Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

HAPPY BIRTHDAY MAMA !

 Assalammualaikum semuaaaa

Kali ini nak berkongsi pasal cerita "ratu" dalam hidup kolin. Dia lah cahaya menerangi hidup kolin, banyak jasa dia tak terbalas sampai mati. 

Sebenarnya birthday mama kolin 18 February. Tapi disebabkan pada masa tu kakak kolin po+ covid19, satu rumah perlu kuarantin. Jadinya kita postpone lah sampai dapat sambut 26 Februari yang lalu.



Sambutan secara sederhana sahaja di UAK Cafe dekat PJ tu. Elok pulak ada satu ruang siap gantung belon Happy Birthday kat situ. Memang kena lah nak menyambut besday girl kan. 


Macam biasa kami makan malam ikut selera masing-masing. Mama pilih laksa johor, kolin macam biasa penang char kuew teow, anak-anak dan suami lebih memilih hidangan western macam chicken chop dan fish&chip. Cafe UAK ni selesa ada ruangan sebelah dalam dan luar. Kalau tanya sedap atau tidak, sederhana sahaja. Saiz hidangan pun biasa, sederhana. Sesuai untuk seisi keluarga. 



 

Selesai dinner, siap order kek satu untuk nyanyi dan tiup lilin. Minta korang semua doakan untuk mama kolin ya. 

Semoga Mama kolin, Makcik Fatimah Bibi, sihat selalu, dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dalam penuh kebaikan dan selalu gembira bersama keluarga.

Happy Birthday Mama!
 


1 comment:

  1. HB Cik Timah. Semoga makcik kekal sihat dan happy selalu di samping anak-anak tersayang.

    ReplyDelete

loving me..loving you