Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

AIK CHEONG COFFEE SINCE 1955

Selamat pagi buat semua pengemar kopi! Ada informasi menarik pasal kopi di Malaysia yang nak kolin kongsikan. Rupanya sudah hampir 65 tahun, kopi tempatan Malaysia iaitu AIK  CHOENG COFFEE yang diasaskan pada tahun 1955 bertapak di Malaysia. Sebelum Malaysia Merdeka lagi, rupanya AIK CHEONG COFFEE sudah ada di Malaysia. Lebih membanggakan jenama ini terus bertahan sampai hari ini mewarnai persada kopi tanah air. 

Kini Aik Cheong Coffee ada mengeluarkan minuman bancuh segera seperti Black Coffee, White Coffee, Teh Tarik , Hot Chocolate dan berbagai lagi. Komited memastikan setiap keluaran mereka bermutu tinggi dan sentiasa memberikan nilai yang terbaik membuatkan mereka terus menjadi yang terbaik di Malaysia. Malahan mereka juga mempunyai peminat yang tersendiri dan sudah tentu rahsia kejayaan produk ini adalah kualiti yang sentiasa dijamin terbaik untuk semua peminat kopi di Malaysia. AIK CHEONG COFFEE SINCE 1955 ini sentiasa mengamalkan konsep "nikmati rasa yang hebat di rumah". Dengan itu mereka telah membuat inovasi dan berjaya  menghasilkan 'hot cup' minuman segera pada Jun 2019 yang lalu. Malahan produk yang berjaya di inovasikan ini berjaya mendapat tempat di hati peminat dan memberikan jualan hampir 1 juta cawan terjual dalam masa kurang dari setahun. Haaa...kalau dah terjual sebanyak itu, memang tidak dapat dinafikan kopi ini adalah yang terbaik untuk dinikmati sekeluarga. 


IT'S BY AIK CHEONG

Bosan dengan rasa yang sama? Kalau iye, korang boleh cuba yang baru variasi IT'S mereka. senang untuk dibawa dan sudah pasti menceriakan hari korang semua. Ada beberapa variasi yang cukup menarik untuk dicuba. 



1. IT'S Flat White Extra Shot 

it's breakfast time, IT'S with you 

Ini sesuai diminum di waktu pagi, buat korang yang terkejar-kejar tu boleh cuba variasi ini. 




Dengan menambah air panas sahaja, korang boleh terus nikmati Flat White Extra Shot di waktu pagi. 


2. IT'S Cappuccino Choco Topping

It's tea time, IT'S with you

Buat peminat cappuccino ini untuk korang. Bakal menceriakan hari korang dan memberikan satu nikmat kepuasan sepanjang hari. 

3. IT'S Teh Tarik Gula Melaka

It's lepak time, IT's with you

Nak melepak tak ada teh tarik, tak best la kan! ini dia minuman lepak yang memang trend dan sesuai. 



Ditambah dengan rasa gula melaka yang memang membuatkan teh lebih sedap dan sihat. Semua orang tahu kebaikan gula melaka. Nah sekarang dah ada dalam satu cawan, tambah air panas aje tau. 


4. IT'S Long Black Extra Shot

It's boosting time, IT'S with you



Bila rasa kurang bertenaga dan rasa lesu, ini lah dia. Buat yang suka kopi yang 'kick' dan memberikan tenaga, IT'S Long Black Extra Shot paling sesuai. 

5. IT'S Matcha Latte Nata De Coco

It's party time, IT'S with you

Terbaik untuk diminum selepas kerja. 



Untuk yang mencari kat mana boleh beli IT'S boleh ke 7-eleven, FamilyMart, MyNEWS, Petronas, Caltex, Shell, AeonBig, Aeon, Giant dan juga The Store. Ni memang sesuai untuk orang yang nak laju. Masukkan air panas, masukan satu persatu-satu sachet yang diberikan dan sudu untuk kacau pun disediakan juga di dalam IT'S. Simple dan mudah, paling kolin suka yang warna pink tu IT'S Chocolate. Sedap ada siap mashmallow lagi.




KOPI PREMIUM DARI AIK CHEONG 


Bukan itu sahaja, Aik Cheong yang terkenal dalam menghasilkan biji kopi terbaik di Melaka ini, telah menghasilkan Aik Cheong Coffee Roaster. Terkenal dalam inovasi kopi dengan kreatif ini, telah menghasilkan variasi Black Drip dan Black Dip Series yang lebih unik dan bakal memberikan satu sisi lain buat si peminat kopi. 





BLACK DIP

Ketulenan kopi yang bakal memberikan kepuasan hati ini telah dihasilkan dengan Arabica Bean segar dan dipanggang. Ianya dipetik dengan tangan dan ianya memberikan tahap kualiti terbaik dalam penghasilan. Untuk korang nikmati kopi lebih berkualiti tanpa perlu keluar dari rumah. Untuk Black Dip ada 2 variasi yang boleh kita semua cuba.

1. Cold Brew - EhiopiaYirgacheffe

- memberikan rasa manis dan segar untuk memulakan hari. 

2. Milk Brew - 70% Brazil Santos 30% Columbia

- melegakan hari yang penat dan panjang. Gabungan yang sangat tepat memberikan rasa nyaman sepanjang hari. 




