Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

KASUT SEKOLAH DARI PALLAS MALAYSIA

 Assalammualaikum korang semua. 

Bermula 2 Januari 2022 semua anak-anak akan kembali ke sekolah dan kita sebagai mak ayah paling sibuk dalam menyediakan segala keperluan untuk kembali ke sekolah. 

Selalu mana baju lama-lama kalau muat lagi kolin tak beli pun baru. Tapi yang pasti kasut akan bertukar saiz. Setiap tahun dari mula anak-anak sekolah dulu, kolin memang suka sangat dengan kasut dari PALLAS MALAYSIA


Bermula dari rekaan yang simple dan kasutnya yang rin
gan memang menjadi pilihan anak-anak. Tapi bukan itu sahaja keistimewaan kasut Pallas tau korang. Antara keistimewaannya ialah:

1. Cepat kering dan ianya mempunyai pengudaraan yang baik membolehkan kaki kita bernafas dan selalu kering. 

2. Rubber insole membuatkan kaki lebih selesa. Adanya shock absorption system juga boleh menjaga kaki kita dari impak yang kuat dari aktiviti berjalan dan berlari. 



3. Arch Support yang ada membuat otot kaki lebih selesa dan tidak sakit bila berjalan lama atau berdiri terlalu lama. 

4. Ringan dan ianya sesuai untuk kaki anak-anak yang kecil.

5. X-Tone Outsole memberikan kesan yang lebih sporty dan bertenaga seharian.




ANAK-ANAK SUKA KASUT PALLAS

Dah sememangnya rutin kami sekeluarga beli kasut sekolah mesti jenama Pallas. Korang tengok lah sendiri bagaimana gembira anak-anak dapat kasut baru yang selesa untuk memulakan sesi persekolah 2022. 

Tentang harganya memang berpatutan. Memang poket mak ayah boleh berjimat. Yang kolin suka, ianya tahan lama, so memang selalu anak-anak pakai setahun. Kalau bertukar pun pasal kaki dah membesar tak muat lagi. Jarang betul bertukar kerana koyak atau terkopak. 

Kolin harap dengan review ini, mak ayah yang mencari pilihan kasut sekolah boleh lah pertimbangkan kasut dari Pallas Malaysia. Dah lah design lawa paling penting selesa tau. 



Jangan lupa ke sekolah dengan memakai KASUT SEKOLAH DARI PALLAS MALAYSIA

2 comments:

  1. anak anak saya pun guna kasut pallas.

    ReplyDelete
  2. Ye kasut Pallas memang jadi pilihan tuk anak-anak ke sekolah. Selesa pun selesa.

    ReplyDelete

loving me..loving you