Bulan puasa bakal tiba dalam seminggu dua lagi kan. Oleh itu, kolin nak kongsi dengan korang antara tempat yang best dan berbaloi untuk berbuka puasa tahun 2022. Dah 2 tahun kita semua berbuka berpuasa secara tertutup disebabkan pandemik yang melanda satu dunia. Tapi bermula 1 April 2022 kita akan bertukar kepada fasa endemik dan kita semua bebas berbuka puasa di tempat kegemaran kita, tapi tetap mengikut SOP sedia ada sebab jangkitan kan masih ada.
Tahun 2022, PALACE BUTCHER RESOURCES SDN. BHD. pengendali Restoran Me'nate Steak Hub terus komited dalam menghidangkan sajian Ramadan seprti tahun-tahun lalu. Semua cawangan Me'Nare Steak Hub akan menyediakan hidangan istimewa 'MUBARAK IFTAR PLATTER' untuk dine in dan 'MUBARAK IFTAR NATE-BOX' untuk korang take away.
Acara pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PBRSB Tuan Syed Ashraf Bin Syed Ali bersama-sama dengan 2 lagi Pengarah PBRSB Tuan Syed Omar Bin Syed Abdullah dan En. Azuan Arif Bin Mohd Ariffin.
MINI BUFFET - APPETIZERS & DESERTS
Untuk korang yang membeli Mubarak Iftar Platter akan mendapat akses percuma ke "MINI BUFFET - APPETIZERS & DESERTS' yang menampilkan pelbagai menu pembuka selera serta pencuci mulut yang lazat. Teman tahun ini berkonsepkan kekeluargaan dalam suasana norma baru yang lebih segar dan santai. Boleh datang dengan keluarga, kawan-kawan pejabat atau reunion kat Me'nate Steak Hub.
Semua cawangan bakal menyajikan menu istimewa ini iaitu Steamed Persian Rice, Full Slab BBQ Wa'gyu /Angus Beef Ribs, Persian Style Grilled Ribeye Steak, Mediterranean Braised Lamb Shank, Persian Style Braised Whole Lamb Shoulder, Roasted BBQ Chicken, Sahawiq, Pepperoni Pizzadillas, Nanchos BBQ Beef (ni memang sedap giler), Mammamia Beef Carbonara Pasta, Seafood Aglio E Olio Pasta beserta dengan pelbagai minuman dalam jug seperti Cha Bang, Orage Sunset, House Made Chrysthemum, Watermelon Mint dan pelbagai lagi menu ala carte untuk sajian yang mewah dan berkualiti untuk korang semua datang berbuka puasa di sini.
Untuk yang nak berbuka di rumah boleh juga. Korang boleh terus menempah sajian Mubarak Iftar Nate-Box Me'nate. Pilihan yang ada ialah Nate-Box Heavenly Menate, Nate-Box Heavenly Lamb dan Nate-Box Heavenly Ribs yang dihidangkan dengan pelbagai daging stik premium dan halal.
Sempena Ramadan 2022,Me'nate menawarkan pakej Early Bird dengan diskaun 15% bagi yang membuat tempahan awal sebelum 31 Mac 2022. Kalau nak buat tempahan jamuan korporat atau nak anjurkan berbuka puasa untuk apa juga majlis pun boleh tau.
Selain itu Me'nate juga menyediakan peluang kepada mana-mana syarikat atau individu yang ingin melaksanakan CSR atau amal jariah di bulan puasa nanti. Pakej infak istimewa dengan tema 'SESEKALI KITA INFAK MAKANAN PREMIUM' untuk diagihkan kepada golongan asnaf/tahfiz/anak yatim yang memerlukan. Korang boelh terus hubungi pegawai korporat mereka di talian 01934771047.
Manakala yang nak tempah untuk berbuka nanti, teruskan hubungi Me'nate di talian 03-41419733 okay. Nak emel pun boleh menatemarketing@gmail.com
Dengan ini kolin nak sampaikan ucapan Me'nate Steak Hub kepada semua pembaca blog kolin. Me'nate Steak Hub mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak kepada semua pelanggan dan peminat mereka. Jangan lupa datang dan nikmati hidangan berbuka puasa di Me'nate tau korang.
Untuk lebih promosi dan maklumat lanjut jangan lupa LIKE FB Me'nate Steak Hub di https://www.facebook.com/menatesteakhub
PELANCARAN RAMADAN MUBARAK IFTAR PLATTER DAN MUBARAK IFTAR NATE-BOX DI SELURUH CAWANGAN ME'NATE STEAK HUB
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you