Assalammualaikum dan salam sejahtera
Apa pendapat korang dengan sistem perkhidmatan sos layan diri yang sekarang jadi amalan di semua restoran makanan segera kebanyakkannya. Kolin rasa kan 'Malaysian is not ready yet" untuk sistem layan diri macam ini lah. Tahap kebersihan masih diragui dan ini antara yang sempat kolin rakamkan. Bersepah !!
Dengan berselerak mangkuk-mangkuk kecil dan siap ada sisa sos lagi kat situ. Lagi satu, tong yang isi sos tu kalau kita tekan kadang-kadang terpancut tau. Abis kena tangan dan ruang sekitar. Ini berdasarkan pengalaman kolin sendiri lah. Kadang tu kolin sengaja tak ambil sos sebab jadi kembang tekak. Aku tak kata pun aku ni pembersih sesangat pun wei. Tengok keadaan tempat tu lah, kalau terasa macam tak best, memang tak ambil pun sos tu. Aku makan lah kosong gitu. Rasanya lah kan, lebih baik macam dulu tu. Botol-botol sos diletakkan di atas meja. Lagi bersih, lagi bagus. Tahu ada amalan curi botol sos tu dedulu. Tapi korang buat lah botol tu ada alarm ke apa ke. Janji lebih bersih dan rasanya tak adalah bersepah macam ini. Orang kat Malaysia ini masih kurang pendedahan sistem layan diri. Memang kalau nak ikutkan sampai bila tak buat layan diri kan, tapi kena pertimbangkan hal-hal lain juga. Apa kata buat layan diri, tapi kakitangan kat situ cekap membersihkan. Tak lah selerak, tumpah sos merata-rata. Itu lah kisah kolin dan perkhidmatan layan diri. Ini pendapat aje wei...jangan lah kecam. Terasa macam tak boleh lah sistem begini. Nampak lebih bersepah dan kotor kan. Baik dalam botol atau paket kecik-kecik tu aje...
Betul ker tak betul ker weiiii....bersepah gini. Giliran kolin nak ambil dah rasa macam haiyooo...bersih ker bekas kecik-kecik tu. uuwaaaaaaa.....
Yang benar,
Kolin yang suka makan
betoi juga..kebersihan yang tak dijaga dengan baik dekat tempat ambik sos tu
ReplyDeleteselalu macam tu lah kan
DeleteMentaliti org jugak sbnrnya..huhuhu
ReplyDeleteitu la..mental aku kata tak ready hahahhaha..sebab selalu jumpa keadaan haru gitu
Deleteaida pernah satu tahap, naik geli.
ReplyDeleteanak aida, ijat, kekadang tu suka nak main dgn plate sos tu tau.
memang la aida marah kan. nanti sepah. kesian org lain.
sama2 jaga kebersihan dan kekemasan kan.