Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Holla korang...ini lah dia, bermula episod kolin sekeluarga bercuti ke Kelantan baru-baru ini. Hari pertama, kami semua dah bersiap pepagi lagi sebab dari Kepong nak ke KLIA2 kan. Selalu kolin pilih Fireflyz, tapi sajalah ajak family naik AirAsia. Kebetulan masa kolin booking last year memang murah habis laa. Kos penerbangan kami sekeluarga pergi dan balik dalam RM400 sahaja. Murah dari naik bas kan hehehee, kalau pandai cari tiket flight time promosi memang murah tau korang. Kami ke KLIA2 naik grab aje, kos kami RM65 dari rumah terussss ke airport. Senang wei...harga pun sama aje kalau kami naik bas dan train tu.
Sampai kat KLIA2, agak dah lewat sikit, mencari kaunter untuk drop bagasi lah. Bagasi pergi hanya satu beg troli 20kg. Tapi masih kena cepat lah kan. Sebab tahulah, takut orang ramai dan terlewat nak daftar beg masuk. Untuk memudahkan korang, baik print boarding pass sesiap wei..senang. Nanti terus bawa boarding pass ke kaunter dan drop bagasi. Tak perlu susah payah nak print bagai...
masa pergi satu beg aje 20kg.
Cik lisa sonok laa melompat
Dah selesai urusan bagasi, kami pergi meronda anak beranak. Bergambar lah seketul dua, maklumlah time balik sure kelam kabut dan penat kan. Lagi pun mereka dah lama tak datang KLIA2 ni. Selepas itu, kami pun masuk lah untuk pemeriksaan Imigresen dan sebagainya. Dan perjalanan ke pintu gate pun bermula hahahha. Disebabkan mereka dah lama tak naik AirAsia, membebel lah jauh. Lagipun gate kami ditukarkan 3 kali pagi tu. Memang asyik berjalan ke hulu hilir lah, mengejarkan gate penerbangan kami. Tu melepak lah anak banak sambil menunggu penerbangan kami ni.
memasing dah lapar sebab kejar pintu gate hahaha
Pada kolin okay aje, sebab dah boleh dikatakan beberapa kali setahun kan. So tiada masalah. Flight kami pada hari tu pun lancar tak delay pun. Cuaca pun cantik aje, lebih kurang dalam jam 12.40 tengahari kami pun sampai lah di bumi Kelantan Darul Naim. Lagipun senang sikit nak travel bila anak-anak dah peringkat umur macam ini. Ni kolin kongsi manalah tahu ada yang nak cuba travel macam kami kan. Tak mewah pun, sederhana sahaja.
Lapangan terbang di Kota Bharu biasa aje, kecil dan tak sibuk pun. Kat sini kolin sewa kereta Axia untuk RM100 sehari. Mulanya dia minta RM120 tapi setelah ditawar, dapat RM100 sehari dan deposit dari RM200 kami mohon kurangkan RM100 deposit. Rasanya okay kut RM100 tu kan, kita kan dalam negara lagi hahahahhaha
Sampai Kota Bharu, Kelantan memang cuaca agak panas, waktu makan tengahari pun dah sampai. Kami berempat memang lapar dah . Misi mencari kedai makan yang sedap-sedap laaa kat Kota Bharu ini. Nak tahu mana kami berempat makan, kolin cerita dalam next entry ya. Terima kasih membaca cerita Ali's Family Goes Travel. Nanti kita sambung cerita lunch hari pertama di Kota Bharu, Kelantan ye. Excited laaaaaaaaa, maklumlah 1st holiday kami sekeluarga di tahun 2018. Sambung lagi nanti yaaaa
Love,
Kolin Zainal
Wah.. bestnye ke pantai timur
ReplyDeletehi...ha aa ke pantai timur kita
DeleteTak sabar nak tengok part 2.. mesti best
ReplyDeletethk you baca blog kita
Deletewah ke sana naik plane.
ReplyDeleteaida biasa ke sana drive aje.
mudah nak jalan-jalan gitu :)
kami ni suka nyinggah on the way balik, kolin.
singgah tganu, cherating...
kolin malas nak drive..jadi sewa kereta sana
DeleteDah lamanyeee tak pergi kelantan
ReplyDeletenanti pergi sis..best
Deletesewa kereta kt mana sis?
ReplyDelete