Assalammualaikum korang semua :)
Sedia maklum kolin sekarang kan naik public transport untuk ke tempat kerja. Pergi KL Sentral, lepas tu naik LRT, lepas tu naik grab. Sampai opis...takut juga kluster tempat kerja.
Tiba-tiba minggu lepas rasa tak sihat sangat. Demam dedar aje rasa badan, tu pergi la klinik ingat nak swab test. Tapi kebetulan doktor tiada, so balik dengan perasaan hampa. Masa tu tak keluar rumah, takut kena orang lain.
End up, terpaksa ke pejabat. Tapi kolin tak buka mask dan sentiasa sanitise badan dan tangan. Balik singgah farmasi beli lah GMate Covid19 Saliva Antigen tu.
Esok nya lepas subuh, try uji sendiri. Ikut arahan dalam utube (korang scan QRcode tu) dan buat ikut yang disuruh. Simple aje...air liur tu lah agak geli hahaha. Tapi kan air liur sendiri, so dari kena jolok hidung baik pakai yang ini. Tapi hati-hati kang rugi takut tak valid lak ujian test kit tu kalau salah langkah.
Guna GMATE tuk kesan jangkitan Covid19
Masa tunggu 15 minit result tu memang takut. Takut sebab varian covid sekarang bukan memain. COVID IS REAL. Ramai dah kena, keluarga pun dah kena. Yang terus ke negara abadi pun ramai. So kita ni dah memang kena hidup dengan virus ini. Kena terima dan terus jalani hidup macam biasa. Virus ini mengajar kita jadi pembersih. Setiap hari lap, setiap hari cuci dan rasanya perkara tu selalu kita ambil ringan kan. Kali ini memang kena buat tau, hari-hari sapu, mop dan lap.
Habis tempoh masa 15 minit, rasa nak lompat bintang. NEGATIVE!!! terus buka MySejahtera update keputusan. Harga satu test kit GMate tu RM39 sahaja. Kalau pergi klinik dalam RM100 ke RM120 satu lagi sesak dan mungkin boleh terkena sebab dan reramai dalam klinik kan. Itu salah satu punca kolin buat aje sendiri, nak bagi perasaan tu lega dan tak menyusankan orang sekeliling. Lagipun varian baru banyak yang tiada simpton. Tambahan anak-anak pun belum divaksin, memang risau.
Sekarang kawasan perumahan kolin, ramai sangat rumah kena kuarantin, terbaru jiran tentang rumah kena. Bukan nak cakap lah, tak ada sesiapa minta kena virus ini. Tapi kalau dah kata dugaan nak datang, sekejap aje terus dapat.
Korang sila beli dan guna Antigen Covid-19 ini. Tak kisah lah jenama apa, tak silap kolin ada 3 ke 4 jenis test kit yang boleh didapati di pasaran. Sambil tu jangan lupa selalu sanitasi rumah sendiri dan teruskan makan yang sihat-sihat. Kalau boleh setiap malam minum air lemon, boleh juga kurangkan kolesterol badan kan.
Inilah perkongsian kolin PENGALAMAN GUNA ANTIGEN COVID-19 GMATE.
Harap memanfaatkan korang semua ya. Be safe korang :)
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you