Assalammualaikum semua...
Lama sangat dah dalam draft sebenarnya post ini. Mencari kekuatan nak menaip sebenarnya. Benda yang jadi bulan ogos lalu memang membawa kesan dalam sangat dekat kolin sendiri.
Siapa sangka akhirnya kami sekeluarga pun diduga dengan wabak merbahaya ini. Selama ini hanya dengar kenalan, orang luar atau sepejabat sahaja. Nak dijadikan cerita, kami pun sama termasuk dalam statistik Covid19 di Malaysia.
Bermula 9 ogos 2021 yang lalu, dalam kolin bersiap-siap nak ke kerja, suami cakap seram sejuk nak demam. Kebetulan 2 minggu sebelum ini kolin ada buat saliva test sendiri.
So bagi suami test tu dan akhirnya dia nampak 2 line, positif. Tengahari hari yang sama, satu keluarga buat RTK (cucuk hidung tu)kat klinik, keputusan suami dan anak lelaki kolin Ali Imran, positif. Masa ni dah berat sangat rasa hati...tapi tetap kuatkan semangat...boleh lalu sesama.
result suami 9 ogos |
Balik rumah, pengasingan bermula. Agak mencabar tau korang, kongsi tandas dan sebagainya. Kolin tak mampu nak pakai macam PPE semua. Tapi kolin memang pakai mask 24 jam, kerap basuh tangan, mop lantai, kemas semua tempat, termasuk tandas tu memang sampai bersih kolin tenyeh. Kadang terlelap pun mask tak tanggal. Letih sangat.
kat klinik tunggu result rtk |
Dalam pengasingan yang bersungguh-sungguh akhirnya, hari ke 6, anak perempuan kolin Alisa Maisara pula positif. Sedih sangat, tapi nak buat macam mana. Allah Duga Tanda Sayang! Ramai kawan-kawan bagi sokongan dan galakkan untuk kolin terus kuat menjaga family.
antara menu yang kolin sediakan tuk suami dan anak |
PENGHARGAAN
Kat sini kolin nak rakamkan terima kasih buat keluarga dan kawan-kawan yang tak putus-putus hantar makanan, ubat, buah dan pelbagai barang untuk gembirakan kolin sekeluarga. Ramai sangat simpati dengan kolin masa ni. Kolin betul-betul terharu dan berdoa Tuhan sahaja balas semua jasa korang. Tak terbalas kebaikan korang semua terhadap kolin sekeluarga. Sayang korang sampai mati!
GENAP 10 HARI KUARANTIN SUAMI DAN ALI IMRAN
Akhirnya hari ke 10 kuarantin untuk suami dan anak lelaki tamat. Mereka pergi CAC berdua untuk ambil surat discaj bebas covid19.
Tapi khabar tak baik, suami kolin sebenarnya tak bagus. Stage 4 covid19!!
Sumpah masa ini kolin dah tak kuat, menangis non stop. Terbayang-bayang nasib kawan-kawan yang pergi ke negara abadi bila stage 4 ni. Dia dah ada 1 dos vaksin, tapi mungkin keupayaan badan tak kuat.
Allah...nangis taip ni..uuuwaa :(
SUAMI DI STAGE 4 COVID19
DIBAWA AMBULAN KE HOSPITAL SELAYANG
Dua malam di wad Hospital Selayang, suami akhirnya balik. Syukur Alhamdulillah weiii..syukur. Kalau korang nak tahu, kolin takut hilang dia siap buat dah plan untuk kolin dan anak-anak. Covid19 tak kelakar ye.
Akhirnya Alisa juga habis kuarantin 10 hari. Sihat!! Untuk kolin, syukur Tuhan bagi kekuatan tuk jaga keluarga. So memang 4 kali kolin test covid tak ada apa. Syukur atas nikmat tuhan.
Siapa yang sudah lalu, akan tahu apa kolin cakap ni. Sukarnya ...betapa luluh hati bila tengok orang tersayang naik ambulan.
Kolin doakan tiada sesiapa lalu apa kolin lalu. Cukuplah saya seorang!!! Cukup..Korang semua jaga diri ya..jaga diri baik. Makan yang sihat-sihat
SILA AMBIL VAKSIN !
Tak payah laa #mybodymychoice
sekali di duga, terus ke negara abadi, macam mana. Still nak pertahan your choice ke..
bukan semua, ada yang terus sihat juga kan. Kita usaha, ikhtiar dan paling penting pandang keliling orang-orang yang kita sayang. Pegang 1 benda, kalau nak ke Mekah, Arab Saudi pun kata full vaccinated baru boleh pergi. So ambil lah vaksin. Kalau ada kawan-kawan kolin baca yang mana tak mahu divaksin, kolin minta maaf awal-awal. Kolin tak mampu nak melepak dengan korang, takut kolin jadi pembawa virus, korang dijangkiti. Aku akan bersalah seumur hidup sebab korang tiada vaksin. Dan ketiga-tiga dijangkiti, kolin 4 kali buat test. Tuhan tolong kolin, dia tak bagi kolin rasa wabak tu. Dia tolong kolin untuk jaga keluarga kolin. Syukur suami stage 4 balik ke rumah! Syukur...(aku nangis lagi)
Jangan orang lain lalu dah kisah kolin. Jangan ...Dugaan Covid19 buat kami sekeluarga simpan sini buat kenangan seumur hidup!! Siapa sangka, keluarga kolin lalu..siapa sangka dalam kami berempat, kolin saja negatif dari covid. Kuasa Tuhan, kita usaha, kita jaga..tuhan guide kita. Alhamdulillah
babai korang...jaga diri...
Allahu...dugaan kolin..sabar ok..syukur akhirnya diberi kemanisan akhirnya
ReplyDeletesyukur SA...alhamdulillah
Delete