Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Blogger Gathering bersama 7eleven Malaysia

assalammualaikum dan salam sejahtera

Pagi hari minggu yang bertuah sebab dapat bersama rakan-rakan blogger yang lain bersama-sama dalam event kali ini. Kalau korang nak tahu, 7Eleven sekarang telah di re -branding dan ianya bukan setakat kedai yang menjual barang-barang keperluan sahaja. Nak tahu lebih lanjut kolin cerita ok.


Sekarang 7Eleven telah maju setapak lagi dengan menyediakan makanan yang berkhasiat untuk semua rakyat Malaysia. Kadang-kala kan susah kita nak cari sarapan, makan tengahari dan malam sewaktu hari bekerja kan. Nak makan kat luar macam tiada masa, percaya atau tidak 7Eleven kini dah ada mihun goreng, nasi lemak, telur rebus, sandwich, biskut, kek dan kopi yang sedap setara dengan kopi yang mahal berbelas ringgit tu. Lepak di 7Eleven dan enjoy minum kopi dengan harga tidak lebih RM5.00.


Yang best, korang boleh explore dan guna sendiri mesin kopi ini. Mesin kopi yang sama dengan kedai kopi terkemuka yang banyak di shopping mall kini dah ada di 7Eleven.

Sebelum itu, kami semua nak food review makanan yang dijual di 7Eleven.
Sedap ker tidak kan...


Ini antara sandwich yang ada. Ada ayam, telur, crabstick dan berbagai lagi. Nampak tak kertas yang ada tu. Yang itu untuk kami VOTE yang mana paling suka.


Ini pula makanan berat yang ada. Korang boleh beli, masukkan dalam microwave selama 1 minit atau 2 minit dan makanan telah sedia untuk di makan.  Ada nasi goreng kampung, bihun goreng, nasi lemak, rendang dengan nasi putih, Ayam goreng cili kering dengan nasi dan juga chicken & mash.


Ini pula biskut, kek dan manisan yang ada di 7Eleven tau.


Dan lagi banyak piihan makanan yang korang boleh makan di 7Eleven.
Maknanya sekarang ini, kalau breakfast bersama keluarga pun boleh melepak 7Eleven, sebab semua pilihan makanan peringkat umur pun ada. Yang lagi penting dan disediakan kerusi dan meja.

Kalau yang makan seorang dan nak cepat tu pun ada ruang untuk makan dan boleh terus menjalankan kerja yang tertangguh tu kan. Paling suka salad yang mereka hidangkan ini sebab pakai Kewpie Sauce. Semua makanan yang kolin share ini harganya tidak lebih daripada RM10 pun. Kira ekonomi dan jimat sangat.


Kami dah ready untuk cuba semua makanan yang di hidangkan!!!


Semua makanan yang di hidangkan bersaiz sederhana dan sudah tentu mengenyangkan. Kini re-branding 7Eleven ternyata berjaya bagi menyediakan makanan yang berkhasiat dan baik untuk pelanggan mereka.

Jom kolin share apa lagi hidangan yang ada di 7Eleven.







Pantang nampak kamera kan..siap pose terus haahahaha


Terima kasih 7Eleven untuk blogger gathering kali ini.
Pose happy kami untuk korang yeay!!


Love,

Kolin Zainal

4 comments:

loving me..loving you