Assalammualaikum korang semua
Siapa yang tak kenal Chef terkemuka tanahair kita Malaysia iaitu CHEF WAN. Teringin betul kolin nak merasa masakan dia. Kalau nak tahu, taste Chef Wan memang terbaik lahkan. Bila dapat makan masakan dia memang lah seronok. Terima kasih laa buka Cafe ni, dapat juga kami ni merasa tau. Selalu tengok dalam TV dan media sosial aje.
Cafe Chef Wan 1958 yang terletak di KL East Mall, Kuala Lumpur ini memang cosy sangat. Dekorasi lawa dan kalau datang waktu puncak memang kena beratur tau. Demi nak merasa juga, kami beratur. Tapi rezeki tak lama mana terus dapat meja. Lokasi meja lak dekat dinding belakang yang lawa tu.
Gambar cik ani pun ada tau...so cute
Antara ruang dalam cafe ini yang sempat kolin snap. Memang ada kelas tersendiri dan terasa macam dalam dunia lain pula kan. Setiap "detailing" memang mengujakan sesiapa juga yang datang.
Menu agak terhad, tapi okay. So kami order Nasi Kerabu, Irish Lamb Stew dan anak kolin macam biasa Spagheti Olio Oglio Seafood.
ni makan 3 orang wei..portion boleh tahan.
Untuk air pula, kolin macam biasa pengemar air kosong atau mineral water. Tapi untuk suami dan Alisa mereka memilih untuk try Dancing Mango dan Lemon Tea . Ada kombinasi oren sikit, mangga sikit dan rasa masam manis.
Memang berbaloi betul makan kat sini. Sesekali belanja diri sendiri dan keluarga memang terbaik. Cuma Ali Imran aje kat asrama tak dapat merasa. Tapi tak apa..ada rezeki lebih kami datang lagi makan kat sini. Hidangan premium harus kita ulang.
Akhir kata, buat korang yang plan nak datang tapi nak bajet berapa untuk dibelanjakan boleh tengok resit di bawah. Bukan niat nak menunjuk tau. Ini berkongsi sahaja, kolin pun ada rezeki lebih belanja keluarga. Semoga rezeki selepas belanja ni mencurah-curah bagai air terjun kan.
Inilah harga hidangan kami. Dan kolin PUAS HATi! Memang berbaloi..hidangan dari seorang Chef yang hebat dan kualiti terbaik.
Inilah cerita kami MAKAN MALAM DI CHEF WAN 1958
ingt nk try juga nanti...tk smp2 lg..
ReplyDeleteterliur pulak tengok menunya... so shedapppp....
ReplyDelete