Assalammualaikum korang
Buat mak ayah yang tercari-cari destinasi yang dekat untuk anak-anak riadah hujung minggu, boleh lah ke WET WORLD WATERPARK yang terletak di Shah Alam.
Nak ke sini dari KL, tak jauh pun dalam 30 minit. Nasihat kolin pergi awal sebab ruang parkir agak terhad di sini. Tapi parking FREE! So buka jam 10 pagi, beratur beli tiket siap-siap. Tapi dengar cerita beli tiket di dalam talian lagi murah dan senang. So ikut korang mana yang senang okay.
Masa sampai tu, memang ada petugas yang akan semak sijil vaksinasi, pastikan semua pengunjung suhu badan yang betul dan makanan dari luar juga akan ditanya. So bawa baju dan tuala sahaja okay.
anak-anak bawah 90cm free ya harga yang dipaparkan. Tapi rasanya beli online ada promosi kan. So kena banyak-banyak mencari ya ni harga kalau nak sewa pelampung atau pondok. Dia panggil cabana. Pada kolin, kalau ada anak kecil, orang tua boleh lah sewa. Selesa nak baring, makan dan juga solat.
Kalau korang ke sini, boleh lah sewa pelampung dan cabana. Kolin prefer Cabana Silver sebab lebih privacy sebab kami tiada anak kecil. Tapi kalau korang ada anak kecil yang senang dipantau kalau bermain di kolam berdekatan boleh ambil Cabana Gold. Namun begitu, ada aje ruang-ruang yang disediakan, kalau kurang bajet ada tempat yang boleh korang lepak. Jangan risau okay. Macam gambar kat bawah ni.
Pada kolin semua permainan yang tersedia di sini memenuhi semua peringkat umur. Ada kolam anak-anak kecil, ada juga kolam tuk sekeluarga dan buat yang nak bermain, pun ada juga. Boleh kolin katakan, semua permainan yang tersedia di sini mesra keluarga tiada yang ekstrem.
Memang puas bermain air bersama keluarga kat sini. Ada pelbagai mainan yang boleh korang cuba. Tapi kolin nak suruh korang cuba Monsoon Buster. Selain itu ada Super Hurricance dan juga Thunder River. Kalau gelungsur untuk kanak-kanak pun ada. Tu yang kolin cakap, semua peringkat umur boleh datang beriadah di sini. Siap tengok ada makcik dan pakcik tu naik Thunder River sama-sama, comel sangat hahahah
Tempat yang menarik, bersih dan selesa. Pertama kali pergi pun dah rasa nak repeat lagi. Anak kolin memang dah cakap, nanti kita datang lagi ya. Ye laa Alisa :)
Kalau review jujur, memang kolin jemput korang ke sini kalau belum pernah datang. Terutama ada anak-anak kecil, tapi nak melepaskan lelah di hujung minggu. Tempat yang sesuai untuk semua umur.
ini lah cabana yang selesa untuk seisi keluarga |
ini pula cabana silver yang kolin suka. macam kat bali wei |
Jangan lupa terjah Facebook mereka untuk promosi yang best-best
waalaikumussalam. rindu nya wet world. kena tunggu baby besar dulu la nak pi wet world semula :D
ReplyDeleteBest jugak ye. Masih tak berkesempatan nak pergi. Tunggu semua sihat betul-betul dulu.
ReplyDelete