Assalammualaikum korang.
Kali ini kolin nak berkongsi pengalaman kolin tidur satu malam di tempat baru viral di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Nama tempat penginapan kolin sekeluarga buat 1 malam ialah
PD LONDON BUS RETRO VILLAGE.
PILIHAN BILIK YANG ADA
Kat sini kalau korang nak penginapan bajet pun ada tau. Dia ada pondok untuk duduk berdua, tapi toilet tu terletak di luar. Kiranya konsep berkongsi. Kalau tengok yang bas tu pulak boleh masuk 5 ke 6 orang. Manakala bilik yang menjadi pilihan kolin ialah kontena. Boleh masuk berdua, tapi kami berempat kan. Kolin bawa laa tilam dari rumah. Ruang besar tau, so boleh la makan, solat dan bentang tilam. Cuma bilik kolin tiada TV. Toilet ada, aircond tip top dan peralatan toilet semua ada. Haaa..jangan lupa bawa tuala!!! Itu tak ada lak masa kolin sampai.
Harga yang dikenakan RM160 agak mahal pada kolin untuk penginapan bajet. Tapi oklah, memang jalan kaki depan tuuu ..laut. So tak perlu nak drive dan parking. Lagi pula, parking kereta yang disediakan luas betul.
Bila malam mereka ada buka kedai makan. Sambil ambil angin laut, dengan lampu-lampu yang ada memang romantik. Masa kolin menginap tu tak ramai orang. So kami anak beranak melepak kat ruang bilik. Ada disediakan kerusi meja untuk melepak tau kat luar tu.
Dan kalau korang nak melepak sambil tengok sunset pun boleh kat ruang atas kontena ni. Memang lawa bila malam sebab kat sini dia main lampu.
kalau korang nak lebih bajet, Boleh lah ambil pondok untuk 2 orang dan tandas kena berkongsi, harganya lebih murah.
inilah pondok tu...ada dalam 8 ke 10 unit rasanya.
nak ke pantai pun dekat aje, jalan kaki sampai. Kedai pun banyak depan tu, nak beli apa-apa senang. Nak main banana bot pun boleh, sekarang RM20 satu kepala. Tak payah bawak duit, boleh online transfer sekarang. Kami naik lah sekeluarga, yang penting alisa maisara melalak hahahaha.
boleh pula adik tu corner bagi semua orang jatuh..dia pegang kuat-kuat menangis. Letih laa kaki drama. Trip ni meraikan dia akan ke sekolah menengah tingkatan 1. Dah remaja gaisss
So nanti korang pergi sendiri PD LONDON BUS RETRO VILLAGE okay..
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you