Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

RUMA PUTEH KUALA LUMPUR

 Assalammualaikum korang. 

Okay, satu lagi tempat yang korang boleh cuba makan di Kuala Lumpur ialah RUMA PUTEH KUALA LUMPUR yang terletak dekat area Taman Tasik Titiwangsa tu. Masa masuk lorong tu, perhatikan sebelah kiri korang tau. Dia sebenarnya rumah banglo lama yang telah diubahsuai menjadi satu ruang makan yang sangat selesa dan memang menjadi port untuk bergambar. OOTD merata-rata pun boleh..memang lawa sesaja. 

ini bahagian hadapan tau. So kena beratur depan tu. Selalu weekend memang full house disebabkan tempat ini viral. 

Jalan lorong ini terus sampai ke ruangan makan dia. Ada indoor dan outdoor. Disebabkan cuaca tak lah panas sangat, kolin dan kawan kolin memilih untuk melepak di luar. Lagipun ada aje kipas. 




BUKAN REVIEW

Disebabkan kolin datang bukan tuk review gambar pun tak ada lah keseluruhan. tapi korang nampak kan ada pokok-pokok landskap belakang tu. So kalau melepak makan kat luar ni memang best. Nasib baik tak ada nyamuk hahah

MENU DAN HIDANGAN


Untuk yang suka makan manis-manis boleh lah try kek kat sini. Roti pun ada juga. Kiranya kalau nak sambut hari lahir kawan tu sesuai. Macam kami berdua hahaha. Sebenarnya trip makan-makan ni nak sambut birthday kami berdua yang tertunggak. Kawan kolin si mimi 21 August dan kolin 31 August. So datang sini, order kek sorang satu, nyanyi dan makan. Apa ada hal, kebahagian kita cipta sendiri kan!

Selepas tu kolin order fish and chips (seabass juga), fish skin dan kawan kolin order lontong darat. 



Kalau tanya harga kat sini, macam biasa lah. Hidangan ada yang bawah RM20 dan lebih RM20. Bawah RM10 tak pasti pula kolin. Tapi tak lah mencekik urat leher. Kiranya boleh diterima lagi lah. 

Staff di RUMA PUTEH KUALA LUMPUR peramah, memang senang di minta tolong. Toilet dan tempat basuh tangan pun ada. Kawasan boleh dikatakan bersih dan lawa. Kalau korang ke ruangan dalam memang banyak tempat nak bergambar.


ini antara yang sempat kolin bergambar kenangan. Ikutkan banyak lagi tempat boleh posing-posing. Memang tempat instagramable kat sini. 

Terima kasih mimi ajak kita mai sini. Kalau dia tak ajak tak merasa kita makan tempat lawa macam ni. Untuk review makanan di RUMA PUTEH KUALA LUMPUR, biasa aje, macam western kat tempat-tempat lain. Sedap biasa dan berbaloi untuk di makan. 


Lain kali ada masa boleh lah datang melepak kat RUMA PUTEH KUALA LUMPUR lagi. Nanti boleh try duduk indoor pulak kan. Terima kasih baca blog kolin :)

1 comment:

loving me..loving you