Assalammualaikum semua. Buat yang mencari penginapan di Melaka boleh la try LaCrista HOTEL, Melaka yang terletak di tengah-tengah bandaraya. Apa yang boleh kolin katakan, hotel ini penuh dengan tempat bergambar. Kaki instagram, suka melaram..patut ke sini. Tapi ada amaran, hotel ini TIDAK BOLEH MEROKOK DAN VAPING. So kiranya bebas asap lah hotel ini. So kalau nak merokok kena keluar lobby tau.
Menampilkan hiasan bilik berwarna biru dan selesa memang suka sangat kolin menginap di sini selama 4 hari 3 malam. Ruang bilik pun besar, senang nak cari ruang untuk solat. Kolin tak ingat nama bilik ini. Tapi memang berbaloi dan luas betul.
ni katil king..besar, selesa dan bantal ada 4
tub mandi tu pun syok. sempat kolin mandi buih ahahha..the best!
Untuk iron board, sterika, nak buat air panas semua ada. Peti keselamatan pun ada.
lampu yang paling comel pernah kolin jumpa. Ruang lif pun lawa tau.
Pool yang terletak di tingkat 6 sangat lawa tau. Datang sini pastikan bergambar puas-puas ya. Terasa macam kat oversea hahah. Memang kaki bergambar dan melaram sila lah ke hotel ini.
Bab makanan okay, tak lah tak sedap. Semua macam makanan hotel. Tapi restoran dia ada yang lawa dekorasi dia. Memang suka.
Belum lagi ruang lobi wei...Merata-rata boleh melepak bergambar.
So korang yang nak ke Melaka untuk bercuti, nak mencari tempat melepak yang selesa dan cantik. Boleh try la ke hotel LaCrista Hotel Melaka ini.
Ini review ikhlas tau. Terima kasih membaca blog kolin yang sendu ni :)
Suka sangat hotel ini sebab lampu terang benderang. Lain kali kita datang lagi...
Terima kasih team LaCrista Hotel, Melaka sudi melayan kolin selama 4 hari 3 malam. Jumpa soonnn
Tq sharing Kolin.. best jugak hotel nie eh, boleh lah masuk list kalau ke Melaka lagi nanti..
ReplyDeletekan..comel hotel ni
Delete