Assalammualaikum korang semua.
Ini pertama kali kolin makan malam di HARD ROCK CAFE, MELAKA. Baru dapat peluang itu pun sebab ada urusan kerja di Melaka. Kolin pergi hari rabu malam, jadinya memang aman damai dan tak lah sesak nak makan. Cuma tutup awal lah, jam 11 malam dah tutup. Kalau hari minggu rasanya jam 12 malam. Dan tiada lagi liveband yang performed disebabkan masalah biasa kita..Covid. So semua dah norma baru. So tak merasa nak feeling dengar live band macam dedulu.
ni tempat wajid untuk posing. Clear kan, so memang lawa bergambar sorang-sorang.
Disebabkan kami bereempat. Kolin order yang ramai-ramai boleh share dan makan. Kami semua diet sebenarnya hahaha.
Ada 3 jenis hidangan makanan yang memang boleh dikongsi bersama. Dan paling penting portion tu besar ya. Kolin lupa nama set tu, tapi korang boleh tengok kat menu tu nanti. Buat yang nak nasi goreng, mee goreng ada juga. Tapi malam tu tekak nak makan western lah.
burger ni gemuk tau. Kerat 4 pun puas makan.
ayam gril ni pun sama. Sebenarnya kami tak makan licin pun. Sebab memasing kenyang.
fish and chip ni pun pakai ikan siakap atau seabass. Bukan ikan dory.
Tapi air tak termasuk tau dalam set. Tapi air tak lah terlalu mahal. Kiranya harga patut sahaja. Untuk bil kami bertiga dalam RM250 lebih kurang. Lupa kolin harga sebenar. So kalau divide untuk 4 orang dalam RM70+. Merasa lah makan mewah sesekali. Penat-penat kerja kan..kena lah belanja diri sendiri sesekali.
Merasa juga makan malam di Hard Rock Cafe, Melaka. Walau tiada band, hanya alunan muzik perlahan. Jadi lah kan.
Buat korang yang nak cuba makan malam di Hard Rock Cafe, Melaka, sila lah tau. Dapat gaji, datang dengan yang tersayang okay. Dating kat sini :)
Sehingga berjumpa lagi Hard Rock Cafe, Melaka. Ada rezeki kolin nak bawa suami dan anak-anak pula.
Review ikhlas ya hidangan di sini memang sedap, boleh diterima. Taklah mahal sesaja...memang baloi. Jangan lupa ya makan malam di Hard Rock Cafe, Melaka
Wah,, harus dicuba lain kali ke Melaka. Hehe
ReplyDelete:)
bru follow di blog pulak. hi, sis kolin.
TERIMA KASIH SIS....LEBIUUU
DeleteDlu2 best lpak hard rock sambil layan band..skrg ni sob2..kalau kt penang byk menu2 yg best2 da xda🥲
ReplyDelete