CAHAYA FESTIRA TEMA FESTIVAL RAMADAN SELANGOR 2022
SACC MALL, KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM & KOMPLEKS PKNS BANGI BERMULA DARI 16 MAC 2022 SEHINGGA 2 MEI 2022
SACC Mall, Kompleks PKNS Shah Alam dan Kompleks PKNS Bangi sememangnya tidak dapat dipisahan dengan Festival Ramadan Selangor, menjadikannya pusat atau lokasi membeli-belah yang wajib dikunjungi setiap kali menjelangnya Ramadan dan Aidilfitri.
Pelancaran telah di jayakan dengan meriah sekali di ruang Dataran Barat, SACC Mall dengan kehadiran Sr. Haji Fakru Radzi Ab Ghani, Ketua Pegawai Eksekutif PREC dan Dato' Mahmud Bin Abbas, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS.
500 PENIAGA BERNIAGA DI #FISTERA22
Buat makluman korang semua, seramai 500 peniaga tempatan akan bersama-sama berniaga di bulan ramadan nanti bagi persiaran berpuasa, berbuka dan berhari raya. Booth yang bakal dibuka dengan pelbagai pilihan tuat semua yang hadiri. Dan mana yang nak berbuka puasa di hari pertama, 3 April 2022 nanti, boleh terus berkunjung di Festira22 untuk membeli pelbagai juadah berbuka yang bakal dihidangkan.
Seperti sebelum ini Festira'22 masih mengekalkan persembahan artis-artis jemputan untuk menghiburkan semua pengunjung. Antara yang bakal menghiburkan ialah Haiza, Nomad, Syafiq Naseer, Syahmi Irfan, Aliff Iskandar dan Aufahanie. Selain itu persembahan seni danbudaya dari pelajar universiti jua ditampilkan bagi mencipta satu kelainan di Festira22.
masa pelancaran hari tu, Hael Husaini mendendangkan 3 lagu tau. Bersesuaian dengan bulan beribadah, Festira'22 turut membawakan personaliti TV terkenal seperti Ustaz Safwan Idris dan Iman Muda Nazrul. Adik Qalif Nasurdin seorang tahfiz muda berusia 13 tahun juga bakal ada tau. So korang yang nak dengarkan alunan suara adik yang sangat berbakat in boleh datang ke SACC Mall Shah Alam setiap hari sabtu sebelum berbuka puasa di sepanjang kita berpuasa nanti.
Kalau bawa anak-anak kecil pun pasti tak akan bosan. Kerana ada badut bersama belon. Jadi anakanak akan seronok lah kan dapat belon percuma dari badut yang akan bermula jam 3.00 sehingga jam 5.00 petang. Tapi terhad sehari 150 belon tau. Itu pun kena lah datang SACC Mall atau PKNS Shah Alam okay. Buskers pun ada juga, pendek cerita kan PREC memang nak kekalkan semua aktiviti yang positif ini untuk memberikan satu kelainan bagi sambutan ramadan tahun ini dalam suasana norma baru. Festira'22 dijanjikan lebih banyak pertandingan, ganjaran dan cabutan bertuah menanti semua pengunjung tau. Program bubur lambuk, kaunter zakat dan wakaf malah ruang solat dan terawih turut disediakan buat semua.
