Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Program Amal Anak-anak gelendangan bersama Hanis Kamal Bakar dan rakan-rakan artis bersama Radio Wanita 4U.FM

assalammualaikum dan salam sejahtera

Pertama sekali kolin nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada blogger http://www.faezramly.com/ yang beri kolin kesempatan untuk join event amal macam ini. Harap pada masa akan datang kolin dapat banyak lagi program kemasyarakatan macam ini.

Sebenarnya golongan gelendangan kini semakin meresahkan di kawasan ibu kota. Kolin selalu dengar akan nasib golongan ini tapi tidak pernah mendekati apa ntah lagi nak mengambil tahu. Masa sampai sebelum program ini bermula, nampak urusetia siap menyusun baju-baju terpakai, makanan dan pelbagai barangan lain yang bakal disumbangkan kepada golongan ini. Selebriti tanah air Hanis Kamal Bakar juga kolin lihat sendiri bertungkus lumus angkat barang-barang yang ada untuk realisasikan program ini. Kolin bawa bungkusan gula-gula, niat nak kongsi bersama anak-anak ini nanti.



Bukan semua orang bernasib baik macam kita. Ada rumah, ada kerja, ada kereta dan ada duit nak belanja itu dan ini. Agak sedih sebenarnya malam program ini berlangsung. Melihat anak-anak gelendangan yang sepatutnya berada di rumah dan bersekolah. Harap lebih banyak lagi yang membantu menyelesaikan masalah gelendangan di ibu kota Kuala Lumpur. Sedih sangat wei!!! Teringat anak sendiri...


Antara NGO yang terlibat bagi program ini ialah Alza Facelift Community Malaysia, Kelab BloodBrothers, Galaxy Ampang Community Club, Persatuan Penduduk Pandan dan banyak lagi, Mungkin kolin terlepas pandang ada NGO lain yang terlibat. Yang penting memang banyak pihak bekerjasama bagi memastikan program yang diadakan ini berjaya.

Pada program ini juga satu lagu baru telah diperkenalkan bagi memberitahu betapa peritnya anak-anak gelendangan dalam meneruskan kehidupan mereka sehari-hari. Disebabkan terlalu menghayati, penyanyi lagu ini menangis semasa mendendangkan lagu ini.

Band Scarlett's Diary mengiringi lagu tema 

Lirik lagu "Jalanan"

Ku berjalan di tepian
berkeliaran mencari teman
Di mana ku berjalanan
Ku tetap kesunyian

Di mana kau kasihan
Di mana kau kasih sayang
Agar ku mendapatkan
Secebis harapan

Tangisan dan rintihan
Jarang mendapat perhatian
Namun ku tak berdaya
Keluar dari kehinaaan

Oh Tuhan 
Berikan ku jalan
Dalam mencari jawapan
menghadapi dugaan

Senyuman ku terukir
Di dalam hati terasa pedih
Mengenangkan nasib diri
Ku cuma anak kecil....
                                        Ciptaan sepenuhnya oleh Hanis Kamal Bakar







Sementara itu, kami sebagai media blogger juga di termuramah oleh media rasmi program ini. Pertama kali di temuramah sebagai media blogger memang cuak sangat. Terima kasih kepada semua yang menghargai Media Blogger atau Blogger Malaysia. At least, ini sahaja mampu kami lakukan iaitu berkongsi dengan masyarakat program seumpama ini harus diadakan selalu. Dan mana tahu ada tajaan dari orang-orang yang mampu merubah nasib anak gelendangan atau miskin bandar ini.

Kolin personally nak berterima kasih juga kepada dua orang "kawan" kolin yang menyumbang duit apabila kolin share program ini melalui Emel dan juga laman sosial. Alhamdulillah, duit sumbangan itu kolin dah bagi kepada yang lebih memerlukan. Sebak hati apabila mendekati golongan ini. Ada yang gelendangan dan ada juga yang miskin bandar. Mereka tinggal di dalam bilik dan mencari nafkah bagi meneruskan kehidupan seharian. Menitis air mata melihat bayi dan ibu-ibu yang mengandung.

Kolin percaya walaupun sumbangan kawan-kawan dan kolin kecil, tapi mana tau setiap sumbangan kecil ini mampu membina dunia yang lebih baik untuk mereka kan. TERIMA KASIH BANYAK BANYAK

Kolin tau mereka berdua selalu baca blog kolin ini. Terima kasih atas keprihatinan korang.
Kolin besar hati sangat menyampaikan sedekah korang tu. Semoga Allah SWT sahaja membalas jasa baik korang. Percayalah kalau korang turun dan tengok sendiri, sure menitis air mata. Sumbangan tu rasa kecik sangat nak membantu mereka.


Ucapan dari Hanis Kamal Bakar dan acara perasmian yang sederhana.
Bagi kolin program ini sukses dengan adanya penglibatan dari semua pihak. Tahniah Hanis Kamal Bakar!
Penat lelah terbayar setelah semua orang berpuas hati dan acara berjalan lancar.

Hanis Kamal Bakar berdiri di tengah-tengah.
  Dah tiba masanya makanan yang ada diagihkan. Korang lihatlah sendiri betapa ramai yang beratur mendapatkan sumbangan. Ada yang kolin tanya, mereka memang selalu ke pusat ini untuk mendapatkan makan malam bagi berjimat duit. Maklumlah nak bayar rumah pun tak mampu, selagi kewangan yang ada boleh berjimat, mereka akan berjimat. Sedih melihat anak-anak ini beratur bagi mendapatkan makanan. 



Alhamdulillah sekurang-kurangnya ada juga selebriti dan NGO yang prihatin kan.
Tak berani nak letak gambar anak-anak ini di blog. Takut juga ada yang niat buruk. Kolin dapat info kawasan ini memang banyak anak-anak gelendangan. Hope suatu hari nanti, anak-anak ini tidak perlu berkeliaran lagi demi mencari makan dan pendidikan kan.


Inilah Media Blogger yang sporting habis malam tu. Semoga perkongsian kami
dapat memberi manfaat untuk korang semua.


Program kemasyarakat ini telah berlangsung dengan meriah. Ramai anak-anak yang happy kolin tengok. Dapat sumbangan macam-macam. Semoga niat Hanis Kamal Bakar ini diikuti oleh ramai lagi selebriti tanahair kelak.

Golongan ini kita patut dekati dan selami masalah mereka. Bukan melabel kehidupan seseorang. Siapa yang nak hidup macam ini, siapa yang nak hidup susah. Siapa yang tak nak rumah!!???

Semoga kemanusiaan di bumi Malaysia masih ada...

Love,

Kolin Zainal


2 comments:

  1. Melihat sendiri kepayahan mereka ni, Sally tak sangka di dalam negara kita yang serba maju ni masih lagi ada golongan yang tercicir daripada kemajuan...hmm...nak salahkan mereka pun tak boleh sebab desakan hidup sekarang ni mmg boleh melemahkan orang yang tiada daya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa yang nak jadi macam mereka ni kan...
      kesian sangat...

      Delete

loving me..loving you