Assalammualaikum semua
Siapa sangka tarikh 9 ogos 2021, kolin sekeluarga di uji dengan wabak covid19. Kisahnya tengah bersiap nak ke kerja pagi isnin. Suami pula batuk-batuk, sementara bersiap suruh buat ujian self kit. Kan kolin ada share dalam posting sebelum ini.
https://alialisakreatif.blogspot.com/2021/08/pengalaman-guna-antigen-covid-19.html
gambar dari google
Sekali tengok result positif. Allahuakbar. Terus suruh dia mandi duduk bilik. Kolin settle beli-beli barang, sanitasi rumah semua ruang. Masak...selesai semua kami sekeluarga bersiap ke klinik untuk swab test. Kolin buat yang hidung RTK. 15 minit dapat tahu, Ali Imran pun positif. Mengalir air mata masa tu..Allahuakbar...
Simpan sini buat kenangan
tak tahu kena dari siapa atau dari mana. Jangan lah tanya..Kami pun speechless.
Berikut merupakan garis panduan yang disarankan untuk kurantin kendiri:
Perlu sentiasa boleh dihubungi pada setiap masa.
Sentiasa berada di rumah sepanjang dalam tempoh pengawasan ini.
Tinggal di bilik berasingan dan menggunakan tandas yang berasingan (INI PENTING)
Hadkan pelawat atau tetamu yang datang ke rumah anda.
Senaraikan semua orang yang datang menziarahi anda.
Sentiasa amalkan adab batuk yang baik.
Sekiranya bergejala, sentiasa pakai face mask. Jika tidak memakai face mask, tutup mulut dan hidung anda menggunakan tisu apabila batuk dan bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan CUCI TANGAN serta merta dengan sabun atau hand sanitiser.
Hadkan jarak anda dengan mereka yang sihat sekurang-kurangnya 1 meter.
Pakai face mask sekiranya keluar dari bilik dan elakkan bergaul dengan orang lain.
Pastikan pengudaraan rumah dalam keadaan baik dengan membuka tingkap.
Elakkan perkongsian peralatan makanan dan penjagaan diri.
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you