmikan outlet mereka yang ke 100 di AEON Mall Shah Alam baru-baru ini. Ucapan alu-aluan dari Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Fumihiko Konishi dimulakan tepat pada 11.05 pagi. Respek sangat orang Jepun ini, event memang mengikut jadual.


Pelbagai persembahan yang bercirikan Jepun sepanjang majlis ini berlangsung. 
Untuk opening ceremony Taiko Drum Performance sudah cukup mengegarkan AEON Mall Shah Alam.
Di ikuti pula oleh persembahan Opening Gambit iaitu Mochitsuki Ceremony.

Rangkaian restoran Jepun yang terbesar ini telah beroperasi lebih 21 tahun, dan pelancaran hari ini adalah pencapaian yang terbesar bagi Sushi King. Pemilik Sushi King, Executive Chairman, Texchem Resources Berhad iaitu Tan Sri Dato; Sri Dr. Fumihiko berkata ini lah kejayaan bagi Sushi King. 

Dari 1995 ianya dibuka dan kini pada 2016 ada 100 cawangan di serata Malaysia adalah satu kejayaan yang patut diraikan bersama. Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang lama-kelamaan mengemari hidangan makanan dari bumi matahari terbit ini. Menurut Tan Sri, Sushi King sememangnya menyajikan makanan yang terbaik yang di import dari Jepun. Memang kolin pun salah seorang pengemar Sushi King. Tak dinafikan kesedapan dan kesegaran makanan yang mereka hidangkan. 


Acara yang gilang gemilang ini diraikan juga dengan sedikit sumbangan untuk Malaysia Red Cresent Society sumbangan ikhlas dari Sushi King untuk Malaysia. Tidak lupa juga sedikit penghargaan bagi Ms. Nur Qamarina Chew Abdullah, Managing Director of AEON. Co. (M) Bhd pada hari tersebut. 


Semasa pelancaran  cawangan ke 100 Sushi King, para media dihidangkan dengan hidangan lazat dan asli dari Chef yang dibawakan khas dari Jepun. Alhamdulillah...memang sedap sangat!


Sushi King berharap mereka akan terus mendapat tempat di hati rakyat Malaysia didalam menghidangkan makanan istimewa dari negara mereka. Jalinan antara negara Malaysia dan Jepun yang sekian lama kini lebih dekat lagi dengan adanya pembukaan Sushi King di serata Malaysia. 

Selepas ini jom kita ramai-ramai makan singgah AEON Mall Shah Alam dan lihat sendiri outlet atau cawangan ke 100 dari Sushi King. Terima kasih Sushi King sebab menjemput kolin dan kawan-kawan lain. 
Order sushi sampai penuh table hahahhaha

Makanan sedap, harga berbaloi. Siapa yang tak pernah cuba makan di sini. Cubalah !!
Pasti selepas ini Sushi King di dalam list korang bila dapat gaji ...
Oh sebelum lupa, Sushi King dah ada sijil HALAL ye...


Tahniah Sushi King !!

Love, 

Kolin Zainal

4 comments:

  1. Saya juga peminat makanan sushi lebih lebih lagi sushi king.sajian yang paling saya minat adalah spicy ramen..restoran sushi king bukan sahaja sesuai dikunjungi oleh pasangan bercinta tetapi juga seisi keluarga bersama anak kecil..pelayannya juga peramah.happy sushi king dah ada sijil halal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah kan..dah ada sijil halal.
      nanti kita pergi ya makan

      Delete
  2. Mana gambar sushinya? hehe.... ni mesti lepas dah ngap lupa snap gambar

    ReplyDelete

loving me..loving you