SERTAI TIKTOK UNTUK MENANG IPHONE13
Buat yang suka buat video dan upload kat tiktok, inilah peluang korang nak menang iphone13. Ambil apa sahaja aktiviti yang korang buat ketika berbelanja, makan atau apa sahaja di SACC Mall, PKNS Shah Alam atau PKNS Bangi. Korang upload dan jangan lupa laa hashtag #festira22 #festirachallenge dan tag @bazaarlokal @bazaarlokalflagshipstore
GANJARAN KREDIT TOUCH'N GO
Kita sekarang banyak buat transaksi tanpa tunai kan. Di Festira'22 tetap memberikan sokongan dengan mengadakan kempen ganjaran kredit Touch'n Go eWallet. Untuk setiap pembelian mengunakan pembayaran aplikasi ini, korang layak mendapat pulangan seperti berikut:
Pembelian RM105 - Percuma Kredit RM5
Pembelian RM300 - Percuma Kredit RM10
Dan kalau korang datang di Festira'22 korang akan dapat 2 paket sampul raya untuk pembelian RM100 ke atas. Juga pemberian pelitup muka dan hand sanitizer dari Bazaarlokal. Pengunjung hanya perlu menjawab atau kongsikan pendapat mereka tentang penganjuran Festira'22. Untuk dapatkan hadiah, ganjaran dan cara menyertai pertandingan korang boleh terus ke meja urus setia yang ada.
CABUTAN BERTUAH MENAWARKAN HADIAH BERJUMLAH RM10,000
Antara hadiah mega lain yang ditawarkan adalah aktiviti 'Cabutan Bertuah'. Caranya mudah sahaja, pengunjung hanya perlu berbelanja mengikut jumlah berikut dan sertakan penyertaan meraka melalui online atau hantar maklumat beserta resit di meja urus setia untuk melayakkan mereka memenangi
a. pembelian RM500 - menangi hamper bazaarlokal bernilai RM200
b. pembelian RM3000 - menangi barang kemas bernilai RM3000
Penyertaan dengan perbelanjaan RM500 ke atas layak membawa pulang hamper'Bazaarlokal x Selebriti Raya'. Sementera pengunjung bertuah yang berjaya melakukan pembelian sebanyak RM3000 dalam resit yang terkumpul untuk jangka masa sehari pula, berpeluang merangkul hadiah utama iaitu barang kemas bernilai RM3,000. Perbelanjaan boleh dibuat di mana-mana lokasi Festira'22.
HAMPER 'BAZAARLOTAL X SELEBRITI RAYA'
Festira'22 dilihat mampu membariskan Bazaarlokal adalah salah satu saluran yang berpotensi kepada kumpulak PKNS Real Estate (PREC). Sejajar dengan perkhidmatan jual-beli atas talian dan kepakaran pemasaran digital yang ditawarkan, Bazaarlokal yakin kerjasama antara 'Bazaarlokal X Selebriti' yang diwujudkan untuk Festira'22 kali ini dapat membantu keduanya menjana lebihan pendapatan selain memeriahkan lagi sambutan Ramadan dan lebaran kali ini.
Antara yang menjayakan program ini adalah, Anzalna (LOVETA), Shuib (LOVEMAN Kurta), Mark Adam (hamper raya), Haiza (hamper raya), Nomad (hamper raya), dan Bob Yusof (hamper raya) Selain itu Syafiq Naser (hamper), Salma (rendang dendeng), Moleque, Aliff Idham dan kumpulan Unknown masing masing turut menghasilkan hamper raya ekslusif sempena program ini. Harga bermula dari RM50 tau.
EKSLUSIF 'SHOPPING BAG BAZAARLOKAL'
Bazaarlokal secara kreatifnya memperkenalkan 'shopping bag FESTIRA'22 untuk kempen tahun ini. Dank orang boleh lah shopping pakai bag ini dan sudah tentu boleh letak banyak isi tau. Korang boleh ke laman web www.bazaarlokal.com atau terus beli di meja urusetia yang ada. Jualan sebelum 31 Mac 2022 hanya RM18 sahaja dari harga sebenar RM20.
nak beg macam kolin tu boleh dapatkan di FESTIRA'22 okay |
Nah korang, dah nak mula puasa dalam 4 hari lagi.Jangan lupa letak list FESTIRA'22 sebagai salah satu tempat untuk korang membeli belah dan berbuka puasa okay. Bawa semua...sekeluarga tau.
PELANCARAN CAHAYA FESTIRA'22, FESTIVAL RAMADAN SELANGOR 2022
Wah bestnya Kolin.. boleh lah Kak Sue singgah sini jugak nanti..
ReplyDelete