Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

MANJAKANI

Assalammualaikum semua. Manjakani adalah herba yang selalu dikaitkan dengan wanita. Dan kalau nak tahu orang dulu-dulu mana ada produk, semua yang mereka amalkan berasaskan herba dan ulam-ulam untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan diri. Menginjak umur 40an, kolin mula lah sedar diri sikit hahhhaha. Kalau dulu memang vitamin C, pil multivitamin, minuman kolagen dan pelbagai lagi produk kesihatan yang dijual difarmasi kolin amalkan. Jangan tak percaya, imedeen pun pernah makan. Tapi mahal tu kadang-kadang buat terputus bekalan. Maklumlah kadang-kadang ada bulan kita sesak juga oii.

MANJAKANI


Tak susah nak beli pun, korang pergi aje kedai acheh tu, sepaket ada dalam 7 ke 6 biji cuma RM2.00 sahaja. Dan nak buat teh rendaman pun senang. Kolin basuh bersih-bersih biji manjakani tu, rendam dengan air panas dan tutup dengan piring. Biar seketika sehingga suam dan minum. 

Rasanya kelat wei..hahah. Memula minum memang korang macam eh tak mau dahh..tapi tekad aje diri dan minum okay. Tapi minum air rendaman manjakani ni SEMINGGU SEKALI SAHAJA. Bukan setiap hari ya. Next story kolin cerita yang korang boleh amalkan setiap hari dan kurus. 

Kalau korang google memang banyak informasi mengenai kebaikan manjakani. Antaranya link ini



KHASIAT MANJAKANI

1. Merawat alat sulit wanita
2. Awet muda dan buah manjakani boleh melambatkan proses penuaan.
3. Mencegah kanser payudara dan rahim
4. Membersihkan lendir haid dan nifas
5. Menegangkan dan mencantikan kulit seluruh badan. 
6. Dengan kandungan Astrigen dapat memberikan mata yang sihat
7. Merawat dan menegangkan payudara yang kendur.
8. Kalsium di dalam Manjakani boleh menguatkan gigi dan tulang
9. Manjakani dapat merawat kulit kering dan berminyak. Cegah jerawat
10. Serat di dalam Manjakani dapat membantu proses pembuangan air besar individu. 

KESAN KEPADA DIRI SELEPAS AMALKAN MINUM AIR RENDAMAN MANJAKANI SELAMA SEBULAN

Sebenarnya dah lebih dari sebulan kolin amalkan. Disebabkan kesan positif, kolin terus amalkan dan berniat nak berkongsi dengan korang mengenai kebaikan manjakani. Manjakani yang murah dan senang di dapati ini memang terbukti ada banyak sangat khasiat.

Paling ketara, bila kolin rasa penat dan lenguh-lenguh badan dah mula kurang sejak amalkan. Kita kena mengaku umur 40an bukan macam 20an atau 30an yang boleh buat kerja banyak-banyak. Masuk ruang 40an memang badan cepat letih tau. Itu kolin memang perasan lah semenjak amalkan. 

Lagi satu, muka kolin hilang kedut-kedut halus ada kesan penuaan. Korang ingat apa...cepat wei naik kedut bila 40an. So nak kekalkan badan yang tegang dan menarik kena amalkan manjakani. 

Jangan fikir manjakani ni untuk ketatkan missV aje wei. Banyak khasiat lain yang boleh korang tengok dan amalkan. 

Kolin harap dengan perkongsian ini lebih ramai bertukar kepada minuman herba yang lebih selamat dan tak memudaratkan. Seminggu sekali sahaja tau, ingat...kalau lebih takut memudaratkan diri sendiri. 

Sekian terima kasih, jangan lupa cuba minum air rendaman MANJAKANI




No comments:

Post a Comment

loving me..loving you