Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

BERKELAH DI TEMPLER PARK, FASA 2 PPN

Hey korang semua. Assalammualaikum


Hari Malaysia yang lalu, 16 September sempat kami berkelah di Templer Park. Dah lengkap 2 dos dan jarak dari rumah kami pun tak sampai 10km sebenarnya. Punya takut sendat dan penuh, awal pagi kami dah sampai, seawal 8.30 pagi tau. 

Polis memang ada buat rondaan. So pastikan yang nak mai sini, lengkap 2 dos vaksin selepas 14 hari. Kalau tidak penat aje, polis akan arahkan balik. Sebab ada aje pengunjung yang diarahkan untuk balik. Ambil vaksin tak kata kita kebal, tapi ikhtiar kita terhadap penyakit ini. Usaha pun dapat pahala kan...pls ambil vaksin okay

Masa sampai memang terus set up macam nak bermalam. Sebab planning memang nak melepak sampai petang. So inilah set up kami sekeluarga.


Makananan pula nasi dan ada 2 lauk kolin dah siap-siap masak. Senang kan! Untuk breakfast kolin bawa hotdog untuk di grill. Lelain ikan, sotong, ayam, udang dan daging siap perap. So siapa lapar, kita on aje portable dapur tu terus makan. Air masak pun bawa secukupnya, sempat juga kolin buat air kopi panas-panas tau. Kiranya macam boleh hidup bermalam kat situ hahaha. Berkelah sehabis jiwa

Ikut cara kita, tak kisah lah set up kita bekelah tu murah atau mahal ikut poket memasing. Kalau nak jimat beli kat DIY atau online. Banyak aje barang-barang berkhemah di jual dengan murah. Pendek cerita ikut dana kewangan memasing lah.  


Minggu ini nak berkelah mana pulak ya. Nak bagi anak-anak lepas tekanan kelas pdpr. Pergi awal pagi, balik petang, kita yang penat kerja pun boleh lah melepas lelah. Kolin tak berminat pergi jauh-jauh. Lagi dekat, lagi senang kami nak pergi. Satu lagi tempat viral memang kami elak. Masih menjaga SOP dan keluarga selepas dugaan bulan ogos lalu. 

Itu sebab kolin set up khemah macam tu, agar ada penjarakkan sosial dengan orang lain. So orang pun duk jejauh antara satu sama lain


 

Korang yang nak berkelah di Templer Park, Fasa 2 PPN ni pastikan lengkap dos vaksin dan jarak satu sama lain juga ya.

Jaga diri korang!

2 comments:

  1. Kak Sue macam teringin jugak nak ber camping macam nie haa.. macam best je..

    ReplyDelete
  2. syoknyaaaa.... bilalah dapat camping :))

    ReplyDelete

loving me..loving you