Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

MURAD RAPID DARK SPOT CORRECTING SERUM BANTU ATASI MASALAH "DARK SPOT" PADA WAJAH

 Buat korang yang ada masalah 'dark spot' atau kesan tompok hitam pada wajah, kini ada produk yang best untuk korang cuba. RAPID DARK SPOT CORRECTING SERUM dari MURAD memang terbaik. Setanding dengan rawatan dengan doktor hasilnya tau. 

Bermula dari 1989 pakar Dermatologist dan Farmasi, Dr. Howard Murad telah merealisasikan Murad.Inc., produk moden pertama yang memberikan kesan klinikal kepada kulit wajah yang optimum.

Sebagai seorang pakar klinikal dalam penjagaan kulit wajah selama 30 tahun, Dr. Murad sentiasa memastikan masalah kulit yang ada tompok hitam atau dark spot ini dapat di atasi dan dikurangkan. Dr. Murad telah menghasilkan produk yang berkualiti tinggi, selamat dan rawatan setanding rawatan pakar di klinik untuk kita semua. 

RAPID DARK SPOT CORRECTING

Tekstur yang ringan dan lutsinar ini sudah tentu memberikan penyerapan cepat pada kulit wajah. Kolin guna sendiri hampir 14 hari dan ternyata ianya membantu dalam mengatasi masalah tompok hitam atau dark spot yang telah kolin alami sejak sekian lama. 

 

 

Korang tengok sendiri tekturs serum dari MURAD ini. Ringan dan sememangnya senang di sapu.



Kalau korang ada masalah pigmentasi atau kulit muka ada selaran matahari tu boleh cuba guna produk ini untuk kurangkan kesan tompok-tompok hitam kat muka. Jangan ingat tak boleh rawat tau korang,sebenarnya boleh dengan produk yang betul. 

PEMAKAIAN SPF SANGAT PENTING

Mengelak sebelum terjadi lagi bagus kan. So selain itu korang juga perlu gunakan pelindung matahari bagi menghalang kulit dari rosak akibat sinaran matahari. Untuk itu kolin nak kenalkan korang dengan City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++ 



Kedua-dua produk ini memang satu gabungan yang meletop dalam memastikan kulit wajah kita terus dilindungi dan terhindar dari masalah 'dark spot' atau tompok hitam. 

Lagi satu, pengunaan SPF pada wajah setiap hari bagus untuk atasi kedutan awal pada (penuaan awal) tau. Nak awet muda kena pastkan korang guna SPF hari-hari walaupun duduk dalam rumah seharian. Ini fakta tau bukan auta! Memang penting sangat pemakaian pelindung matahari atau SPF ini.

Korang kena faham satu perkara yang sinaran UV boleh mengakibatkan masalah pada kulit dan memberikan kesan penuaan awal. Mesti korang tak mahu nampak tua sebelum usia kan! So guna CITY SKIN AGE DEFENSE BROAD SPECTRUM SPF50 PA++++ dari MURAD dan rasai lah sendiri kesan positif pada kulit wajah korang. Produk ini dah terkenal satu dunia pun tak perlu korang rasa was-was kalau nak guna.

KOLIN REVIEW SELEPAS 14 HARI  Rapid Dark Spot Correcting Serum + City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++ 

Kolin guna Rapid Dark Spot setiap hari selepas cuci muka pagi dan malam. Ianya lutsinar, gel lembut dan senang diserap kulit. Maknanya tiada rasa melekit langsung kat muka. Progress yang sangat positif bila kolin perhatikan tompok hitam atau dark spot makin berkurangan dan kulit kolin tambah cerah.

Kalau korang perhatikan tompok-tompok hitam kat pipi dah hilang. Dan tompok degil kat tulang dagu tu mulai cerah. Ini hasil selama 14 hari kolin pakai konsisten produk MURAD. Gembira betul tengok kesan positif kat wajah kolin. Makin sihat dan sememangnya lepas ini kurang la mekap kan. Sebab dah flawless :)

Serum ini sememangnya membuatkan kulit wajah kolin makin sekata dan makin sihat. Ianya sesuai tau untuk semua jenis kulit dan tona. Kalau korang cerah boleh, sawo matang boleh atau korang berkulit gelap pun boleh bantu atasi masalah tompok atau pigmentasi di muka. 

Cara pakai:

1. cuci muka dengan Essential_C Cleanser dan biarkan kering.

2. Sapukan 1 atau 2 pam serum dan ratakan pada muka, leher dan dada. 

3. Ikuti dengan pelembap dan sangat bagus kalau korang gunakan Murad Sunscreen semasa siang hari. Pastikan korang sapu di muka, leher dan dada juga tau.

Mengikut kajian ternyata ianya menunjukkan 84% kurang tompok atau pigmentasi di muka dalam masa 14 hari. Kalau korang konsisten dan amalkan kolin yakin, muka akan tambah sihat dan boleh dapat kulit yang di idamkan. 

KULIT WAJAH TAMBAH SIHAT

Ternyata kesannya sangat bagus untuk kolin. Kalau korang ada masalah kulit berminyak, kering, sensitif atau kombinasi pun boleh guna. Jangan risau produk dari MURAD sememangnya berkualiti tinggi dalam memastikan kulit dirawat dengan elok. Tak perlu lagi berhabis berjumpa doktor pakar kulit, kerana produk MURAD mampu memberikan kesan yang sama dengan harga produk yang lebih berbaloi. 

Buat korang yang ingin dapatkan produk ini boleh layari www.murad.com.my

Atau korang boleh walk ini ke mana-mana Exclusive Facial Store di https://facial.murad.com.my/store-locator/

Jangan lupa like dan follow

FB: www.facebook.com/Murad.Malaysia

IG:

www.instagram.com/MuradMalaysia

#muradmy #muradmalaysia #darkspotcorrectingserum

Buat korang yang ada masalah pigmentasi, dark spot atau tompok hitam belum terlambat okay untuk merawat kulit. MURAD RAPID DARK SPORT CORRECTING SERUM BANTU ATASI MASALAH 'DARK SPOT' PADA WAJAH secara selamat dan berkesan. Jangan lupa cuba okay 



1 comment:

loving me..loving you