Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Untuk kali ini tempat makan malam yang agak istimewa sedikit. Tapi atas kelekaan bermain kolam renang, kolin dan keluarga agak lewat sampai ke tempat makan malam kami. Kalau korang nak tahu, AVANI Sepang ada satu ruang makan yang sangat-sangat romantis. Buat korang yang mencari 'candle light dinner' yang ada sunset, udara segar dan pemandangan menarik, ini lah tempatnya. Rasanya kalau korang nak melamar kekasih hati sesuai sangat dengan tempat ini. Cuma kolin pergi dah gelap, sayang sangat!
Kalau korang nak tahu inilah PERAHU. Gambar ini kolin pinjam dari google aje. Cantik kan tempat ini. Dari resort korang kena naik buggy, tak lah jauh kalau nak jalan balik pun. Tapi memang keluar dari resort lah tempatnya.
from google
from google
Dia ada ruang mcam patio, tempat pantai gitu. Kalau nak tahu Bagan Lalang adalah tempat yang cantik untuk kita enjoy matahari terbenam. Bayangkan korang datang sini tuk raikan cinta ker, melamar ke atau saja-saja nak romantik memang sesuai sangat.
from google
Tapi disebabkan kolin keluar jam 8.00 malam tak dapatlah pemandangan romantik itu. Tapi best sangat bila kolin sekeluarga sampai nampak setting meja macam ini. Memang tak sangka, rasa terharu sangat. Meja di hias rapi untuk santapan kami makan malam berlima. Mama kolin pun excited sangat tengok, maklumlah pertama kali hahahha. Cuma dah gelap malam dengar ombak aje lah ye. Tak nampak apa dah...nasib baik tak hujan dan banyak sangat bintang malam tu.
Ini pembuka selera yang disediakan sebaik sahaja kami sampai. Roti panas yang di stim dan pelbagai perasa pencicah di sediakan. Memang sedap lah, lagipun kami semua lapar setelah mandi manda kat kolam tadi kan.
Untuk menu hidangan di Perahu, ada western dan ada juga nasi berlauk. Korang boleh pesan udang, sotong, ikan dan lauk mengikut selera. Cuma pilihan tidak lah banyak macam kedai tomyam. Tapi kolin boleh jamin, hidangan makanan laut memang segar di Perahu ini.
Ini pilihan suami kolin. Dia memang peminat daging, jadi dia memilih wagyu steak untuk hidangan makan malam di Perahu.
Buat Alisa Maisara yang suka makan ikan salmon, inilah pilihan dia. Kolin lupa nak snap gambar menu yang disediakan di sini. Tapi macam kolin katakan menu dia tak lah banyak. Cuma pasti menu tu dapat memenuhi setiap keinginan orang yang makan di sini.
Inilah hidangan ikan salmon, bawah ikan salmon tu ada pasta. Rasanya sedap sangat....masa Alisa makan ini kolin yang menyibuk merasa sama. Sebab lawa sangat presentation dia.
Alisa dan papa memang dah pilih western. Tapi kolin, mama dan ali imran tekak melayu. Jadi kami memilih nasi putih bersama lauk pauk. Memang tak kenyang laa nak makan western kan.
Kami order ikan siakap cili, udang harimau masak butter, sayur goreng tiram dan sup sayur.
Sedap tau masakan kat sini. Memang kalau korang nak menyambut ulangtahun atau apa sahaja acara boleh tempah Perahu. Memang lawa sangat tempat ini. Kami makan perlahan-lahan sambil nikmati angin laut di waktu malam.
Menarik kan...korang boleh lah bercuti di sini dan rasai pengalaman makan malam romantis di AVANI Sepang Goldcoast Resort. Dah kenyang dan tiba lah masa untuk kami sekeluarga berehat. Macam kolin cakap, dalam bilik ada WIFI. Sebelum tidur, kolin selesaikan lah kerja-kerja yang tertunggak. Dalam bercuti pun boleh juga buat kerja sambil menikmati bayu laut di balkoni hihih.
Jangan lupa kalau tak menginap di AVANI Sepang, korang masih boleh menempah makan malam kat sini tau. Datang petang dan sila lah nikmati suasana petang romantis bersama yang tersayang okay.
Love,
Kolin Zainal

Nampak sedapp and romantik................bestnya angin tepi laut....damai rasa~
ReplyDeleteHaaaa, jom join giveaway Nona
http://nonasani.blogspot.com/2017/08/giveaway-saya-nak-prime-buster-cream.html
hi..thank u drop by.
Deletesalam perkenalan
Salam, Boleh sy tahu kos keseluruhan atau kos makan malam shj.. Plan nak smbut annyversary dinner kat situ
ReplyDeleteikut menu yang puan order ...booking dan ikut hidangan yang kita order. Harga berpatutan lah
DeleteSalam puan, macam mana nak buat reservation utk candle light dinner tu ye? Sy plan nak sambut anniversary di sana. Nak candle light dinner dgn menu masakan melayu mcm puan order tu. agak2 berapa kosnya ye?
ReplyDeleteboleh call hotel dan terus book..dinner tu dalam 200 ke 300 ...
DeleteSalam puan, macam mana nak buat reservation utk candle light dinner tu ye? Sy plan nak sambut anniversary di sana. Nak candle light dinner dgn menu masakan melayu mcm puan order tu. agak2 berapa kosnya ye?
ReplyDeleteagak costly tapi berbaloi..
Delete