Assalammualaikum korang semua!
Bulan ramadan atau puasa bakal tiba dalam masa 30 hari tau. Buat tahun ini yang lebih istimewa kita dah pun boleh hidup dalam norma baru. So semua tempat makan mula buat promosi berbuka puasa secara bufet.
MARDHIYYAH HOTEL & SUITES, SHAH ALAM
Tidak ketinggalan Mardiyyah Hotel & Suites, Shah Alam turut teruga untuk menyambut bulan suci Ramadan tahun ini dengan suasana baru. Kali ini tema "Warisan Bonda" menjadi pilihan dengan menampilkan pelbagai hidangan aneka juadah tempatan dan antarabangsa. Berkonsepkan tradisional melayu, keindahan lokasi Royale Songket, Mardhiyyah Hotel & Suites akan ditambah seri dengan dekorasi-dekorasi menarik yang mampu mengimbar kembali nostalgia iftar bersama ahli keluarga dan rakan taulan.
BUFET RAMADAN WARISAN BONDA
Bufet kali ini menawarkan pelbagai pilihan masakan menu seperti air tangan bonda. Antara menu utama yang akan diketengahkan adalah masakan tempatan seperti nasi putih, nasi kandar, nasi minyak, ayam rempah kuzi, gulai lemak ikan merah belimbing buluh, rendang daging bonda, kambing penanggah, udang telur asin, sotong kam heong, work goreng baby kailan dengan bawang ptih dan macam-macam lagi pilihan yang ada.
Untuk menambah selera lagi, chef terbaik dari Mardhiyyah Hotel & Suites juga menyediakan pelbagai variasi sambal seperti sambal belacan, cencalok, budu, kicap cili padi, air asam, sos percik, sambal kicap pedas yang dipadankan bersama ulam ulaman. Tidak lupa juga masakan pilihan antarabangsa, antaranya garden salad, tuna salad, grill chicken salad, classic macaroni salad, sushi, maki dan pelbagai jenis pasta pun ada.
Royale Songket juga tidak ketinggalan menyediakan pelbagai aneka makanan "Paling Hangat" Smokey Hickory Roasted Whole Lamb. Masakan selera timur tengah, penang best, masakan panas, bazaar minuman, masakan cina dan jepun, aneka mee, aneeka cucur dan juga hidangan pemanis selera pun ada juga.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, Smoke & Grill menjadi tarikan terhangat dalam Bufet Ramadan di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam.
Dan kalau asyik cerita pasal makanan, minuman yang ada pun tak kurang hebatnya. Korang boleh nikmati minuman panas dan sejuk tau. Bulan puasa dapat minum sirap bandung sejuk pun dah nikmat betul.
Begitu juga pemanis mulut, ada yang tradisi melayu dan juga antarabangsa. Buah-buahan juga turut disediakan di dalam Bufet Ramadan Warisan Bonda Ahlan Ramadan 2022 di Mardhiyyah Hotel & Suites.
HARGA BUFET RAMADAN
Bufet Ramadan Warisan Bonda dibuka setiap hari bermula 4 April 2022 sehingga 1 Mei 2022. Waktu operasi dari jam 7.00 malam sehingga 10.00 malam. Harga bagi Bufet Ramadan RM145.00 bersih untuk seorang dewasa, RM110 bersih untuk warga emas 60 tahun ke atas manakala RM90 bersih bagi kanak-kanak berumur dari 6-12 tahun. Sementara itu untuk sabtu dan ahad dan cuti umum, harga yang ditawarkan adalah RM200.00 bersih bagi seorang dewasa dan kanak-kana.
Jangan lepaskan peluang mendapatkan harga potongan istimewa untuk tempahan awal dan bayaran RM110 bersih diperlukan sebelum 1 Ramadan untuk dewasa.
HARGA BUFET SAHUR
Bufet sahur bermula seawal 4.00 pagi hingga 5.40 pagi. Harga adalah RM65 bersih untuk dewasa dan RM55.00 bersih untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas dan seterusnya untuk 6-12 tahun RM45.00 bersih. Majlis tertutup juga disediakan dengan hidangan bufet dengan harga RM100.00 bersih untuk seorang.
PROMOSI HARGA BILIK ISTIMEWA
Bagi yang ingin menginap, promosi harga bilik istimewa berharga RM250 beserta sahur untuk 2 dewasa dan tawaran diskaun sebanyak 10% bufet ramadan diberikan. Set hamper raya Mardhiyyah, dengan pelbagai aneka jenis biskut raya juga ada, dengan harga RM120 bersih sahaja.
SOLAT TARAWIH
Bagi yang ingin solat terawih pun boleh. Tetamu boleh menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih yang diketuai oleh imam di Surau Al Latifah di aras 4. solat subuh berjemaah pun ada untuk tetamu yang menginap.
UNTUK TEMPAHAN
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, korang hubungi Jabatan Penjualan & Pemasaran melalu emel sales@mardhiyyahhotel.com atau melalui Whatsapp 012-3469585 (Muhammad Izzat), 0192736801 (Zaris Azua), 019-2757801 (Syaqila), 019-2639801 (Siti Atiqah) dan 0192616847 (Asyila)
Jom korang nanti tempah BUFET RAMADAN WARISAN BONDA AHLAN RAMADAN 2022 DI MARDHIYYAH HOTEL & SUITES.
bila nak bawak iols gi makan free buffet? tak dpt voucher bawak kesayangan ke? hehehehehehe
ReplyDeletePuas hati kan... Banyak makanan yang sedap-sedap!
ReplyDelete