Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

PERKHEMAHAN SATU MALAM DI PANTAI CUNANG, TANJUNG SEPAT SELANGOR

Assalammualaikum semua

Sekarang dah boleh rentas negeri kan! Harap campsite di Selangor ni tak lah padat hahaha. Ni yang sempat kolin pergi selepas fasa 3 di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya di umumkan. Dari KL ke sini dalam sejam lebih juga. Kenapa pilih Pantai Cunang sebab ramai kongsi dalam FB tempat ini cantik untuk berkhemah. 


Selesai subuh kami sekeluarga gerak terus ke Pantai Cunang. Sampai memang dah padat kereta parking di dalam ladang kelapa sawit.Jalan agak sempit tau, parking pun tak banyak. Pepandai korang lah selit-selit kereta antara pokok kelapa sawit tu.

Lawa betul tinggalan pokok bakau mati ni dalam gambar....

Selepas itu, ada kaunter yang dijaga oleh orang asli. Bayaran  memula kami kena RM1 untuk parking dan kami berempat, so RM5 semua sekali lah. Kami nak tengok tempat dahulu sebelum berkhemah. Masa sampai memang dah penuh padat. Pada masa kami nak berputus asa balik, khemah depan kami nak balik..Nah rezeki!!

Terus patah balik ke kaunter depan. So bayaran kami kena RM15 x 2 khemah jadi RM30, dan tikar RM5. Sebenarnya kolin binggung juga caj tikar tu,tapi tak apa lah masih murah caj nya. So jumlah RM40 satu malam kami berkhemah di Pantai Cunang, Tanjung Sepat.


Kami pasang khemah dan anak-anak beriadah. Tempat yang cantik, walau pantai memang lumpur. Tapi itu lah keindahan pantai di Negeri Selangor. Segala-galanya lawa kat sini. Kalau korang nak buat sesi fotografi memang terbaik. Lawa sangat...suka Pantai Cunang.

kalau berkhemah kena pasang flysheet ...supaya hujan, daun atau apa-apa dari atas tu tak jatuh direct kat khemah


melayan sunset yang cantik sangat


alisa maisara....

Masak dah siap-siap dari rumah lebih mudah. Jadi makan tengahari mee goreng sahaja. Senang...lagipun lepas set up khemah terus lapar kan. 

Malam tu kami pasang segala lampu yang kami kami bawa. Buat pengetahuan korang, di sini memang tak ada lampu disediakan. Tapi best, sepanjang pantai ramai buat unggun api mengunakan kayu-kayu yang hanyut. Lawa dan berangin sangat suasana. Selalu berkhemah tepi laut panas kan, tapi lain betul berkhemah di Pantai Cunang. Sejukkkkk...seronok.



Terjaga jam 3.00 pagi, air pasang bunyi ombak dekat betul dengan khemah. Seronok lah yang berjaya memancing. Dah tunggu dari malam nak  memancing, jam 3 pagi baru air naik.

Esoknya bangun subuh, aktiviti melepak dan kami masak sarapan untuk sekeluarga. Memula masak burger, sosej. Habis aje masak nasi dan lauk hahaha. Itu lah berkhemah wei..makan sahaja tak berenti. Lauk ni semua dah perap sesiap. Garam, kunyit dan cili bawang siap potong tau.



KEMUDAHAN - AIR 

Cuma 1 kurangnya fasiliti di sini. AIR - masalah air yang sering terputus memang menjadi masalah. Lagi pula tiada paip disediakan mahupun sinki. Selainnya tempat bersih dan lawa. 

 

Kalau lah ada paip di luar tu,  boleh mandikan anak kecil, wuduk atau pun ambil air untuk memasak. Dan kalau ada sinki, senang nak basuh periuk belanga. Maklumlah kolin sejenis pergi piknik atau berkhemah tak bawak pinggan atau cawan pakai buang. Segalanya kolin basuh dan bawa balik. Nak minimalkan sampah. 

So agak kecewa....

Air sering terputus, bayangkan malam-malam ke toilet air tak ada.

Nasihat kolin kalau nak pergi juga bawa lah bekalan air yang cukup. Ramai juga kolin tengok ada bilik mandi sendiri. So penting ya nak ke sini. Siap awal-awal juga ubat nyamuk dan penghalau lalat. 

Selain itu segalanya tip top. Setakat hari ini, di masa kolin menaip entri ini,  tak terasa nak repeat balik Pantai Cunang disebabkan isu air. Maklumlah tandas pun 2 sahaja. Beratur panjang betul semata-mata nak memerut atau nak buang air. Agak tidak mesra buat keluarga pada hemat kolin. Namun terpulang untuk korang lah. 

Kolin suka family camping yang friendly. Kalau nak hardcore boleh lah masuk hutan. Tapi bawa anak-anak dan nak bersantai lebih suka bayar campsite yang menyediakan fasiliti yang lebih okay. 

So sekian lah cerita kolin mengenai perkhemahan satu malam di Pantai Cunang, Tanjung Sepat, Selangor. 

Ada juga yang kecam dalam Family Camping Malaysia tu. Tapi mana lah boleh kita puaskan hati semua orang. Janji kolin dah bagitahu dalam group tu. Supaya yang nak pergi sila bawa bekalan air secukupnya. Penting tu...Dah melekit-lekit lepas tu nak mandi basuh lumpur tak boleh. Azab juga kalau bawa budak kecik ramai2,

Tepuk dada, tanya selera okay..

Selamat berkhemah semua.... :)

cintaa...


2 comments:

  1. bestnya..tak pernah lagi pergi camping anak beranak... belum yakin nak handle askar ramai ramai ni

    ReplyDelete
  2. Teringinnya nak pergi Pantai Cunang, tapi bila cakap bab air tu mengarut sikit... x jadilah... kite ni jenis memalam mesti nak ke toilet! Matilemakkkk!!! Huhhu

    ReplyDelete

loving me..loving you