Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

TAMAN TEMA AIR WET WORLD SHAH ALAM DIBUKA DAN SEMAKIN MENARIK


 Assalammualaikum korang semua. 

Hari yang dinanti-nantikan telah tiba! Wet World Shah Alam, Taman Tema Air berkonsep Hijau yang pertama di Malaysia, secara rasmi dibuka semula untuk umum pada 9 Oktober 2021. Setelah ditutup beberapa bulan semasa Perintah Kawalan Pergerakan, Wet World Shah Alam kini kembali dengan pengalaman yang lebih hebat dan menarik!


Kini masanya untuk meluncur di Caribbean Rider dan berputar laju di Super Hurricane. Rasakan getaran adrenalin ketika anda diluncurkan ke atas dengan kekuatan air di Monsoon Buster, iaitu peluncur air terpanjang yang pertama di Malaysia. Terdapat juga pengalaman baharu menanti anda semasa anda menyusuri peluncur air yang berkelajuan tinggi ini. Pengunjung boleh bersantai di Treasures Island dan Pirate's Cove dan jika anda berani, cubalah Pirate Challenge! Terdapat juga Typhoon Lagoon, Bermuda Triangle dan banyak lagi kawasan untuk anak-anak yang lebih kecil.  Jangan lupa kongsikan keseronokan anda dengan berkongsi foto dan video anda di media sosial.


Dennis Lim, Pengurus Besar Taman Tema Air Wet World Shah Alam, berkata, “Kami merasa sangat teruja apabila Perdana Menteri mengumumkan bahawa Selangor telah beralih ke Fasa 3, kerana kami tahu ramai peminat sudah tidak sabar menunggu Wet World Shah Alam dibuka. Sukacita kami mengumumkan sempena cuti umum Maulidur Rasul, Wet World Shah Alam akan dibuka dari 10 pagi hingga 6 petang pada hari Sabtu 16 Oktober sehingga Selasa 19 Oktober 2021 dan seterusnya kami akan dibuka setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Semua kakitangan kami telah lengkap vaksinasi dan kami sentiasa berusaha memastikan kebersihan dan keselamatan sebagai keutamaan. Kini kami sedia untuk menyambut pengunjung dari semua peringkat umur dan lapisan masyarakat untuk menikmati percutian yang lebih hebat dan menarik di Wet World Shah Alam. "

 


"Kami di Wet World Shah Alam sentiasa patuh kepada SOP Majlis Keselamatan Nasional. Para pengunjung perlu menunjukkan sijil digital Covid-19 berstatus “lengkap divaksinasi” di aplikasi MySejahtera dan membuat  pemeriksaan suhu sebelum dibenarkan masuk. Pemakaian topeng muka adalah wajib ketika tidak berada didalam air dan pengunjung diingatkan untuk sentiasa menjaga jarak sosial. Notis SOP keselamatan dipaparkan di sekitar taman tema sebagai peringatan kepada pengunjung untuk mematuhinya pada setiap masa, "kata Dennis.

Para pengunjung boleh menikmati kesemua sepuluh zon bertema di Wet World Shah Alam, sambil menikmati pilihan makanan dari kios makanan terdekat. Pondok Cabana untuk berehat juga tersedia untuk disewa dengan pilihan peti sejuk dan peti deposit supaya para tetamu dapat menikmati aktiviti  dengan tenang.  Terdapat juga kawasan acara yang sesuai untuk diadakan majlis hari jadi, lawatan sekolah, hari keluarga, majlis korporat dan majlis peribadi yang lain.

Samada anda pengunjung muda yang mencari cabaran dan keseronokan ataupun keluarga yang ingin menikmati masa yang berkualiti bersama, Wet World Shah Alam pasti akan memberikan kegembiraan dan mencipta senyuman pada semua. Nikmati taman air dengan sepuluh zon bertema yang menakjubkan ini, sambil menghirup udara segar dan pemandangan tepi tasik Shah Alam yang indah. Harga tiket bermula dari serendah RM32 untuk kanak-kanak dan RM37 untuk dewasa. Lawati laman web Taman Air Wet World di https://wetworld.my/ dan tempah tiket anda secara online untuk menikmati potongan 10%. 


 

 

Jumpa anda di Wet World Shah Alam!

 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you