Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Event BMS Organics & Chef Wan "Healthy can now be Yummy"

assalammualaikum dan salam sejahtera

Sekarang memang tak dinafikan ramai nya rakyat Malaysia yang jatuh sakit disebabkan amalan pemakanan kita. Maklumlah apa yang kita belajar dari mak dan orang tua-tua. Penuh minyak, santan, gula, garam dan berbagai lagi. Akibatnya memang dapat tengok sekarang kadar obesiti telah meningkat naik. Dah makan banyak, senaman pulak mengelat kan. Sama lah macam kolin oiii...

Inilah BMS Organics Store yang terletak di Sunway Pyramid
Ada pelbagai barangan organik yang lebih sihat untuk kita miliki.
Siap boleh makan kat sini lagi, semua yang disediakan sihat belaka. Biskut oat pun ada kalau nak bagi anak-anak berubah makan kepada biskut yang lebih berkhasiat kan.



Sementara tunggu event nak mula, sempat lah juga kolin berposing dengan anak dara sorang ini.
Suka betul kolin kalau event yang boleh bawak anak-anak ini.
Bukan apa dapat juga kolin bagi impak positif kepada anak-anak dalam dunia blogging.
Kalau sudi jengah lah blog ali imran www.imranbercerita.blogspot.my bagi sokongan ya.


Kolin bertuah kali ini dijemput hadir di event BMS Organics bersama dengan tukang masak terkemuka di Malaysia iaitu Chef Wan. Siapa yang tak kenal dengan Selebriti Chef ini ! Kolin membesar dengan melihat dia memasak di TV tau. Maklumlah mak kolin ni peminat setia Chef Wan atau nama
sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail. Dapat lah tengok Chef Wan masak 'live' depan mata kan.



 BMS Organic adalah salah satu solusi untuk kita semua menjalani pemakanan yang lebih sihat.
Kita semua sekarang sudah mula boleh berubah ke arah pemakanan yang organic dan 'more green'. Maknanya lebihkan sayur-sayuran dan juga fiber dalam pengambilan diet seharian kita.

Menurut kata Chef Wan, kita rakyat Malaysia suka makan kari, daging dan penambah perasa yang ada dalam masakan kita harian sebenarnya meningkat kadar kesihatan yang tidak baik. Sebagai seorang chef, saya terpanggil untuk membantu rakyat Malaysia untuk makan dengan lebih sihat. Salah satu yang boleh kita berubah dengan BMS Organics.


Lagi mudah sekarang, BMS Organics ada menyediakan segala keperluan ke arah pemakanan yang lebih organik. Dengan itu, BMS Organics menyarankan "a day without meat in a week" setiap hari isnin bagi permulaan. Maknanya setiap isnin kita semua mulai amalkan pemakanan vegetarian. Tak mustahil kan?!

Lagi satu kolin perasan, stigma masyarakat terhadap pemakanan organik ini. Mesti kata tawar, tak sedap, tak beperisa dan lain-lain lagi. Tapi sebenarnya korang salah!! Buktinya kolin sendiri dah cuba makanan yang di inspirasi dari Chef Wan ini. Iaitu Nasi Lemak, Organic Soya Milk Curry Laksa Noodles dan juga Asam Laksa Vermicelli Soup. Semua ini boleh di dapati di BMS Organics. Nak tengok apa produk mereka pun boleh, layari sahaja www.bmsorganics.com atau www.facebook.com/bmsorganicsfanpage

Jom kita lihat resipi dari Chef Wan, sure korang semua terliur. Sedapp !!


Ini antara bahan-bahan yang digunakan di dalam masakan Chef Wan. Alisa Maisara pun suka makan Nasi Lemak yang di inspirasikan oleh Chef Wan.


Selain dari Nasi Lemak, Kari Laksa dan Asam Laksa juga disediakan untuk hidangan kami pada event kali ini. Ternyata, bahan-bahan masakan dari organik ini setanding dengan yang bukan organik.
Memang sedap dan yang paling penting berkhasiat untuk seisi keluarga.

Harga agak tinggi sedikit dari yang bukan organik. Tapi kalau kita tak jaga pemakanan kita dari sekarang, siapa lagi nak jaga kan. Berbelanja sedikit untuk kesihatan yang berpanjangan, nasihat dari Chef Wan.


 Inilah Mee Kari

Inilah Asam Laksa

Tak tipu, memang sedap! Barangan dari BMS Organics boleh kita olah dan masukkan dalam menu harian kita. BMS Organics adalah salah satu rangkaian terbesar di Malaysia yang membekalkan makanan sihat kepada semua. Telah tercatat di dalam The Malaysian Book of Records, antara produk terkemuka yang dihasilkan ialah Biogreen, O'Forest, Bugs' Paradise, RadianceOn, O'Choice, O'Clean dan banyak lagi.


Gambar ini kolin dalam dalam IG Chef Wan @Chefwan58
comel giler..kami sibuk rakam apa dia bercakap kat depan tu, sambil tu dia
snap gambar kami blogger yang ramai-ramai ni.


Terima kasih BMS Organics dan Chef Wan yang sudi berkongsi dengan kami semua mengenai kesihatan dalam pemakanan harian. Jadi selepas ini, makan secara sihat ok. Lagi organik lagi bagus!

Maklumat lebih lagi dalam www.bmsorganics.com/home

Love,

Kolin Zainal

3 comments:

  1. Do remember to drop by BMS Organics for yummy Malaysian food Kolin!

    ReplyDelete
  2. Do remember to drop by BMS Organics for yummy Malaysian food Kolin!

    ReplyDelete

loving me..loving you