Assalammualaikum korang
Siapa yang rindu nak makan kat hotel? Kali ini kolin nak kongsi promosi dari Concorde Hotel, Shah Alam.
Untuk set ini korang boleh makan 2 ke 3 orang sebenarnya, portion agak besar. Dan harga pulak murah sangat untuk makan di tempat yang cantik, selesa dengan masakan dari yang pakar iaitu RM100nett sahaja!
Itu yang membuat kolin dan kawan-kawan teruja nak try makan kat sini. Dengan RM100nett, bermula dari jam 12 tengari ke 6.00 petang memang best melepak kat sini. SOP di Concorde Hotel Shah Alam memang terbaik.
Menu Hi-Tea ada dari Isnin sehingga khamis tidak termasuk cuti umum. Ada 3 menu berbeza yang akan di pusing mengikut hari. Dan setiap menu ada starter, hot selections dan juga dessert. Termasuk 2 jenis air yang boleh ditambah tau.
Okay jom share Hi Tea Menu yang kolin dapat rasa hari tu.
Starters
prawn fruits melon salad
croisant chicken toasted sandwich
sotong kangkung with sweet sesame sauce
Hot Selection
mee mamak
fried rice kampung style
BBQ chicken wing
fish picatta with tartar sauce
chicken murtabak with dhall curry
chicken satay with condiments
Desserts
bubur kacang hijau
bread butter pudding
creme caramel
fruit in glass
Teh tarik & sirap selasih
Untuk korang semua terliur hahah, kolin bagi korang tengok satu-satu gambar hidangan yang disajikan di Hotel Concorde, Shah Alam.
Mana yang perangai macam kolin, nak kongsi-kongsi rasa semua menu kan, sesuai lah. So leh makan nasi goreng kampung setengah, mee mamak setengah, makan sikit sotong kangkung, lepas tu leh la makan prawn fruit melon salad. Haa...macam-macam dapat rasa dengan promosi yang berbaloi ini.
Untuk tempahan korang call terus Hotel Concorde Shah Alam di talian 03-5520 8000 ext 2210/2304.
Kalau nak dating atau nak melepak dengan kawan-kawan kolin rasa kat sini best. So jangan lupa korang PROMOSI SET MAKAN TENGAHARI DI CONCORDE HOTEL, SHAH ALAM.
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you