Assalammualaikum dan Salam Sejahtera korang semua
Sambutan Tahun Baru Cina 2022 bakal disambut dengan lebih meriah tahun ini bersama keluarga. Meraikan Tahun Harimau, MARDHIYYAH HOTEL & SUITES SHAH ALAM (MHS) tidak ketinggalan menyediakan pelbagai menu HALAL untuk sambutan tahun ini. Hidangan ini disediakan oleh Chef Patrik Ng sememangnya tidak pernah mengecewakan.
Auspicious Yee Sang Menu adalah hidangan rasmi setiap tahun baru cina. Ianya biasa melambangkan kemewahan dan kemakmuran setiap tahun. Untuk Lucky Salmon Yee Sang ini korang boleh cuba. Harga bermula dari RM48+ sehingga RM138+ sahaja.
Untuk keluarga atau majikan yang ingin meraikan sambutan tahun baru cina, ada promosi istimewa untuk korang tau. Promosi Pre Chinese New Year Appreciation "Loh Sang" Menu untuk sekeluarga bermula dari RM688+ (7 hidangan), RM988+ (8 hidangan) RM1288 (8 hidangan) RM1388+ (8 hidangan) dan RM1888+ (8 hidangan). Menu ini ditawarkan untuk 5 ke 8 orang sahaja dan korang boleh lah buat tempahan awal okay.
Ini antara hidangan yang boleh korang cuba kalau makan besar sempena tahun baru cina di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam.
Jangan risau tau, menu yang disediakan di jamin HALAL tau. Jadi untuk makan sekeluarga atau bersama-sama rakan memang sedap betul.
Suasana di Tung Yuen Chinese Restaurant juga sangat selesa tau. Siapa yang belum pernah cuba menjamu selera di sini boleh ke MARDHIYYAH HOTEL & SUITES, SHAH ALAM.
Promosi yang bermula dari 15 Januari sehingga 28 Februari 2022 ini bermula dari 11.30 pagi sehingga 2.30 petang. Untuk makan malam pula bermula dari 6.30 petang sehingga 10.30 malam. Untuk pertanyaan lanjut atau penempahan, korang boleh hubungi Tung Yuen Chinese Restaurant 03-5511 8811 ext. 2616 atau whatsapp di 019-261 6847. Boleh juga emel kepada mereka tau exec_emktg@mardhiyyahhotel.com
Website: www.mardhiyyahhotel.com
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2022 buat semua.
Semuanya sedap.. rasa nak pi makan lagi..
ReplyDelete