Assalammualaikum korang semua :)
Kejadian ini berlaku masa 7 Julai 2021 yang lalu. Tak sangka kali ini kolin terpaksa lalui keadaan macam ni. Kalau korang nak tahu, kereta tu dah tua dah 17 tahun, dari 2004 kolin guna pergi balik kerja sampai sekarang. Kalau jalan jauh ada kereta lain, maknanya satu kolin guna, satu lagi suami yang guna.
Nak dijadikan cerita, kereta buruk tu last kolin pakai Isnin, balik kerja park kat situ jam 3 petang. Selasa tu memang tak ke mana-mana. Rabu tengahari nak pos barang, ada rezeki orang beli daging salai, sekali pergi tengok kereta dah barai. Aduhaii...memang akui kolin menangis teruk masa tu. Masa menaip ni pun sebak aje mengalir air mata.
Memang orang kata, kereta aje pun, harta dunia. Tapi aku baru perasan, kereta tu sentimental value dia kuat giler tuk aku. Kome tahu, aku ni melalak depan polis, depan pegawai penyiasat. Nangis bebetul punya sedih hahahah. Fikir balik, aduiiyaii kenapa lah aku emosi sangat.
Now aku ada sikit lah masalah kalau nak pergi dan balik kerja. Kereta dah pun ke bengkel aku claim insurans terus. Tapi masalah juga, bengkel buka, kedai spare part kereta tutup. Aduiiii..pening kepala dengan SOP zaman pandemik ni. Caca marba hidup..
Memang lah kerja WFH, tapi ada ketika kena juga ke pejabat uruskan kerja. Sekarang aku kena ke KL Sentral suami hantar, naik LRT ke subang jaya, lepas tu naik grab RM15 ke shah alam. Nampak tak kegigihan aku! Tapi bersyukur masih ada kerja dan gaji, tak boleh banyak merungut kan.
Doakan korang, kereta ferrari aku sihat macam biasa. Nak ambil loan baru pun zaman ekonomi tak tentu ni teruk juga. Tadi baru call workshop, baru peringkat beli spare part. So insha Allah dalam 2 minggu siap kata dia.
Satu aje harapan aku, jangan lah orang lain kena macam aku. Patah kaki nak kemana-mana. Naik public transport pun takut juga kan. Musim kes mencanak-canak naik.
Ni lah dugaan PPN Fasa 1, Kereta Kesayangan Dirompak. Harap dengan pendedahan macam ni perompak tu insaf lah. Awak menyusahkan orang yang dah sedia susah. Jangan lah mencuri sebegini lagi. Dunia akhir zaman ni balasan semua cash. Kolin berharap tidak ada di kalangan korang yang membaca blog ini terkena macam kolin.
Mintak jauh kan lah...sedih tau...
terima kasih semua ucap yang baik-baik dan doa untuk kolin. Hanya Yang Maha Esa membalasnya. Jaga diri semuaaa :)
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you