BLACK DRIP SERIES

Ini khas buat korang workaholics! Disebabkan kesibukkan memang korang akan sendiri mencari kopi. Memenuhi citarasa tempatan, ianya memberikan kualiti terbaik untuk setiap 'hantu kopi'. Setiap produk ada kelainan dan karakter memasing. So minum kopi, selesaikan kerja, siapkan tanggungjawab dan ianya memberikan kesempurnaan sepanjang hari. 

1. Colombia Medellin

- Rasa kacang dan manis yang tidak boleh ditolak oleh sesiapa pun. Keunikkan kopi ini memberikan aroma yang memikat sesiapa sahaja!




2. Ethiopia Yirgacheffe

- Dah ready nak ceriakan hari korang dengan intense fruity coffee? Dipanggang sederhana dengan rasa limau segar, bau yang memberikan aroma kemanisan bakal memberikan kesegaran mata dan badan sepanjang hari. 



3. Guatemala Huehuetenago

- Ini patut cuba! Memang agak kuat sikit, tapi ada rasa sweet orange yang boleh memberikan kejutan setiap kali minum. Kalau suka rasa kopi citrus cuba minum ini ya. 




4. Nicaragua Jinotega

- Hidup bukan semua manis kan, ada pahitnya juga. Yang ini memang bagus untuk detox hari anda. 

 




IT'S GRANOLA AIK CHEONG 

Yang mana nak jaga kesihatan tu, boleh try IT'S GRANOLA ye. Ada dua variasi yang boleh dicuba iaitu Mixed Berries dan Mixed Fruit and Nut. Boleh di makan begitu sahaja atau tuang dalam mangkuk dan tambah buah-buahan segar untuk lebih sedap. Kalau untuk kolin sekeluarga, lebih suka makan begitu sahaja. Bekasnya cantik dan senang ke mana-mana. Sesuai untuk dijadikan snek sekeluarga kalau travel. Antara khasiat yang ada dalam IT'S GRANOLA ini tinggi dengan fiber, membekalkan protein, mengunakan bahan semulajadi, tiada perisa tambahan dan tiada gula tambahan. 



INSTANT NUT OATMEAL CEREAL

Yang ini memang kesukaan kolin sekeluarga. Bila ada minuman berupa oat dan cereal memang satu hidangan pagi yang menyegarkan. Keluaran Aik Cheong ini sangat lengkap, senang dihidangkan, siap dengan susu tepung malah ianya memberikan tenaga bagi memulakan hari. Ada dua variasi yang boleh kita pilih:

1. Bijiran Oat dengan Kacang 

2. Bijiran Oat dengan Buah-buahan

Kandungannya ada kismis, kacang almond, chia seed, jagung kering dan pelbagai lagi. Ada 10 paket bagi setiap kotak dan ianya membekal tenaga sehingga 170kal. Dijamin halal dan sesuai untuk seisi keluarga.



Kalau dari tadi kolin cerita produk yang ada pelbagai variasi, tentu korang nak tahu ada tak produk pracampur. Mesti lah ada! 3 ini 1 memang menjadi kegemaran kita satu Malaysia!

Antara yang ada di pasaran ialah Aik Cheong Cappuccino dengan Choco Granule, Uncang Kopi Campuran, 3 in 1 Teh Tarik, Aik Cheong Chocolate (ni kegemaran Alisa) dan juga Kopi Putih Pracampur. 



Inilah kehebatan AIK CHEONG COFFEE SINCE 1955. Memenuhi semua permintaan, dari kopi segera, kopi premium dan juga produk yang menjaga kesihatan macam granola dan juga minuman oat cereal. Sekarang korang dah tahu kan kehebatan jenama ni, jangan lupa kalau pergi pasaraya shopping barangan dapur, ambil sekali tau. Boleh cuba dan dapat juga menjamu para tetamu yang datang ke rumah. Bagi yang nak tengok lebih banyak update mengenai produk ini, sila ke link di bawah ya. 








Aik Cheong Coffee's Official Social Media

https://www.facebook.com.com/aikcheongcoffee

www.instagram.com/aikcheong_official

IT'S Social Media 

https://www.facebook.com/itsbyacc

www.instagram.com/its_by_acc

Black Series Social Media

https://www.facebook.com/blackbyacc

www.instagram.com/blackbyacc 

Website https://www.aikcheong.com.my/



Bertuah kita semua rakyat Malaysia ada produk tempatan yang hebat! Buat makluman korang, Duta mereka iaitu Tan Boon Heong seorang pemain badminton kebangsaan juga pengemar produk keluaran mereka. Mengambil semangat sang juara mempromosikan semua rangkaian produk keluaran Aik Cheong memang paling tepat. Siapa lagi kalau bukan hero negara kita yang telah menang pelbagai pingat dan pengiktirafan dalam dan jua luar negara.


 

Semoga Aik Choeng Coffee Since 1955 terus maju dan sukses lama memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang sememangnya suka minuman yang berkualiti tinggi. Jangan lupa korang semua, kalau pergi pasaraya cari AIK CHEONG COFFEE okay. 




2 comments:

  1. mmg selalu beli jenama yang satu ni sbb rasa dia yg kaw dan berbaloi la kalau nak beli utk seisi keluarga!

    ReplyDelete

loving me..loving you