Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

HAPPY 12TH BIRTHDAY, ALISA MAISARA

Assalammualaikum korang :)

Alhamdulillah anak dara kolin dah 12 tahun wei. Masa berlalu terlalu pantas kan..mami dah tua weii :)


HAPPY 12TH BIRTHDAY, ALISA MAISARA


Disebabkan kolin bekerja pada hari lahir dia 29 September yang lalu. Maka nya sambutan tu dibuat selepas maghrib. Simple dan mudah aje.

Dekorasi semua suami kolin beli dan kek kolin beli dari https://www.facebook.com/dapuranne/ 


Dia punya kek pandan gula melaka memang sedap giler. Sebab dah bosan vanila, chocolate, red velvet kan. Tukar selera pandan gula melaka memang sedap betul lah.

Sambutan simple ber4 sekeluarga sahaja. Lagipun musim covid ini itu yang terbaik. Ada juga jiran yang datang, tapi seorang dua sahaja. Lagipun esok tu hari kerja dan memang sambutan simple sahaja. 

DOA BUAT ALISA MAISARA

Sebagai mak..kolin doakan yang terbaik buat Alisa.


Semoga Alisa Maisara selalu dilindungi, semua perkerjaan dipermudahkan, selalu baik dengan semua orang, hormat kat orang tua. Dimurahkan rezeki, diberikan kecerdikan akal fikiran tuk berjaya dalam pelajaran dan segala bidang yang Alisa ceburi. Selalu jadi anak yang baik dan penyejuk hati mami dan papa. Doa mami buat Alisa semoga dipermudahkan apa sahaja urusan di dunia mahu pun akhirat. Sihat tubuh badan dan sentiasa dalam keadaan baik-baik sahaja.

Tiada apa yang kolin harapkan. Hanya yang baik dan terbaik buat anak dara kolin. 


Hope satu hari nanti bila alisa baca blog mami, ingat semua memori dan kenangan sepanjang kita ada umur bersama. Ingat tau Alisa Maisara...MAMI SAYANG LISA SAMPAI AKHIR NAFAS MAMI

Happy 12th Birthday, Alisa Maisara




1 comment:

  1. Happy Birthday Lisa. Insya-Allah. Anak solehah buat mami dan papanya tu.

    ReplyDelete

loving me..loving you